01 April 2009

nesface 3 in One Boleh Merosakkan Buah Pinggang @ melemahkan Jantung

Email : ZAMRI kecik's

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. 

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati: 

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. 

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangannya.semakin basah. 

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran 
ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' 
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya: 

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
7. Elakkan mandi selepas makan 
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam 
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus 
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan 
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat. 

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. 

Sekian wassalam wallahuaqlam. 

'sharing is caring....'

8 ulasan:

abrizal berkata...

Salam drs khalil,

Mohon sampaikan kepada catatan saya ini kepada Sdr Zamri Kecik. Terima kasih atas panduan dan tips yang diberikan. Namun saya berpendapat simptom2 yang ditunjukkan oleh Ahmad (berdasarkan faktor usia dan bidang yang diceburi-pelajar) adalah selari dengan panic attack. SImptom2 panic attack amat menyerupai simptom serangan jantung. Dicadangkan sdr Ahmad utk mendapatkan rawatan psikologi klinikal utk membantu beliau berfungsi sebaiknya Insya Allah. Rizal, Canberra

abrizal berkata...

Salam Drs Khalil,

Mohon panjangkan catatan saya kepada pengirim Sdr Zamri Kecik. Simptom yang terdapat pada Ahmad lebih cenderung kepada Panic Attack.Berdasarkan usia dan bidang yang diceburi oleh ahmad (sbg pelajar)saya berpendapat sdr Ahmad menghidapi panic attack. Simptom yang dipamerkan oleh Panic Attack menyerupai simptom2 serangan jantung. Pada usia semuda tersebut kemungkinan besar serangan jantung boleh diketepikan. Pendapat saya ialah Sdr Ahmad mendapatkan bantuan professional dari ahli psikologi klinikal. Wallahu A'lam

saifuzaa berkata...

Sila rujuk web emjayjb.multiply.com
rasanya artikel asal dari sana.

saifuzaa berkata...

Sila rujuk halaman ini
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/191

acap berkata...

daripada ko minum nescafe buatan kafir, yg hanya memikirkan keuntungan semata2, baik minum kopi Radix(HPA)keluaran muslim perlis, tuan haji ismail. rasanya bole tahan, banyak khasiat spt mnjaga buah piggang,pulihkan kencing manis, dan mcm2 lg. ak sbelom ni dapat kncing manis berunsur pulih dgn izin Allah dgn amal kopi ni.

Tanpa Nama berkata...

Menurut Wikipedia, kopi mengurangkan risiko Parkinson, nyanyuk, kencing manis, penyakit jantung, sirosis hati dan gout.

Krimer bukan tenusu (dari palm kernel) adalah pengganti susu kerana ramai orang dewasa yang alah dengan lactose (karbohidrat dalam susu). Lactose menyebabkan orang yang tak biasa minum susu, sakit perut.

Tanpa Nama berkata...

yang paling penting kita jauhi rasuah.....tak kira la apa bentuk rasuah.kecik ke besar ke, dosa tetap sama...

Tanpa Nama berkata...

kesian umno ns....