21 Mac 2009

CERAMAH DSAI DAN MB NIZAR

Oleh : Ahzizul Anuar

Ceramah DSAI dan MB Nizar telah berlangsung pada 19.3.2009 dengan aman damai walaupun lokasi terpaksa ditukarkan di Markas Pas Bukit Cempedak Bukit Gantang. Secara puratanya kehadiran orang ramai adalah melebihi 10 ribu orang.

Majlis telah tamat lebih kurang jam 12 malam dan ketika hendak pulang menuju ke kenderaan masing2 para hadirin telah diberitahu tentang ada kenderaan2 yang telah disaman oleh polis atas kesalahan lalulintas seperti meletak kereta di laluan double line.

Dalam pengumuman itu juga diberitahu jangan marah kepada polis kerana itu sahaja jalannya untuk cari kesalahan setelah mereka gagal menghalang di simpang.

Saya lihat adalah beberapa motor polis di situ dan apabila melihat orang ramai mula pulang mereka pun bergegas meninggalkan tempat ceramah. Ada juga orang ramai di situ mula merungut dengan saman yang dikeluarkan.

Mana tidaknya sepanjang kami pergi ceramah di situ inilah pertama kali perkara sebegini berlaku. Yang hairannya waktu Najib membuat pengumuman di Padang Simpang tentang calon BN tidak ada pula saman dikeluarkan walaupun tempat di situ ada yang meletak kenderaan menyalahi undang2 jalanraya.

Walau bagaimanapun kita ucapkan lah kepada polis sudi mendengar ceramah bersama2 kami di Markas semoga hati kalian akan lebih kenal siapa kawan siapa lawan...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kepada semua pejuang pejuang. Alhamdullilah berkat kesabaran serta kegigihan kita, semua ceramah, taklimat bahkan penerangan dapat dilakukan tanpa apa-apa masaalah dengan pihak berkuasa. Kita tidak bermusuh dengan mereka bahkan kita kagum dengan semangat mereka untuk bekerja tak kira siang atau malam. Saman yang mereka telah dikeluarkan itu menunjukkan betapa gigih mereka semua bekerja. Kita patut sanjung. Pihak kita pulak perlu juga bekerja keras juga. Untuk setiap ceramah dari pihak BN, mana-mana kenderaan yang di parking di tempat salah hendaklah di ambil gambar beserta no pletnya sekali dan disiarkan di media media kita supaya pihak berkuasa dapat menyediakan samannya nanti. Seperti mana yang berlaku di United Kindom semasa saya berada di sana, pihak rakyat akan mengambil gambar dan di siarkan dalam akhbar akhbar supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan barulah tidak berat sebelah. wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

salam,

PRDM (?) udah jadi parti komponen Be End kot. Apa ke jadah menyaman orang malam-malam buta ni ?

Tanpa Nama berkata...

Dah musa hasan suruh saman .. dia org saman laa.. apa nak buat.. x saman kang kena buang kije plak.. polis ni klau ketua diaorg suruh mkn taik pun dia makan. Klau Allah suruh solat dia buat x tau jer..

Ko tunggu jer la polis (bukan semua laa). Jangan ko igt dgn kezaliman yg korang lakukan ko boleh hidup senang kat dunia ni.. Akhirat apatah lagi..
kita sama2 tgk ok..

(harapan63)