02 April 2009

ADUN Titi Serong lawat mangsa Ribut di Tanjung Piandang


Anak kecil berumur 2 bulan terselamat dalam ribut yang memusnahkan hampir semua bumbung rumah tersebut.


TANJUNG PIANDANG : Dalam kesibukan mengendalikan PRK Bukit Gantang, ADUN Titi Serong tetap meluangkan masa untuk menjengah masalah setempat. Kelmarin Drs. Khalil idham Lim telah melawat magsa ribut yang paling teruk mengalami kerosakan di Batas Taliair yang letaknya tidak berapa jauh dari pekan tanjung Piandang.

Berada bersama dengan ADUN Titi Serong melawat mangsa tersebut ialah bekas ADUN untuk kawasan itu , En.Abu Bakar Mat Ali, dan Pegawai Daerah Kerian, En.Ismail Hasan, Penolongnya En.Shamsul, Penghulu Mukin Bagan Tiang, En. Shahrul dan Ketua kampung setempat.

Pada kesempatan itu mereka nampaknya sempat berbincang langkah-langkah segera yang akan diambil bagi meringankan beban mangsa sekeluarga. Tambahan pula keadaan rumah tersebut rosak teruk dengan hampir keseluruhan bumbungnya tercabut ditipa oleh angin kencang .

Saya sempat mendengar ucapan makluman dari En. Bakar kepada ADUN Titi Serong dan Pegawai Daerah yang mengatakan dia sudah mendapatkan kelulusan dari peruntukan pihak Pejabat Menteri Besar Perak .

ADUN Titi Serong dengan berseloroh mengatakan sahkah tandatangan dari MB yang ada sekarang, lalu secara spontan telah dijawab oleh Pegawai Daerah dia akan tandatangan. Begitulah ketiga-tiga mereka yang saya anggap dalam keadaan gurauan politik dan penuh keakraban demi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Titi Serong.

Pada kesempatan yang sama Drs. Khalil telah menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada magasa dan meluangkan masa melawat Pejabat Penghulu Tanjung piandang yang menjadi tempat perlindungan sementara untuk keluarga mangsa yang mempunyai 4 orang anak . 3 darinya masih bersekolah. WM.



Keadaan rumah yang rosak teruk akan dibaiki segera dengan perbelanjaan Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Daerah Kerian yang diusahakan oleh bekas ADUN Titi Serong, En. Bakar.

ADUN Titi Serong berbincang dengan pegawai Daerah kerian dan Penolongnya. Kelihatan sama tuan rumah (di hadapan Drs. Khalil/tidak bertopi)


Drs. Khalil melawat pusat penempatan sementara keluarga mangsa di Pejabat lama Penghulu Tanjung Piandang.

4 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ZAMRI kecik's berkata...

cerita sikit pasal sumber sumbangan tu.
dari mana datangnya?
ke mana perginya wang yang di cari oleh En.Bakar Ali?

Idham Lim (林川興) berkata...

bukan wang tetapi kelulusan peruntukan yang akan disalurkan melalui tender segera bagi membaik pulih rumah tersebut. Peuntukan itu adalah dibawah peruntukan bencana alam yang ditetapkan dalam bajet 2009 yang dibentang dan diluluskan semasa kerajaan pakatan rakyat memerintah Perak. Setiap daerah diperuntukakan RM 50,000. Semasa BN cuma RM 30,000 sahaja.

Takkan saya talipon kerana mereka telah rampas kuasa, jadi wajarlah dia berhubung dengan pej MB di IPOH dan telah dapat kelulusan segera. saya kira pengalamannya sebagai adun sebelum ini menyebabkan dia tahu macammana nak dpatkan kelulusan segera.

ZAMRI kecik's berkata...

terima kasih diatas penjelasan YB.
insya'allah saya akan jelaskan pada mereka hal ni...