15 Mac 2009

Dr. Mahadhir : UMNO bertindak di luar perlembagaan.

KUALA LUMPUR ,14 Mac :- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tidak mengikut perlembagaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM DS Najib sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.

"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.

"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."

Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara, terutama Perlembagaan, katanya sambil menegaskan bahawa sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang akan menyebabkan rakyat tidak menerimanya.

"Kita telah membuat kesilapan dalam tindakan yang diambil, jadi kini rakyat menentang kita,"katanya yang keluar daripada Umno pada tahun lepas

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

che det dah mula bersuara.... jib ngan mb kudeta ape kes.... terlompat2 ke..??? terima kasih atas maklumat drs..... drs x tido lagi... sibuk kemaskini blog... xper perjuangan dlm islam itu mmg lame.... nabi saw pun nak berdakwah kat kaum quraisy pun jenuh diorg nak paham... inikan kite yg zaman dah moden...

leaflizard berkata...

umno memang buta pelembagaan..

bior kan aje.

kite ajar kat prk bukit gantang.

insyaALLAH.

jangan lupa.

pangkah [0]

Tanpa Nama berkata...

puak2 umno ni maruah mane ade..main redah je..rakus kuasa..skrg duk berselindung di sebalik sultan (aci nyorok)..che det berpengalaman,komen beliau tentang isu perak membuktikan ape yg berlaku di perak satu rampasan kuasa secara haram..

Tanpa Nama berkata...

YB....
Saya dulu suka UMNO .....
Tapi saya keluaq UMNO masa zaman Che Det jadi PM..
Tahun lepas Che Det keluaq UMNO....
Che Det ikut saya kot ....(gurau aje)
Walaupun saya tak berapa suka Che Det terutamanya pasal PPSMI....
Tapi tak ade pula niat nak maki hamun apatah lagi menghina Che Det.....
Malahan nak menghina jauh sekali....
Saya masih hormat Che Det, bukan apa....
Sebab Che Det banyak juga berjasa kepada Negara (selain daripada dasarnya ada juga yang merosakkan Negara)...
Dalam kes ni memang saya puji dan sanjung ketegasan dan pandangan serta Prinsip Che Det...
Kata orang yang salah tetap salah, yang betul tetap betul...
Kita jangan jadi hipokrit/munafik.....
Jika kita terbalikkan fakta.....
Jika kita terbalikkan undang-undang yang kita cipta sendiri....

Pandangan saya sebagai Rakyat biasa...

Tanpa Nama berkata...

boleh tolong sertakan artikel ini diambil dari mana? terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Terima kasih che det. Dulu sy terpaksa menjadi rakyat che det. Sekarang sy terpaksa menjadi rakyat abodolah. Tp rasanya, lagi sy x sanggup nak jadi rakyat si najis tu..

Saya bukan bagus utk kata org lain x bagus. Seperti teman2, saya juga marah kepada che det bila diakhir2 pemerintahannya dia banyak x berlaku adil. Saya marah diatas apa yg dilakukannya di memali. Salah laku dalam mencampuri urusan kehakiman. Rasuah dan banyak projek2 yg melibatkan kroni, ppsmi serta banyak lagi kezaliman samada yg kita tahu dan x tahu. Walau chedet kata melayu mudah lupa, tapi sy melayu x lupa tu semua. (bagi sy melayu umno jer yg selalu lupa). Hari ini chedet banyak mengeluarkan komen2 yg bukan menyebelahi sesiapa, tetapi komen2 yg lebih kepada keadilan selaras dgn peruntukan undang2. Walau bagaimana pun hati manusia kita x tahu. Adakah ia seperti yg kita sedia maklum. Yg baik tu x selamanya baik, dan yg buruk tu x selamanya buruk. Atau adakan seperti yg kita sedia maklum jugak. Yg buruk tu juga akan buruk selamanya dan yg baik tu akan baik selamanya.

Maksud saya kita x tahu sejauh mana keikhlasan atas segala komen2 beliau. Adakah dari hati yg jujur atau ada udang sebalik mee. Yg tahu hanya beliau dan Yang Maha Mengetahui iaitu Allah s.w.t.

Jika benar chedet dah bertaubat(nasuha) dan kembali kejalan yg benar serta ingin sama2 pemperjuangkan agama,rakyat dan negara ke atas landasan keadilan untuk semua, saya sebagai individu dan sebagai seorang islam sedia memaafkan beliau. Walau peristiwa memali xkan mampu saya padamkan dari kotak ingatan saya sampai bila2. Walau saya adalah anak salah seorang yg syahid kerana kezaliman beliau di memali.

Chedet boleh senyum atau ketawa dgn tulisan saya ini. Tetapi demi Allah, sy akan lebih tersenyum jika sy tahu beliau benar2 telah insaf. Syurga neraka bukan saya yg tentukan, dosa pahala bukan saya yg berikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha pemurah, Maha Pengampun.. tp bukan Mahathir..

"PAS 4 ALL"

Tanpa Nama berkata...

kata2 tanpa nama 3.07 am sungguh ikhlas dan mengharukan...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. bagi yg kurang info tentang Peristiwa berdarah memali boleh search di youtube..
(http://www.youtube.com/results?search_type=&search_query=peristiwa+memali&aq=f)

(harapan63)