19 Mac 2009

Kereta paling murah di dunia: RM7370.00 sebuah dilancarkan

MUMBAI: Kereta paling murah di dunia, Tata Nano, akan dilancarkan minggu depan. Kereta jenis sukan berbentuk kacang itu menarik perhatian dunia kerana harganya yang murah, hanya 100,000 rupee (RM7370.00) bagi model asas. Harganya lebih murah daripada sesetengah komputer riba.

Para penaja berharap kemunculan kereta itu di tengah-tengah krisis ekonomi dunia tidak akan melemahkan minat para pembeli.

Meskipun ia diiklan sebagai kereta yang mampu dibeli jutaan penduduk India, para penganalisis berkata Nano dan syarikat pengeluarnya, Tata Motors, mungkin menghadapi kegenjotan disebabkan masalah pengeluaran, merosotnya permintaan dan krisis ekonomi dunia.

Besar kemungkinan hanya 30,000 hingga 50,000 kereta Nano akan terjual pada tahun pertama disebabkan keupayaan pengeluaran yang terhad, kata pakar-pakar industri kereta.

'Penjualan Nano bergantung kepada pengeluaran dan bukan kepada permintaan,' kata Encik Mahantesh Sabarad, seorang penganalisis dari firma Centrum Broking di Mumbai.

Kereta ini akan dilancarkan Isnin ini dan akan dipamerkan di kedai-kedai kereta mulai April. Nano kini dikeluarkan oleh dua loji pembuatan dalam 'operasi sementara' kata pengarah kumpulan Tata, Encik Ratan Tata.

'Ia merupakan pelancaran yang tergesa-gesa. Kilang utama di Gujarat masih belum siap,' kata Sabarad kepada AFP.

Pada Oktober tahun lepas, Tata Motors menarik keluar projek kereta Nano dari wilayah Bengal Barat, timur India, meskipun kilang dekat bandar Kolkota sudah 90 peratus siap.

Langkah itu diambil menyusuli tunjuk perasaan ganas selama sebulan oleh para aktivis dan petani yang dipindahkan keluar dari tanah mereka.

Ini mencetus kebimbangan tentang kemampuan India menarik para pelabur asing.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ooo.. kisah menarik... tapi naper kerajaan india ambil tanah penduduk?? xadil la.. huhu

Kekacang berkata...

Kereta ni bila sampai kat Malaysia, harganya akan mencecah hingga RM50K. Orang lain buat kereta supaya rakyat senang, Malaysia buat kereta supaya kroni senang.

Tanpa Nama berkata...

hmm..betul betul betul

Unknown berkata...

kereta ni tak akan masuk kat Msia.
sebab kalau masuk..... bungkus la Perodua

Tanpa Nama berkata...

ye la, kalu masuk malaysia, teruk gak la.
nak banding ngan perodua, jauh lebih murah n lebih simple. nak banding ngan motor, lebih baik, ada bumbung so rasa lebih selamat.kalu masuk malaysia, mau je beli satu...gantikan motor n keta yang ada. tak pun jd 3rd car la.hehehe

Tanpa Nama berkata...

btol la. kalu masuk malaysia bagus jgk. nak banding ngan kancil, memang lebih murah.
nak banding ngan motor memang lebih baik, ada bumbung, tak basah la... kalu ade kt malaysia nk beli jd 3rd car la.... huhuhu