27 Mac 2009

Muhyiddin dipilih Timbalan Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menang jawatan Timbalan Presiden Umno yang baru dengan memperoleh 1575 undi.

Beliau menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menerima 916 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno sebentar tadi.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perpaduan, Kebudayaan,Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein masing-masing memenangi tiga jawatan Naib Presiden.

Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru Naib Presiden Umno.

Zahid memperolehi 1592 undi, Shafie (1445), manakala Hishammuddin 1515 undi.

Dalam pada itu, dua menteri dan seorang timbalan menteri kabinet iaitu, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Datuk Noraini Ahmad gagal dalam usaha merebut kerusi Majlis Tertinggi kali ini.

25 calon yang menang kerusi MT ialah:

- Ahmad Husni Mohd Hanadzlah

- Abdul Latiff Ahmad

- Awang Adek Hussain

- Idris Jusoh

- Abdul Azeez Abdul Rahim

- Tajuddin Abdul Rahman

- Lajim Ukim

- Mohd Puad Zarkashi

- Zulhasnan Rafique

- Ahmad Shabery Cheek

- Noh Omar

- Bung Mokhtar Radin

- Musa Aman

- Saifuddin Abdullah

- Hamzah Zainudin

- Mohd Zin Mohamed

- Azian Osman

- Shaziman Abu Mansor

- Jamaludin Jarjis

- Dr Norraesah Mohamad

- Zainal Abidin Osman

- Ismail Sabri Yaakob

- Mahadzir Khalid. Mstar.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada yang berjaya.

Tunaikanlah tanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan Ummah.

Lakukanlah PERUBAHAN sebelum diubah...

Jadilah hamba Allah, bukan hamba dunia.
Tuntutlah redha Allah bukan restu manusia lain.
Berkata & bersaksilah kepada yang hak walaupun bukan dari UMNO/kroni.

Kuasa ditabalkan bukan untuk memaksa rakyat/ummah ke "jalan yang sesat" ......

Samuel Goh Kim Eng berkata...

SOME HANDSOME SUMS ARE UNDER RANSOM

In any open contest you win some and you lose some
Not just because they are all pretty or handsome
Since there may be some under political ransom
Thus it's not easy to add up accurately the voting sum

(C) Samuel Goh Kim Eng - 270309
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Fri. 27th Mar. 2009.

Sulaiman berkata...

Salam. Ustaz, saya kurang bersetuju dgn cara ustaz memasukkan berita2 tentang UMNO ni byk sgt dlm blog ni. Cukuplah media UMNO yg bertaburan byknya utk dibaca psl UMNO. Kita tumpukan pada Bukit Gantang dan 2 PRK lain tu. Skrg nie sukar nak dpt maklumat alternatif, tapi bila sumber maklumat alternatif pun paparkan maklumat yg sama dgn sumber maklumat UMNO yg bertaburan byknya tu... Ntahlah, Allah shj yg tahu betapa sempitnya dada kami yg ketandusan maklumat ni...!

Tanpa Nama berkata...

buatlah cerita-crita yang boleh mnguntungkan kita di bukit gantang...cerita umno dalam tv pun dah banyak