03 Mac 2009

DUN Perak ditutup, halang sidang tergempar

Tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.
Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.malaysiakini

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dasar BN bacul.. penakut!

Tanpa Nama berkata...

tindakan BN hanya bagi implikasi yg buruk kat depa..depa ni jenis yg tak berfikir..tunggu la next pru..kuburkan terus BN..



-prt abas-

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kuasa V Sivakumar seorang sahaja tak tertanggung oleh Najib, Zambry + 6 exco 3 penasihat, Zahid, SUK, S/U DUN, Penasihat Undang2 Perak. Maka FRU pastinya akan dipanggil seramai mungkin utk mengepung DUN bg menghadapi kuasa Speaker...

Tanpa Nama berkata...

salam,
bn/umno telah sampai kekemuncak zalim dan baculnya, najis altantuya sanggup buat apa saja,mmg rugi razak dan rahha beranak syaitan mcm najis....

hati2 antum semua, tidak mustahil DUN Perak esok diserang SB atau komando utk menculik speaker dan yb2 pakatan....

Tanpa Nama berkata...

apabila ketakutan menguasai diri....maka carca merba lah fikiran dayus BN...Kutoleh kiri ku nampak Nizar...Ku toleh kanan ku nampak Nizar...Apabila menganggap kuasa/pangkat adalah segala2nya dan bukan menggangap kuasa itu sebagai tanggungjawab dan amanah...beginilah pemikiran busuk UMNO dan dizahirkan dengan perbuatan yang songsang.. Allah MAHA mengetahui( YA ALIM) dan MAHA Perancang( YA BAARI)

Tanpa Nama berkata...

Allah MAHA sempurna kekuatanya (YA Matin) lagi maha menguasai Urusan (YA WAALIY)

Unknown berkata...

penakut!

Tanpa Nama berkata...

main kasar nampak ...siap si baju biru helmet merah lagi dia guna...kata hebat !!! apsal sampai pegi mahkamah ...apsal sampai tutup DUN ...BN pengecut ...

Tanpa Nama berkata...

zamby pasti terkncing dlm seluar jika sidang dun d adakn besok.sb tu la dia gunakn geng seangktan yg bacul!

Tanpa Nama berkata...

BN dah mula main kasar ..ada raja pun serupa tak ada..rakyat hari ini bukan rakyat zaman kunta kente..suara rakyat tak di hormati..
adakah umno/bn kini dahaga kan darah rakyat ?
kita tunggu masa akan menentukkan ..suara rakyat adalah suara keramat..bujur lalu melintang patah..

ingat lah wahai penguasa zalim..jika rakyat marah ..modal nya hanya mancis api 50 sen..
jgn permainkan rakyat berlebihan..kesabaran rakyat ada had nya..

Tanpa Nama berkata...

Masih ingat apa kesudahan Balasubramaniam yg memberi akuan bersumpah yg mengancam Najib? Risau kalau Sivakumar menghadapi nasib yg sama!!!

Tanpa Nama berkata...

fening kepala teman memikirkan tindak tanduk be end ni. Ingatkan Yahudi tu aje yang jahat tapi orang melayu yang mengaku Islam ni lagi jahat.Sape pandai main santau, santau kan aje deme ni.

keristamingsari berkata...

Solat hajat mohon pertolongan dari Allah untuk mengalahkan orang-orang yang zalim.......esok adalah penentuan buat Rakyat Perak....

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Seluruh penyokong PR!!!!! BUAT SOLAT HAJAT!!!!!!!!!!!!!!!!!! Minta pertolongan pada Allah!!!!!!! Minta Allah pelihara dan lindungi ADUN-ADUN PR dan kembalikan segala kejahatan yang dilakukan oleh NAJIB dan kerajaan Haram BN kembali ke atar mereka. Ya Allah, kami dihimpit dan diasak dari segenap penjuru. Hanya kepadamu kami memohon pertolongan,bantulah kami dalam menegakkan agamamu!................

saadlebaiseman berkata...

Ya Allah bantulah kerajaan pakatan rakyat untuk menegakkan keadilan.

Hancurkanlah kerajaan pimpinan UMNO yang munafik, sesat dan menyesatkan.

Kiranya, anjing-anjing UMNO ditugaskan untuk menghuru-harakan majlis yang akan berlangsung esok, kami mohon tunjukkan KEKUASAAN MU ALLAH YA RABBI kepada mereka.

Sesungguhnya mereka terlalu taksub dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Islam hanya hiasan bagi UMNO kerana mereka adalah golongan yang fasik dan munafik.

Ya Allah bantulah pimpinan Dato Sri Nizar yang ingin mendaulatkan syiar agama Mu melalui amal maa'ruf dan nahi mungkar.

Biarlah rakyat Perak yang berbilang kaum ini merasa nikmat dan kedaulatan pemerintahan berlandaskan Islam ini.

Ya Allah ! Perkenanlah doa permintaan hamba yang banyak dosa ini.....AMIN...!!