21 Mac 2009

ADUN Titi Serong Buat Laporan Rasuah di SPRM Ipoh


IPOH: ADUN Titi Serong, YB.Drs Khalil Idham LIm telah hadir di Pejabat SPRM Ipoh pada jam 2.30 petang tadi bagi melaporkan jenayah rasuah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen Rembau dan pemimpin UMNO yang lain yang didapati bersalah oleh lembaga Displin UMNO pada 17 Mac yang lepas.

Beliau turut ditemani oleh ADUN Buntong, YB.Siva Subramaniam, ADUN Jalong, YB.Leong Mee Meng dan ADUN Menglembu, YB.Lim Pek Har.

Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan dari lembaga displin UMNO sebelum siasatan boleh dibuat, persoalan saya "Adakah kenyataan akhbar dari pengerusinya, Tan Sri Ahmad Rithauddin mengenai kesalahan dan mereka yang terlibat bukankan satu laporan dari lembaga displin" tanya YB.Khalil.

Drs. Khalil juga menegaskan sepatutnya SPRM terus menyerbu semua mereka yang terlibat bila ada kenyataan dari lembaga Displin.

Selain itu katanya, istilah politik wang yang digunakan adalah mengelirukan, sedangkan ia adalah jenayah rasuah." Saya mempersoalkan kenapa SPRM lambat bertindak dalam masalah ini atau pemimpin UMNO walaupun sudah bersalah oleh Lembaga Dispin Parti namun tidak bersalah dari sudut undang-undang" katanya.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kot-kot depa ada kitab kalam lain kot. Dosa yg dibuat dalam umno tak boleh diambilkira dengan dunia sebenar.lebih kurang macam mimpi saja la bagi depa kot.

Faqih's Politician berkata...

Musnahkan Pentadbir SMK Pintu Geng!!!, http://faqihpolitician.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

rasuah rasuah .. apa nk jadila dgn mereka ini. tak habis2 makan duit haram tu.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Saya sokong tindakan YB itu!

Tanpa Nama berkata...

pelik betullah..... ramai yg lakukan rasuah... tapi ada yg naik mahkamah.... ada yg dilarang bertanding tapi boleh terus jadi ketua menteri... ada yg digantung keahlian setahun... ada yg diberi amaran shj.... dan yg paling ajaib dilepaskan atas alasan tidak membuat apa2 kesalahan...... kat pahang pulak MB dituduh jadi punca sorang ahli parlimen dan 4 orang ADUN dari 1 bahagian umno terlibat dgn rasuah(sorang digantung keahlian,3 diberi amaran)tapi MB menafikan dan mencabar org yg menuduhnya supaya bersumpah maut......

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong laporan YB .Kita heran rasanya dari semalam banyak dah laporan polis dan SPRM dibuat tapi tak ada reaksi pun.Cuba kalu laporan dr UMno macam kes YB Speaker Perak kelamkabut depa siasat.SPRM rakyat melihat apa yang berlaku macam mana Dato Said?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya imuniti raja-raja Melayu sudah lama dipindahkan kepada UMNO iaitu ketika Tun Dr Mahathir duduk di atas takhta Perdana Menteri lagi. Tapi hairannya dia dah keluar UMNO dan dah tak jadi pemimpin lagi, ada Menteri sebilangan besarnya masih takut kepada beliau seolah-olah dia ada kuasa sakti pula.