19 Mac 2009

UMNO, Dulu, kini dan selamanya rasuah !

Umno perlu membersihkan tanggapan sebahagian besar rakyat terhadap parti itu yang dilihat mengamalkan budaya tidak sihat serta mempunyai sikap angkuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita perlu membersihkannya. Saya nyatakannya secara terbuka dan bukannya sekadar ingin meluahkan dihadapan Ketua Menteri dari pihak lain,Jika kita tidak berubah, kita akan dihukum, jadi kita perlu berubah" Katanya.

Kenyataan Najib di atas menyusul setelah Ali Rustam dikenakan hukuman yang kononnya tidak pernah dikenakan kepada pemimpin Umno sebelum ini. Iaitu dilarang dari bertanding jawatan no 2 dalam Umno. Saya berminat untuk memberi sedikit ulasan tentang isu ini.

Ada beberapa perkara yang saya fikirkan untuk dikongsi bersama dengan pembaca :

1. Perlu saya tegaskan lebih awal supaya fikiran kita tidak terus diputar belit dan diracuni dengan istilah "politik wang" namun dengan tegas kita hendaklah menganggap ianya sangat jijik, kotor dan haram disisi agama kerana ianya adalah rasuah. Kenapa kita boleh tertipu dengan istilah itu.

2. Saya merasa hairan dan kehairanan ini saya rasa sama difikirkan walaupun kita tidak diajak untuk memikirkan perkara ini. Hairannya kenapa Kalau Ali Rustam didapati bersalah dia dilarang bertanding, kenapa Khairy juga bersalah namun hanya diberi amaran sahaja.

3. Demikian pula hukuman pesalah yang lain semacam keputusannya sudah diatur dan terpilih sahaja. Mana lagi kes yang dilapur melibatkan ribuah kes dan 100 yang besar seperti dilaporkan oleh Dato' Mazlan dan Dato' Kadar.

4. Kalau sudah bersalah dalam rasuah kenapa masih dianggap tidak bersalah mengikut undang-undang negara. Sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah menyiasat sama kepada semua yang terlibat, dari mana wang perolehan mereka. Bukankah ini tugas SPRM. Umno bukannya "kerajaan langit" seperti didakwa oleh ayah pin!

5. Sampai bilakah Umno akan bersih kalau lembaga displinnya sahaja yang menentukan seseorang pemimpin Umno bersalah atau tidak, namun dia dianggap masih belum bersalah dengan undang-undang negara. Jijik sungguh. Sampai bila rakyat Malaysia hendak ditipu dengan lawak bodoh ini ? hairannya masih ada yang boleh terima.

6. Tidak mustahil yang dihukum kelmarin akan dimaafkan dan dengan alasan sudah "taubat nasuha" dalam perspektif Umno. Hukuman kelmarin sekadar "acah-acah ayam", kita tungu dan lihat.

7. Tindakan dan hukuman terhadap Ali Rustam yang dikatakan Najib tidak melibatkan jawatan ketua menteri, dan akan merayu dan masih akan hadir ke Mesyuarat Agong minggu depan adalah gambaran dia akan segera dibersihkan dalam tempoh terdekat. Mudah-mudahan jangkaan saya tidak meleset. Apalagi Ali yang saya faham adalah kem Najib.

Ternyata Umno hidup dan akan mati dengan rasuah, walaupun semua agensi dan pihak yang sepatut bertindak kepada mereka berdiam diri, ingatlah rakyat sudah sedia menghukum Umno dan BN.

Kenyataan Najib tidak akan memepengaruhi tanggapan sebenar rakyat kepada Umno sebagai "bapa rasuah" terunggul dibumi ini. Dulu, kini dan selamanya?

8 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

sapa ada addblog TG Nik Aziz tolong bagi kat saya...

ZAMRI kecik's berkata...

saya cadangkan kepada YB supaya adakan ruang "chat" untuk ahli2 berhubung/bersembang/berhujah...

EQUILIBRIUM berkata...

dari dulu lagi saya mengatakan spesis amno agak istimewa berkenaan dgn rasuah. orang biasa rasuah disiasat oleh sprm dan jika ada kes akan ke mahkamah.

golongan tertentu amno hanya disiasat oleh amno sendiri. jadi apakah golongan dlm amno ini berada diatas undang2 rasuah negara? nampaknya begitu lah. kalau tidak masakan ada dua set undang2 rasuah utk org amno dan rakyat biasa.

mungkin ini boleh dijadikan isu utk prk bukit gantang nanti. biar rakyat celik sikit dan mula berfikir dgn otak mereka.

Unknown berkata...

tuan,

Minta baca di sini juga

ZAMRI kecik's berkata...

puak2 ni pandai.
depa kilaih kot ni.
pulaih kot nu.
rakyat pening.
percaya la jugak cakap depa...

Awanama berkata...

gitulah amno selamanya

AntiRasisSampaiMati berkata...

arh...org UMNO sumenye same je...PRU akn dtg pakat pangkah PR...

Awanama berkata...

najib kaki rasuah nak bersihkan rasuah.... lawak giler....