BUKIT GANTANG : Mursyidul Am PAS, YAB.Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mendedahkan 15 bukti secara fakta bahawa UMNOlah penderhaka kepada Raja. Pendedahan itu diucapkan beliau dalam Pelancaran Geak Kerja Jentera Pilihanraya Bukit Gantang yang diadakan disini.
Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin UMNO penderhaka kepada sultan di negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan Rakyat.katanya.
1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?
7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?
8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.
10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.
12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)
13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.
14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.
15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.
Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.

4 ulasan:
Mursyidul Am bercakap dengan ilmu dan mengemukakan fakta. Politiknya tinggi. Ramai non Muslim yang ditemui nyatakan rasa kagum dan kasih terhadap beliau. Memang wajar!
Syukur kepada suara tegas beliau yang menentang muzakarah. Kalau tidak mungkin PAS pun hanyut dengan dunia....
Ya Allah! Selamatkan TGNA. Lindungilah dia sentiasa. Panjangkan lagi dan berkatilah usianya, Ya Allah!
I love TGNA!
Hari in BeEnd ada sambutan maulud nabi...tapi dalam waktu yang sama tolak sunnah nabi. Cuba sebut HUDUD pada UnUnited Malaysian National Organisation...pasti mereka getik mendengarnya.
TG Nik Aziz org lama dlm politik malaysia, semua rekod buruk umno dlm poket dia....mane umno nak lari? nak sembunyi kat istana ke?
nih chek, mmg lah hudud tuh wajib, tp nk melaksanakan nyer perlu proses pemindaan perlembagaan, perlu mendapat 2/3 persetujuan majoriti parlimen Malaysia utk pinda...ada ke kafir lahanat nk angkat tngn stuju hudud dilaksanakan? dan xkn PM nk buat sistem monarki terus mengarah je? semua terbatas, mmg tak dinafikan kita mmg terperangkap dlm sistem perlembagaan...itulah yg dimaksudkn dgn kebijaksanaan pemimpin dlm membuat keputusan...
Catat Ulasan