Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan satu mesyuarat hari ini bagi membincangkan bagaimana untuk menghentikan semua spekulasi yang timbul termasuk kehilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat yang akan dihadiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat itu turut akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan negeri itu.
Beliau turut menafikan mengenai berita kehilangan Badrul Hisham seperti yang 'dibimbangi' Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Aziz Johari.
''Tak ada ...Saya rasa di Klang pun mereka tak jumpa satu sama lain... Tapi sekarang oleh kerana beberapa insiden yang berlaku di Perak kita agak sensitif tentang perkara ini.
''Esok saya akan jumpa dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk adakan perbincangan supaya tidak ada spekulasi yang akan diutarakan oleh mana-mana pihak," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini petang ini.
Aziz mengulas mengenai perkara berkaitan di dalam sebuah akhbar tempatan semalam yang bimbang dengan kehilangan Badrul Hisham sejak lima hari lalu yang kononnya ada kaitan dengan Barisan Nasional (BN).
Ditanya sama ada semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat akan hadir pada mesyuarat esok, Abdul Khalid berkata, mereka yang ada di dalam negara dan tidak mempunyai urusan yang lebih penting pasti akan hadir.
Menjawab mengenai ura-ura beberapa ADUN pakatan pembangkang di Selangor akan melompat parti, Abdul Khalid sambil ketawa berkata:
''Dia orang tak berani melompat... Ini spekulasi... Pada saya setiap Ahli Parlimen dan ADUN bukan sahaja bertanggungjawab pada parti tetapi juga pada rakyat yang telah mengundi mereka.
''Jadi terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan."

5 ulasan:
saya bimbang dgn negeri selangor ni..haizz..mintak dijauhkan feeling buruk nih..
YA ALLAH, hancurkan lah pemimpin2 umno bn yang cuba merosakkan keamanan bumi mu Malaysia ini. Mereka melakukan rasuah Ya Allah, Mereka Menculik dan mengugut wakil2rakyat kami Ya Allah, mereka mengambil hak rakyat utk kemewahan mereka Ya Allah. Hancurkan lah mereka2 yang cuba merosakkan "kapal" ini Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
nampaknya pepuak ni,saja nak cari pasal,xboleh amik cara elok main tutuh dari belakang(sembunyi sambil ugut wakil rakyat),dlm masa sama suh media lepas bom bagi gomen PR xmenentu,depa duk ingat selama-lamanya rakyat malaysia ni leh diperbodohkan,ingatan pada semua kalo ape yang berlaku di negeri teman(PERAK)menular ke kedah dan selangor,najib harus pastikan pasukan keselamatan cukup gas pemedih mata,gari,lokap ngan peluru.dan mesti najib kena ingat baik2 ayat ni,khairi sudah pasti dapat hidu peluang untuk tunjuk power kembali,pak metua dia sedang memegang potfolio Kem.Pertahanan.semua org setuju yg memang dah tradisi Tentera xsuka ke pepuak Polis ni.bila Tentera tengok Cilivian/org awam duk bergolek atas jalanraya,masa tu polis pun xkan mampu bertahan.
Ase orang hilang je Najib, ase Najib je orang hilang..
Bagi teman keh lompat melompat ni sebenornya perkara biasa dlm politik..Sejak tahun 60an lagi dah ada. Kita tak salahkan ahli politik katak nie sbb perangei dema memang mcm tu..cuma apa yang teman rasa tak puas hati dan tak sedap peghot ni raja-raja kita ni nampak mcm memihak. Mana peginya Sultan Azlan masa kerajaan PR nak tubuhkan kerajaan, yg sebok anak dia je. Itu pun masam mencuka aje. Nampak sangat dia tak bekenan bila PR menang. Mana peginya slogan Raja Payung Rakyat yang diwar-warkan, apa maknanya doa rakyat setiap kali semayang jumaat kalo rakyat pun dah tak gemor kat dema. Teman harap Raja-Raja ni baliklah pada rakyat. Idupkanlah balik slogan Raja Payung Rakyat bukan Raja Payung UMNO. Kalo dema takutkan UMNO tarik balik projek-projek yang dah dibagi kat kerabat-kerabat dema sampei rata-ratanya dah jadi billionaier , patutnya dema lebih takutkan pada Allah. Baliklah pada rakyat wahai Raja-Raja Melayu..duit dan reta benda tak boleh dibwk kemana..Jadilah mcm Saiyidina Uthman itukan lebih mulia di mata rakyat..
Catat Ulasan