15 Mac 2009

BN Umum calon Bukit Gantang.

BUKIT GANTANG : Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian diumumkan sebagai calon Barisan Nasional kawasan Parlimen tersebut.

Beliau yang berusia 49 tahun merupakan bekas Ketua Penerangan dan Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Taiping pagi ini.

Tiga Dewan Undangan Negeri terletak di bawah Parlimen Bukit Gantang, iaitu Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Roslan Shaharum daripada PAS awal bulan lalu akibat sakit jantung.

Penamaan calon akan diadakan 29 Mac manakala hari pengundian, jika ada pertandingan, akan berlangsung pada 7 April.

Sementara itu PAS yang akan meletakkakn calonnya bagi mewakili Pakatan Rakyat telah memaklumkan pada minggu lepas akan mengumumkan calonnya pada 26 Mac ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK KIRALAH SAPA PUN DIA NAK LETAK....... SELURUH DUNIA TAHU PRK INI ADALAH ANTARA PARTI RAKYAT MENENTANG PARTI PENGKHIANAT.....

Tanpa Nama berkata...

Letaklah siapa pun.. kalau kepala ikan dah buruk maka bahagian lain pun buruk.. gulai goreng tak boleh.. baupun dah tiada selesa.. kadang kala nak termuntah..

Tanpa Nama berkata...

Yng sy tahu dia bekas SU majlis perbandaran manjung. sekarang jaga KK. Tapi masa dia jaga manjung...BPR serbu MPM...em...ada masyuk kut

Unknown berkata...

KEMENANGAN MAJORITI BESAR UNTUK PAS DALAM PRK INI,INSYALLAH

umno dah tak ada calun lain dah!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

AJAR UMNO DAN BN DALAM PILIHANRAYA BUKIT GANTANG NI...MOGA PAS BEROLEH KEMENANGAN GEMOLANG...
HASBUNALLAHUWANI'MAL WAKIL,NI'MAL MAULA WA NI'MANNASIR

Tanpa Nama berkata...

Salam... pasal dia bnyk kes la dia masih kat umno lagi.. klau x mesti dia org semua dh lari masuk PR semua dah. Si najis tu senang jer tektik. Halalkan semua pemimpin2 umno ni makan rasuah dan sebagainya. pastu dia akan ugut. klau ada yg berani lompat parti, semua kes mereka akan dibongkan dan pastikan mereka semua masuk penjara. Klau xder ugutan sebegitu lama dah pemimpin serta ahli umno tinggal dua org jer. Si najis dan Abodolah jer.. Tu pun tinggal dlm penjara jer laa.. wakakakaka

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

letak calun tak popular dah tahu kalah agak nya.

Tanpa Nama berkata...

dari segala segi,kemenangan memehak pada PAS tapi jangan 'over confident' . sejarah membuktikan umno merancang taktik kotor bila mereke sedang terdesak... ingat 3M... MONEY,MACHINERY,MEDIA & PENGUNDI HANTU...

Tanpa Nama berkata...

Ramai kita p bukit gantang bantu n kempen calon PAS. Pastikan kemenangan calon PAS. PAS untuk semua. Ingat tu.

Tanpa Nama berkata...

undilah P A S - Pasti Anda Selamat