07 Mac 2009

Kes saman Nizar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes saman Menteri Besar negeri Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Ia diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan sebentar tadi.

Bagaimanapun, kes tersebut akan diteruskan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan yang timbul dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan.

Hakim Lau Bee Lan berkata, berdasarkan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terpakai kepada Undan-undang Tubuh Negeri Perak.

"Berdasarkan peruntukan itu mahkamah mempunyai kuasa untuk merujuk isu mengenai prosedur tubuh kerajaan Negeri Perak ke Mahkamah Persekutuan berhubung perlembagaan negeri,"katanya.

Mahkamah juga meminta, peguam kedua-dua belah pihak membantu beliau untuk memutuskan apakah isu undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan perundagan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim memberi masa selama sejam untuk kedua-dua belah pihak menyediakan persoalan-persoalan yang timbul sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Kes itu diambil alih Lau Bee Lan selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut. mstar.

10 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

semoga kita berjaya...
taqbir!!!

SMA AS-SIDDIQIAH AL-ISLAMIAH,NAKA,KEDAH berkata...

salam ...kalau tuan sudi menderma sila layari...http://siddiqiah.blogspot.com/

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam...

INsyaAllah berjaya. Doa kepada Allah swt. Kepada yang bukan Islam, berdoalah kepada Tuhan kamu juga.

Tanpa Nama berkata...

Kami sebagai rakyat negeri Perak tidak kisah samaada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar kes itu. Yang penting hakim-hakim mestilah bertindak adil dan beretika, walau pun diugut,diancam, dipaksa dan seumpamanya keadilan mesti ditegakkan. KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG menjadi keutamaan.

Tanpa Nama berkata...

YAB Menteri Besar DS Nizar Jamaluddin bertindak atas prinsip undang-undang. Manakala Zambry Kadir bertindak atas arahan/suruhan Najib. Buka mata, buka hati dan buka minda. Fikir-fikirkan lah

Tanpa Nama berkata...

Kita patut buat bacaan yassin, puasa dan solat hajat beramai2 di setiap tempat dan daerah semoga keadilan akan tertegak dan yg regim BN yg zalim akan lumpuh dan pupus dari mayapada ini

Unknown berkata...

D........DOA LAH SEKELIAN RAKYAT JELATA UTK P.R.

U........USAHALAH DENGAN APA CARA SEKALIPUN.

I........ISTIQAMAH

T........TAWWAKAL PADA ALLAH.

SEMOGA KITA DAPAT DUIT YANG HALAL,BUKAN YANG HARAM DARI KERAJAAN YANG HARAMBJADAH....

Tanpa Nama berkata...

SELENDANG HITAM
Dengan rasa penuh tanggungjawab,saya selaku pejuang parti islam bersama dengan pakatan rakyat...ingin mengajak semua rakyat di negara ini bangun dan buka minda...ayuh kita ke jalan raya mengajar pemerintah yang bodoh tentang undang yang mereka sendiri BUAT KEMUDIAN MEREKA SENDIRI YANG LANGGAR...SUDAH TIBA MASANYA UNTUK KITA AJAR KERAJAAN YANG KORUP

Tanpa Nama berkata...

Dimana keadilan?Dimana Demokrasi?Dimana di mana di mana di mana.....kemana lagi klu bukan ke jalan raya.....

Tanpa Nama berkata...

Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnattibaa'ah
wa arinalbaathila baathilan warzauqnajtinaabah...