CALON PKR... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) ketika memperkenalkan S. Manikumar (tengah) sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini pada majlis pengumuman di Taman Permai, Sungai Lalang hari ini.-- Foto Bernama
SUNGAI PETANI: Seorang usahawan, S.Manikumar hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang di sini.
Manikumar, 35, seorang anggota biasa PKR sejak dua tahun lalu, merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.Anggota PKR bahagian Merbok itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.
Pada sidang akhbar, Anwar berkata pemilihan Manikumar dibuat setelah mendapat persetujuan serta restu daripada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau V.Arumugam di samping mengambil kira pandangan penduduk.
"Dua hari lepas, Arumugam ada menghubungi saya dan beliau meminta keizinan untuk turut hadir serta berkempen, tapi saya nasihatkan dia supaya tunggu dulu," katanya.Sementara itu, sekumpulan penyokong PKR yang turut berada di tempat pengumuman, membantah keputusan pemilihan Manikumar sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil tersebut.
Kumpulan tersebut mendakwa, penyokong PKR di Bukit Selambau tidak mengenali Manikumar kerana beliau hanyalah anggota biasa dan tidak aktif dalam parti tersebut selain mahukan calon yang lebih berpengalaman.Difahamkan, sebagai tanda bantahan beberapa bilik gerakan PKR di kawasan DUN Bukit Selambau akan ditutup.
Dalam pada itu, Manikumar ketika ditemui selepas majlis pengumuman itu enggan mengulas lanjut mengenai bantahan tersebut.Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya Arumugam daripada PKR pada Februari lepas dan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.Mstar.

1 ulasan:
SEDARLAH... jgn tiru seperti penyokong2 BN
Catat Ulasan