28 Mac 2009

Laporan ADUN Titi Serong ke SPRM.

Berikut ini disiarkan laporan penuh yang telah dilakukan di SPRM Ipoh oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Laporan ini mendapat reaksi yang baik dari pelbagai pihak namun tidak dinafikan ada segelintar penyokong BN khususnya penyokong Osman sendiri yang tidak senang dengan laporan yang telah dibuat.

PENGARAH
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Jalan Raja Musa Aziz
Peti Surat 6000
27 Mac 2009
Tuan;

MEMOHON SIASATAN JENAYAH SALAH GUNA KUASA ADUN BEBAS MOHD. OSMAN BIN MOHD JAILU.

Saya dengan ini memohon satu siasatan yang terperinci dilakukan ke atas ADUN Lompat, Mohd. Osman bin Mohd Jailu didapati menyalah guna kuasa semasa beliau memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak. Dengan maklumat dari saya seperti berikut :

1..Bukti dari Corporate / Business information SSM mengenai Pengarah dan Pegawai didapati beliau yang beralamat 26A Jalan Bahru Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak dengan No. KP : 510716-01-5647 sebagai Pengarah Tourism Perak Sdn. Bhd. Tarikh lantikan pada 24 Jun 2008.

2. Dari maklumat yang saya ketahui,semasa Mesyuarat Lembaga Bil 01/2008 pada hari Khamis 28 Ogos 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat G1B Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Ipoh jam 9.00 pagi , beliau selaku pengarah yang dilantik sebagai Pengerusi Syarikat telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat tersebut telah dilantik Noraini binti Samat (dari Star Career sdn. Bhd) sebagai Pengurus Besar , yang sepengetahuan saya adalah isteri kedua beliau pada masa itu. Oleh itu tindakan beliau yang tidak memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa Noraini binti Samat adalah isterinya adalah tindakan salah guna kuasa yang perlu disiasat oleh SPRM.

3. Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Majlis Mesyuarat Kerajaan, XVI (8) seperti dilampir, antaranya menyatakan seorang AMMK itu tidaklah boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertukangan (Trade). Oleh itu tindakan beliau menerima pelantikan sebagai penandatangan Akaun Semasa di MBB atas nama Tourism Perak Sdn. Bhd . adalah kesalahan yang perlu juga disiasat.

Dengan laporan di atas, saya memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh SPRM.

Sekian, terima kasih;

Yang benar;



(YB DRS KHALIL IDHAM LIM ABDULLAH)
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
KAWASAN TITI SERONG.

Tiada ulasan: