Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.
Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie Ahmad.
Assalamualaikum wrth,
Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'
Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.
Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.
Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.
Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.
Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.
Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.
Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.
Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.
Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.
Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.
Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.
Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.
Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."
Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD AGUS YUSSOFF

20 ulasan:
berdosa wartawan-wartawan yang menyembunyikan kebenaran. syukran YB kerana telah memberi kenyataan sebenar apa yang diterangkan oleh prof Agus.
hmmm...biasa la...
depa tu memang pakar dalam ilmu putar belit ni...
Salam... relax dr agus.. biasa la wartawan utk akhbar pro umno.. cari maan katanya. korang mkn la hasil dari berita2 untuk melagakan org tu. hasil yg mungkin bagi korang halal. kasi mkn anak bini. jgn korang igt Allah ni dok redha dgn perbuatan ko tu. korang tunggu la, didunia belum tentu lepas. di akhirat pasti ada bahagiannya.
wallahualam.
(harapan63)
prof agus adalah pakar dalam menganalisa senario politik negara dan saya yakin ulasan yg diberikannya adalah 'without fear or favour'.kontroversi yg timbul adalah agenda pehak tertentu yg mengamalkan politik kotor atas arahan pemimpin tertinggi...
kerajaan perak, kerajaan melayu ke kerajaan cina.
Fikirlah wahai hamba Allah yg waras lg bijak sana.
tanpa nama 20:52:00,
hanya satu yg boleh saya fikirkan, pemikiran anda masih lagi berada di atas pokok
20:52:00 kera jaan zonbeer kudeta
20:52:00
Tak ada modal selain sentimen perkauman. Jelek!
Tapi bila nak pancing undi, masa itu kamu sibuk cari sekolah Cina, kuil Hindu, kampung orang Asli sebab nak bagi duit.
Semua dah berserabot, politik serabot, undang-undang serabot, ekonomi serabot, kepala otak lagi le berserabot. Yang tak berserabot Sultan sebab dia buat-buat pekak dan bisu. Nazar le kononnya..esok dah bertakhta di bawah pokok baru dia tahu....
Salam.. untuk yg kata kerajaan perak tu kerajaan cina. DAP adalah mejoriti kat perak, tetapi masih wakil rakyat PAS jugak yg jadi MB. korang kata MB diperalatkan cina, aku nak tnya korang.. tanah org melayu mana yg dah MB Nizar jualkan? hak melayu mana yg MB Nizar nafikan? korang tu yg menyokong be end dgn kebodohan. main bedal jer x kira la dia org kata apa pun ko caya jer. dia kata kerajaan perak kerajaan cina ko pun kata yer jer. bro.. bodoh tu biar berpatutan. biar la ko tu bodoh tp jgn diperbodohkan dgn org2 yg lagi bodoh. ko cuba jawab soalan aku ni sikit. sebelum DAP perintah Pulau Pinang (selepas pru12) bukan ke parti Gerakan yg perintah. Gerakan tu cina kan. Tp kerusi umno yg paling banyak kat penang tu. kenapa kasi Gerakan? ko tolong jawab? Melayu penang tersisih sebelum ni kerana DAP ke? Gerakan tu parti komponen BN kan. masa tu kenapa ko x kata cina memerintah p.pinang sampai habis semua melayu kat sana tersisih.
ko ni betul buta sejarah laa.
(harapan63)
biasala,perkara yg btoi bkn depa( umno/bn) nk trima...mna yg kna btng idung depa xkan kluar paper pnya...memang penakut dn bacui tahap paling x guna skali depa ni,suma kuasa depa guna,polis,sprm,spr,pekida(ada power gak ka)dn lain2 lg trmasuk media skali utk lwn PR...byangkn la betapa bacuinya puak2 depa ni...memalukan...puuuuii...
ari ni aku bca metro,kenyataan dari ketua polis ipoh yg mngatakn negara kita negara demokrasi,...
ni aku nak habaq mai...demokrasi kpala tengkorak hg...ni negara kuku besi hg tau dak...
patutla ada lgu negara kuku dri namewee...
blajaqla ada rsa malu sket,rkyat bkn bodo lg dah,hgpa tu yg bodoh...
akhirkata aku hrp pak lah x serahkn kuasa kat najis alkapla toya tu,biaq rosmah bg penampaq muka najis sbb x dpt jd pm...
dari:
anak jati perak yg x sukakn zombiery rentung bin hangit...
Heran ya pada mereka yang kononya memperjuangkan melayu tapi siang malam pegi kat cina juga.Beli barang makanan kat mereka,beli pakaian kat mereka,beli keta motor kt mereka,repair keta motor kat mereka,beli barang pejabat kat mereka,jual tanah orang melayu pun kat mereka dan tah apa apa lagi pun kat mereka.Penang umno menang pun suruh mereka perintah.Zaman dah maju dunia dah berubah, balik balik perkauman juga jadi modal.Bila korang nak berubah.Pimai pimai tang tu jugak.
itulah UMNO...
Isu wajib... PERKAUMAN, AGAMA, SULTAN..
Zaman sekarang orang dah celik.... tipudaya dan niat jahat UMNO dah orang semua tau.... Pokok isu depa mesti atas asas 3 benda tu... Kalau x dah lama mampos... nasib baik ada lagi golongan tua2 yang masih totok UMNO ... hidup mati untuk UMNO, bodoh dan diperbodohkan seumur hidup oleh UMNO.. golongan ni la yang kasi nasfas talian hayat kat UMNO... lepas golongan ni habis /pupus masuk kubor... tinggal golongan muda yang celik dan bijak dah x boleh ditipu... Masa tu UMNo dan BN akan dikuburkan... percayalah.. masanya sudah hampir....
kita kuboqkn mereka kat ngara haram israel yahudi laknattullah...
disana ja tmpat yg sesuai utk mereka...
bakaq pun ok gak biaq smakin rentung yg mna dah rentung tu...
salam perjuangan yb,
yb dah ada akaun facebook ke belum? ramai adun pakatan rakyat dah ber-facebook di internet, yb bila lagi?
Salam.....
Kepada pengirim komen yang takde nama yang mewakili UMNO dan BN......dengan sini baik baik......kepada pengirim komen tang takde nama tetapi menyokong PR pun boleh baca juga.
Bukan soal kerajaan Melayu atau kerajaan Cina atau kerajaan India. Soalnya adalah kerajaan itu adil atau tidak. KeIslaman sesebuah kerajaan bukan terletak kepada bangsa apa yang menerajui pemerintahan tetapi terletak kepada apa asas pemerintahan.
Jika sesebuah kerajaan diterajui oleh orang Melayu tetapi menindas rakyat.....wajib ditentang.
Tetapi jika kerajaan diterajui oleh orang Cina namun adil, telus dan jujur memerintah....wajib dipertahankan.
Ini adalah kerana keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam memerintah adalah prinsip prinsip Islam.
Untuk melakukan sesuatu yang dituntut Islam adalah bererti menunaikan apa yang dituntut oleh al-Quran dan Sunnah. Bukannya meletakkan Melayu sebagai kepala pemerintah.
Kepada pengirim "hantu" yang tersebut...kalau anak jantan...letaklah nama. Janganlah baling batu sembunyi tangan kerana Melayu itu sifatnya berani tetapi UMNO itu sifatnya bacul dan betina.
ambo ore kelate tak boh nama tak sir glamor tapi ambo setuju angin dgn ir nizar.
...la... tak kan hang tak tau kut kerajaan perak ni kerajaan melayu ka kerajaan cina, hang ni betoi la bangang. hang sorang saja yang tak waras dan tak bijak, pasai hang dok dalam hutan kut... dibawah kerajaan rimba BN...
Yang pastinya, kerajaan Perak(Kerajaan Halal) adalah kerajaan rakyat. Dari rakyat untuk rakyat. Bukan kerajaan Haram tu, dari pengkhianat kepada keparat..
Melayu, Melayu walaupun aku org Melayu, tapi sape cakap cam tu memang orang bodo. Ingat orang Melayu ni semua Islam, ramai yang tahu apa pun tentang Islam. Mengucap tak tahu, sembahyang tak tahu, makan rasuah, makan benda haram, semua sapu. Bila mati cari To' Imam nak mandi nak sembahyang. Waktu hidup apa dia tak kata kat To' Imam lebih - lebih kalau To' Imam tu orang Pas. Sesat, Fanatik, Taliban, Sikit - sikit Quran, Dia sorang masuk syurga dan macam - macam lagi. Terhegeh - hegeh la cari bila dah mati. Cadangan aku kalau untuk orang UMNO tu kalau To' Imam caj urus jenazah letak harga 5000 - 6000 biar diorang tahu jangan kata orang macam - macam.
Kalau tak suruh saja Ketua Bahagian UMNO urus sendiri, kalau tak pun bakaq aja la.
Catat Ulasan