from MUTA LIGAT .
sofiwahab@gmail.com
by SOFI WAHAB
Sudah lebih 50 tahun kerajaan BN memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan namun tidak ada apa yang dapat dibanggakan oleh penduduk Pekan Terong dan kawasan sekitarnya. Ini kerana pekan ini masih seperti Pekan Koboi yang jauh ketinggalan jika dibandingkan kawasan lain seperti Pekan Manjung dan lain-lain. Pekan Terong merupakan sebuah pekan kecil yang terletak dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Trong.
Beberapa deretan kedai papan di Pekan ini dianggarkan berumur lebih dari 30-40 tahun. Ada sesetengahnya sudah hampir roboh di mana dibahagian atas sudah tidak digunakan.
Jelas sekali kerajaan BN yang memerintah menganak tirikan Pekan ini sedangkan ianya lokasinya memang strategik iaitu menjadi laluan antara Bandar Taiping dan destinasi pelancongan iaitu Pulau Pangkor.
Mengapa ini berlaku? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah kerajaan BN tidak mempunyai perancangan jangka panjang dalam membangunkan pekan ini. Mereka ini tidak dapat menyediakan aktiviti ekonomi yang aktif di kawasan ini menyebabkan tidak ramai peniaga dan pelabur berminat untuk melabur di kawasan ini.
Walaupun beberapa deretan kedai baru di bina namun bangunan usang yang ada dibandar ini mencacatkan pemandangannya. Malah ianya menggambarkan ketidakperihatinan kerajaan BN.
Selain itu beberapa masalah dikenalpasti menghantui penduduk di sekitar Pekan Terong dan Kuala Terong. Antaranya banjir kilat yang masih menjadi igauan buruk mereka setiap kali hujan lebat turun.
Seorang penduduk, Zakir Yahya, 43 dari Kuala Terong kesal dengan kegagalan kerajaan negeri BN dan ADUN Terong, Datuk Rosli Hussin menyelesaikan isu sejak sekian lama.
"Walaupun ban telah dibina namun banjir kilat ini tetap berlaku, penduduk di sana menjadi trauma pada setiap kali hujan lebat turun".
"Mana janji ADUN dan kerajaan untuk mengatasi masalah ini, ban sudah di bina tetapi banjir berlaku juga" katanya kesal.
Rakan beliau Shahabudin Hashim 38 menggesa kerajaan dan ADUN supaya lebih peka kerana pada setiap kali pilihanraya mereka berjanji untuk menyelesaikan semua masalah rakyat.
"Masa kempen semua boleh buat, bila menang ini jawapannya, rakyat terus susah dan sering takut rumah mereka banjir."
"Ban yang dibina pun tidak menyelesaikan masalah, seolah-olah melepaskan batuk ditangga, bila hujan lebat rakyat susah".
Tinjauan kami Ahad lalu iaitu pada hari penamaan calon mendapati hujan lebat yang turun dari malam hingga ke awal pagi Ahad menyebabkan beberapa rumah di sepanjang jalan Pekan Terong ke Kuala Terong iaitu di sebelah kanan jalan digenangi air. Deretan kereta diletakkan di bahu jalan bagi memastikan ianya tidak ditenggelami air.

1 ulasan:
KESIAN KAT PENDUDUK PEKAN TERONG KAN...,CUBA MARI DATANG KE PEKAN SLIM VILLAGE NI PLAK,SAMA JE KOBOI NYA CAM PEKAN TERONG TU..SIAN..INGAT BOLEH SI JAMALUDIN(ADUN BEHRANG) TU TOLONG JADIKAN PEKAN NI MAJU SIKIT,DAH G MELOMPAT JADI KATAK LAK..CAM MANE LA PEKAN2 KECIK CAM NI NAK DI MAJUKAN..HARAPKAN BE END...KUIL JE BANYAK YG DIDIRIKAN..TAK CAYA DATANG LA....MELAWAT.
Catat Ulasan