06 Mac 2009

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 5 Mac :- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul. Harakahdaily.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala...kalau dah kaki putar belit tu.
memang la camtu...
kat padang masyar sok tau la...

Tanpa Nama berkata...

Salam,Apapun YB!usaha YB dan Semua pimpinan telah membuktikan undang2 hari ini dicabuli kedaulatannya,sebagai rakyat bawahan apalagi yang diharapkan dari penjaga undang2 ni kalo ia boleh tunduk pada segelintir mereka yang berkuasa,ibarat cerita hindustan anak menteri rogol anak petani,dan menteri meraikan kejayaan anaknya bersama dengan pengawai polis(inspektor sahab).anak petani mengerang dihospital,waktu inilah muncul hero2 seperti amitabhachan,govinda dan seangkatan menuntut bela dengan membunuh satu persatu konco2 menteri tersebut,bila rakyat sudah jelas kedudukan kes maka hero akan pergi membuat perhitungan terakhir di kediaman menteri yang telah dikawal polis dan pengawal,hero dah masyarakat kampung yg datang dari segenap pelusuk merempuh halangan tersebut,dan menteri dibelasah secukup2nya oleh hero,tp ending masih ade penyangak tersesat yg sempat ganggu tempo perhitungan terakhir,diketika ini la ade seorang yg terkorban dek kerana menahan badan dari peluru menembusi hero.dan crita tamat dengan bahagianya.soalannya apakah intipati yang boleh diambil dari film hindustan itu adalah keberanian untuk mendapat kebenaran walaupun tiada penjaga undang2 membantu..malah mengganggu/menyekat/mematahkan.jika hari ni YAB MB menyeru seluruh negeri berkumpul dibelakangnya untuk membawa usul yang telah diputuskan sidang dun negeri pasir 2 butir apakah DYMM masih lagi mahu membisu...

Tanpa Nama berkata...

abis tu .. saper yang arahkan polis kunci/tutup pintu masuk DUN??? Arahan kerajaan langit ayah pin kot......

Brahim Nyior berkata...

Aneh juga apabila keadaan gawat di Perak seolah-olah dilakukan oleh PR.

Banyak sungguh keanehan di sebalik apa yang berlaku di Perak..

Pihak yang menjadi dalang "baling batu sembunyi tangan".

Yang kecewa ialah rakyat Perak. Mereka yang jadi punca semua ini berlaku terus membiarkan Perak terumbang ambing...

Nasib badan...

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH PIKIR2 KITA PERANG JE LA HABIS CERITA..KLO TAKUTKAN SUSAH SEKARANG PON DAH SEMAKIN SUSAH,KLO TRS MCM NI LAGI SUSAH YB,DOK IKUT PUAK2 MELAYU SEMBAH BERHALA NI SAMPAI BILA PUN TAK SELESAI YB!SAMPAI BILA KITA NK DIPERHAMBAKN DI NEGARA TUMPAH TANAH KITA SENDIRI.
KITA KERAH RAKYAT KELUAR RAMAI2 IRINGI YAB MB MENGADAP RAJA,KLO RAJA TKNAK BUBAR DUN JUGAK KITA RENTAP DIA TURUN TAKHTA,TKPYH TAKUT LA MATI NANTI TAKDE SOALAN PON DARI MALAIKAT TANYA PSL KETAATAN PADA RAJA DAN TAAT PADA RAJA YANG ZALIM BKN TIKET MASUK SYURGA TAPI NERAKA!KLO ARINI KITA TK MATI ESOK LUSA KEMATIAN TETAP MENJEMPUT KITA,KITA HIDUP DIDUNIA NI PON SEMENTARA SAJE CUMA PUAK2 YG GILA KUASA TK SEDAR2 DIRI DOK SANGKA NK TONGKAT LANGIT.. AYUH KITA HANCURKAN MEREKA SEBELUM MEREKA TERUS MENGHANCURKAN KITA,MENGHANCURKAN TANAH AIR KITA! ALLAHHUAKBAR!

Unknown berkata...

akum.bagi pendapat saya yang tak mengaji undang2 ni,tak payah lah nak ikut saluran undang2,memang mereka tak ikutpun,semua dah kena ikat kaki tangan,mulut disumbat duit,sia2 saja kita buat.Cuma jalan kita terakhir itu aja,KELUAR BERAMAI2 kita berarak ke Istana Kinta menghadap Kebawah Duli Tuanku......DAULAT TUANKU!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Eh, Teja punya u takde link? hehe

www.lihkang.com

Tanpa Nama berkata...

Tapi... klau kita ambil pendekatan perang , nanti depa guna alsasan kita mulakan keganasan pulak... Habis semua ditangkap masuk ISA,penjara... dan semua parti politik pembangkang akan diharamkan.. Ini pasti x bagus dan baik untuk masa depan negara kita..habis pemimpin kita di tangkap dan depa akan gunakan ini sebagai alasan yang kuat mengatakan kita anjur keganasan... Depa ni tunggu masa jer untuk kita bertindak... boleh la nanti depa jadik alasan... Saya rasa kita masih boleh bersabar... tapi mesti bijak merancang... Ko guano?

Tanpa Nama berkata...

Aku heran kat mesia ni ramai tukang santau ... tak boleh ker tukang2 santau ni gi santau barua barua umno /bn ni???.. korang santau org baik2 jer..yg jahat2 korang tak nak kerjakan.. sekurang2nya dosa korang tu balance lah skit.. ker camano??

Tanpa Nama berkata...

UMNO MEMANG BUTA MATA HATI....ada undang-undang x nak teliti...bertamadun sangat la tu...hadhari ajar agaknya...imam besarnya dollah badawi...bagus2...klu malaikat tanya esok waktu dalam kubur aa agama mu,jawab islam hadhari...klu malaikat tanya sapa saudara kamu,jawab KRONI UMNO SAUDARAKU...cerah peluang nak kene BANTAI

Tanpa Nama berkata...

jangan kita gunakan kekerasan..kita guna saluran yg sepatutnya...UMNO sedang mencari peluang untuk menggunakan ISA sekiranya kita tersilap langkah..jgn sesekali mengikut rentak UMNO..biar UMNO yang mengikut rentak kita..HIDUP PR...

Tanpa Nama berkata...

pas tak ada buah pelior, kalau berani bawa la unit amal kau orang berentap dengan pakeda.

Unknown berkata...

p*kida..ahaks.. cam taik je..

Tanpa Nama berkata...

buah pelior x de, rosmah makan..heh..hhe//hhe

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah Taala terus berikan kekuatan kepada Prof. Aziz bari untuk berkata benar sekalipun pahit untuk sang penguasa. Teramat mahal serta tinggi nilai ilmu yg ada pada Prof. Aziz Bari.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Jangan main, ingat zaman Rasulullah, banyak peristiwa penting hanya terjadi dibawah pokok sahaja. Sekiranya PAS berjaya dan Pakatan Rakyat berjaya maka imej Islam akan turut terbela. Ini memberi imej positif terhadap ISLAM. Insyaallah ramai yang akan tertarik kepada Islam. JIka di Barat ramai yang masuk Islam, tapi di Malaysia ramai yang keluar Islam. Siapa yang bersalah? Mesti pihak yang memerintah.

Tanpa Nama berkata...

salam
nak tambak sikit.....
Kat barat tu yang bijak2 masuk Islam tapi kat mesia ni yang yang bodoh2 keluar Islam.

AllahuAkbar!

Tanpa Nama berkata...

drs sabar tabah hadapi ujian insyallah kita akan berjaya

Tanpa Nama berkata...

Article 16 (6) Undang2 Tubuh Negeri Perak

"If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council."

Article 16 (7) Undang2 Tubuh Negeri Perak

"Subject to Clause (6) a member of the Executive Council other than the MB shall hold office at His Royal Highness' pleasure, but any member of the Council may at any time resign his office."

Fasal 16(7) menyebut "subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.

Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?

Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut "members in" atau "members of the legislative Assembly"? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?

Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?

Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.

Soal Sultan Perak mempunyai kuasa dibawah Undang2 Tubuh Perak tidak membubarkan DUN Perak tidak dipertikai oleh ramai "Pakar Perlembagaan". Soal siapa yang berkuasa melantik MBpun tidak menjadi isu - lihat Trengganu dan Perlis. Dalam hal Perakpun, PAS sebenarnya hanya memiliki beberapa kerusi DUN sahaja namun MB dipilh dari PAS walaupun DAP dan PKR pun ada calon mereka. Maka jelas perlantikkan MB adalah kuasa Sultan.

Pandangan Prof Dr Aziz Bari's;
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html

Ahad, 2009 Mac 08
Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak

sedikit Petikan dari web diatas;

Ujar Prof Dr Aziz Bari;

“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya

Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;

PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”

Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.

Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.

Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah.

Maka sidang DUN dibawah pokok itu bukankah ianya suatu perhimpunan haram, kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran?

Tindakan Sivakumar menggantungkan MB Dato Zambri dan EXCOnya, bukankah itu melanggari titah dan lantikkan Sultan? Apakah menerima lantikkan Sultan Perak itu sendiri kesalahan dibawah Peraturan2 Tetap DUN Perak?

Maka, kewajaran siapa yang perlu Sultan guna pakai? Kewajaran kamu, saya, Prof tersebut dan banyak lagi?

FAsal 16(6) membenarkan Sultan menggunakan kewajarannya , maka bila Baginda bertindak tidak mahu membubarkan DUN, ada yang tidak berpuashati. Apapun keputusan baginda, akan ada yang tidak berpuashati. Bubar salah tak bubarpun salah.

Apa yang penting dipenghujungnya adalah siapa mempunyai "sokongan majoriti" juga.

Jika keputusan sultan dihormati sehingga mahkamah memutuskan siap MB dan exco yang sah, maka tidaklah kecoh. Ini tidak, digantungkankan MB dan exconya kononya telah bertindak melanggar Peraturan Tetap Dewan hanya kerana menerima perlantikan dan perkenan Sultan sebagai MB dan EXCO - bilapula Dewan bersidang?

Beginilah, Ali dan Minah sepasang suami isteri- Minah lompat kemudiannya ke lelaki lain. Apakah tok kadi pula nak dipersalahkan dan minta tok kadi bubarkan juga akad nikah pasangan-pasangan suami isteri yang lain juga yang tiada masaalah hanya kerana mereka (ALi dan Minah) bermasaalah? Maka, pada Sultan, membubarkan DUN hanya kerana tiga ADUN itu yang `menimbulkan masaalah’ bukan tindakan yang wajar kerana ia akan juga melibatkan ADUN2 yang lain yang tidak mempunyai masaalah.

Pembaca sekalian, jika kamu salah seorang dari pengundi2 DUN Behrang (contoh saja) dan berang dengan lompatan ADUN kamu dan "penipuan beliau" semasa pilihanraya, kenapa kamu tidak saman sahaja DUN kamu kerana mungkiri janji pilihanraya mereka (Undang2 kontrak - perjanjian)? Ada kena mengena dengan Sultan?

Ataupun saman juga Pakatan Rakyat kerana "kecuaian" (undang2 Tort - kecuaian) mereka mencalonkan calon yang "tidak kredible"? Dimana pula kecuaian Sultan?

Apa yang saya nampak, Pakatan Rakyat cuba "mengalihkan pandangan" seolahnya kelam kabut yang kini berlaku adalah "silap" Sultan bukan Pakatan Rakyat kerana kononya Sultan "kurang kewajaran" bila tidak membubarkan DUN.

Parti-parti politik sekadar suatu pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Society Act). Apa-apa masaalah hendaklah diselesaikan mengikut Akta tersebut. Jika parti-parti seperti DAP dan PKR “berang dan terangkat” dengan ADUN Behrang dan Changkat, siila ambil tindakan mengikut piagam parti-parti masing seperti menggantungkan keahlian mereka namun kedudukan mereka sebagai ADUN kekal kerana itu keputusan dibawah Akta Pilihanraya berdasarkan pengundian pengundi2 bukan hak parti pertubuhan politik2.

Matlamat, objektif, piagam (Article and Memorandum of Association) sebuah pertubuhan samada parti politik atau tidak sudah jelas semasa pendaftaran dibuat dan diluluskan. Piagam suatu pertubuhan politik contohnya, antara lainnya untuk mencalonkan dan pertandingkan dikalangan ahli-ahli meeka calon2 wakil rakyat dikerusi DUN dan Parlimen.

Persoalan saya kepada yang tahu dan tidak tahu undang2 termasuk mana-mana Parti2 Presiden Pertubuhan Politik (UMNO, PAS, DAP dll), adakah didalam piagam pertubuhan parti2 politik menyatakan bahawa antara lainnya;

(i) menggangu gugat, merampas dan memperlekehkan kedaulatan dan Ketuanan Tuanku dinegeri masing-masing/ Malaysia;
(ii) Menjadikan Malaysia sebagai Negara Republic;
(iii) Menyalahi mana-mana undang2

Bukankah itu perbuatan subversive (derhaka)? PKR dan DAP bernasib baik kerana Parti-parti tersebut boleh diharamkan dibawah Akta Pertubuhan dan mereka-mereka didakwa dibawah Akta Hasutan/ Kanun Keseksaan dan atau ISA. Samada itu tindakan wajar atau tidak – kewajaran siapa pula nak diguna pakai? Bukankah kewajaran Pendaftar Pertubuhan, Menteri Dalam Negeri dan juga Pendakwaraya relevan mengikut mana yang terpakai?

CHAPTER VI (Kanun Keseksaan)
OF OFFENCES AGAINST THE STATE
121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.
121A. Offences against the Yang di-Pertuan Agong's person.
Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
121D. Intentional omission to give information of offences against sections 121, 121A, 121B or 121C by a person bound to inform.
Whoever knowing or having reason to believe that any offence punishable under sections 121, 121A, 121B or 121C has been committed intentionally omits to give any information respecting that offence, which he is legally bound to give, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both.
122. Collecting arms, etc., with the intention of waging war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever collects or attempts to collect men, arms, or ammunition, or otherwise prepares to wage war with the intention of either waging or being prepared to wage war against the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri or abets the waging or the preparation of such war, shall be punished with imprisonment for life or imprisonment for a term not exceeding twenty years, and shall also be liable to fine.
123. Concealing with intent to facilitate a design to wage war.
Whoever by any act, or by any illegal omission, conceals or attempts to conceal the existence of a design to wage war against the Yang di- Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, intending by such concealment or attempted concealment to facilitate, or knowing it to be likely that such concealment or attempted concealment will facilitate, the waging of such war, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years and shall also be liable to fine.
124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.
124A. (Repealed).

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM (Public Law Dept)