28 Mac 2009

Mahathir dakwa rasuah cemari pemilihan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sepatutnya hadir sesi pembukaan Perhimpunan Agung Umno 2008 semalam mengubah fikiran kerana ia disertai ahli dan perwakilan yang mendukung amalan rasuah.

Sambil menekankan pemilihan Pemuda diselubungi politik wang, beliau berkata, persekitaran seumpama itu juga telah menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno.

"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," kata beliau dalam blognya hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sebab proses pengiraan undi mengambil masa yang lama.

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri.

"Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa," katanya.

Tiada ulasan: