28 Mac 2009

PAC syor bekukan gaji MB, exco kudeta Perak

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar kudeta Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kudetanya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.

Pengerusi jawatankuasa itu yang juga ADUN Canning, Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah.

"Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.

Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

PAC juga mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru tau langit tinggi atau rendah

Tanpa Nama berkata...

Payah jugak mau selesai tu yer...kemelut masih berpanjangan

Tanpa Nama berkata...

padan muka..lagi2 si SUK tu,jgn berlagak sgt

Tanpa Nama berkata...

lor...
ese pown br taw ada PAC DUN.
saspen...mmg saspen