Zulkifli Sulong.
MAC 26 — Tunggang terbalik. Itulah yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan Pemuda Umno. Khairy Jamaludin yang dianggap bakal kalah selepas mendapat surat amaran dari Lembaga Disiplin Umno kerana melakukan rasuah politik telah menang. Khairy memperolehi 304 undi dari 793 perwakilan Pemuda Umno.
Minggu lalu, seorang wartawan dari Merdeka Review bertanya kepada saya, siapa yang akan menang dalam pertandingan Pemuda Umno ini, saya tanpa berfikir panjang berkata,"Jika saya perwakilian Pemuda Umno, saya akan memberikan undi saya kepada Khairy."
Dan inilah yang berlaku, 304 perwakilan Pemuda Umno telah memberikan undi mereka kepada Khairy. Ia akan menjadi 305 undi untuk Khairy jika saya juga adalah anggota perwakilan mereka.
Pelbagai pandangan yang kita dengar dan baca sebaik sahaja Khairy diumumkan sebagai pemenang. Yang paling saya boleh terima adalah ahli Umno sebenarnya masih sayangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bapa mertua Khairy itu. Abdullah hanyalah mangsa kepada konspirasi politik dalam dan luar Umno. Kenapa saya katakan begini? Kerana, Khairy adalah lambang dan neraca sokongan atau penentangan ahli Umno terhadap Abdullah. Kemenangan Datuk Seri Shahrizat dengan majoriti yang begitu besar di Wanita Umno juga menunjukkan trend ini. Beberapa hari sebelum perhimpunan, rakan-rakan saya dari media alternatif juga terpengaruh bahawa Tan Sri Rafidah Aziz akan menang dalam perebutan jawatan Ketua Wanita Umno.
Sebelum ini saya telah menulis, kebimbangan untuk Shahrizat menang adalah kalau-kalau dia dikaitkan dengan team Abdullah. Ini kerana, ketika musim pencalonan dahulu, semua yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pencalonan paling banyak, termasuk anaknya Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan ketua pemuda.
Namun, sejak kebelakangan ini, terbukti sokongan kepada Abdullah meningkat. Mungkin sokongan ini bercampur dengan simpati kepada beliau.
Kenapa simpati? Saya rasa inilah yang tidak difahami oleh Dr Mahathir dalam membaca pemikiran rakyat biasa khasnya orang Melayu.
Ingat tak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim? Ketika Anwar di dalam Umno, Pas dan para pemimpinnyalah yang paling banyak menghentam Anwar. Cuba sebut apa yang tidak dikatakan mereka kepada Anwar.
Bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor pernah berkata, "menteri yang jaga kerbau lembu” kepada Anwar. Tetapi apabila Anwar dianiaya, beliaulah antara pemimpin pertama yang datang bertemu Anwar.
Keputusan pilihan raya 1999 adalah manifetasi dari rakyat yang simpatikan Anwar
dan marahkan Dr Mahathir.
Menjelang pemilihan Pemuda dan Wanita Umno, pelbagai jenis tekanan diberikan kepada mereka yang dikira penyokong Abdullah. Norza, Azalina, Ali Rustam bahkan Khairy sendiri semuanya dianggap sebagai penyokong atau mereka yang dekat dengan Abdullah.
Persepsi di kalangan orang ramai adalah Lembaga Disiplin diperalatkan untuk mengenepikan orang-orang Abdullah. Dalam masa yang sama, hampir setiap hari Mahathir akan menghentam Abdullah kiri dan kanan.
Namun, Pemuda Umno membuat keputusan, Khairy pilihan mereka, kedua adalah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan terbukti tidak rasuah itu dan yang mendapat undi tercorot adalah Mukhriz, yang tidak pun didakwa dan disiasat atas apa-apa kesalahan rasuah itu.
Kini perwakilan Pemuda Umno bolehlah memberitahu Dr Mahathir, kamu diam. Sebagaimana saya, kamu juga bukannya ahli Umno. Ha ha ha.
Sekarang, Abdullah mempunyai sedikit sahaja waktu. Dalam ucapan dasarnya, Abdullah tidak sebut pun soal bila dia akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Yang berlaku hanya perhimpunan agung Umno mengesahkan Najib adalah Presiden Umno yang baru menggantikan Abdullah.
Terbukti, melalui keputusan Pemuda dan Wanita, Abdullah mendapat sokongan dari perwakilan Umno. Namun yang mengawal Umno sekarang adalah orang luar Umno. Persoalannya, apakah Abdullah akan terus berlalu begitu sahaja atau dia akan berbuat sesuatu di saat-saat akhir ini selepas mendapat signal yang jelas dari para perwakilan.

7 ulasan:
Mudah-Mudahan Najib tak jadi PM.
bingung2..kerajaan kita ni kuat main politik sampai ekonomi rakyat terjejas kan lebih baik duit yg dgunakan utk kempen2 or benda yg xptt bagi utk kebajikan rakyat
saya rasa tidak timbul soal simpati. tapi lebih kepada x-factor.
Semi Value, Najis, Hisppukidin, Bodowi……….all these idiots of the corrupt Umno government - one thing is certain - majority, a very high majority of the public does not believe anything the stupid, lying and corrupt Umno government says anymore.
This Umno government has zero credibility with the people of Malaysia and one of the reasons is the public is more knowledgeable and intelligent than all those idiots in government especially those dumb shit heads in Umno.
Dear Mahathir, 22 years you left us nothing but:
- A generation of poor non-malays who is gangsters or selling DVDs
- AP issues
- A useless currency in the ringgit
- IC Project in Sabah
- Keris waving political party members
- MAS in deficit
- Proton in financial trouble
- Racial divide
- Tongkat generation
- World's most expensive tolls anywhere in the city
And now, after being out of politics, you suddenly talk a lot of malays this and that when you had 22 years in power and you did absolutely, jack shit.
Please old man, you want to make a change, it is too late now. All you can do is look at that man in the mirror and cry before you meet your almighty maker.
If you turn on BBC, there are fair and equal coverage on the UK opposition parties.
So is NHK (Japan), so is KBS (Korea), so is CNN (America), so is CBC (Canada), so is ABC (Australia).
Even in our neighboring Thailand, their TV coverage is fair for both ruling and opposition parties!
Only in this Umno hijacked country that you find most lop-sided idiotic coverage on Umno and its running dog partners!
Saya dah bersara. Pasai mahathir sekok ni, kacau habis seluruh minda orang Melayu dan lain lain lain bangsa. Sebab dia ingat dia sorang saja yg pandai di malaysia ni.
Cara dia dapat kuasa pun dgn pijak kepala kawan juga, pijak kepala Tunku, permainkan tengku razali, penaya anwar.
Tahun 70an dulu dia pernah kata dia tak mau anak dia masuk politik, tapi la ni dia keryau marah pak lah sebab nak penaik anak dia lah tu.
Dia ni kaya , tapi pada tahun 70an dulu anak dia pun dapat biasiswa. orang tanya , dia marah, dia kata awat, anak aku pun pandai, patut dapat la. Maka dia tak pula rasa bersalah walaupun ramai anak melayu berjaya masuk U tapi hutang selekeh
dgn Mara dll .
La ni bukan orang melayu saja meluat dgn mahathir tapi orang cina di pekan pekan pun marah, sebab depa kata dah bersara pi main jauh jauh la, buat apa kacau orang , pi masuk pondok ka, kelas tahfiz ka , belajak taranunm ka.Semua orang tak kira bangsa , mau Dr ni "ubah sikap" iaitu dari busuk hati ke baik hati
Catat Ulasan