Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V. Sivakumar, berhubung satu perhimpunan sebelum persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN.
Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan DUN, mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.
Mereka berbuat demikian apabila gagal memasuki bangunan rasmi DUN setelah dihalang oleh polis.
Adun DAP Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong semalam dipanggil ke balai polis Ipoh selama dua jam untuk siasatan berhubung perhimpunan tersebut.
Beliau, yang juga exco kerajaan Perak bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, hadir bersama lima peguam.
Polis juga mencari enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama bangunan pentadbiran Perak, Selasa lalu, sewaktu wakil-wakil rakyat itu cuba memasuki DUN.
Enam orang ini dipercayai kehendaki berhubung dakwaan maki-hamun polis sewaktu pihak berwajib itu cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.
Polis setakat ini membuka 31 kes siasatan sejak krisis politik di negeri itu awal bulan lalu, melibatkan 12 kes perhimpunan haram, dua (Akta Hasutan), tiga (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak) dan 14 (Kanun Keseksaan).
Semua siasatan kes ini sekarang di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pendakwaraya dalam waktu terdekat, kata Zulkifli. Mstar.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN.
Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan DUN, mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.
Mereka berbuat demikian apabila gagal memasuki bangunan rasmi DUN setelah dihalang oleh polis.
Adun DAP Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong semalam dipanggil ke balai polis Ipoh selama dua jam untuk siasatan berhubung perhimpunan tersebut.
Beliau, yang juga exco kerajaan Perak bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, hadir bersama lima peguam.
Polis juga mencari enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama bangunan pentadbiran Perak, Selasa lalu, sewaktu wakil-wakil rakyat itu cuba memasuki DUN.
Enam orang ini dipercayai kehendaki berhubung dakwaan maki-hamun polis sewaktu pihak berwajib itu cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.
Polis setakat ini membuka 31 kes siasatan sejak krisis politik di negeri itu awal bulan lalu, melibatkan 12 kes perhimpunan haram, dua (Akta Hasutan), tiga (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak) dan 14 (Kanun Keseksaan).
Semua siasatan kes ini sekarang di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pendakwaraya dalam waktu terdekat, kata Zulkifli. Mstar.
13 ulasan:
Salam.......
Siasatlah Zul selagi mana ko rasa ko nak siasat.
Di Mahsyar nanti, orang Islam seperti kami akan dakwa dan soal ko di hadapan Allah swt.
Masa tu, ko bukan setakat disiasat tetapi akan turut disiat-siat atas segala pekerjaan terkutuk yang ko buat di atas dunia nih.
Masa tu paku paku ko tu dah takde guna dah. hakikat waktu tu, ko yang akan dipaku.
Salah guna kuasa itu yang HARAM di sisi Allah Ta'ala. Tapi bagi orang yang (mungkin) tidak beriman dengan Hari Pembalasan, dia tidak peduli halal haram. Jangan menyesal di hari kemudian. Yang pasti, apa juga yang berlaku di dunia, kami rakyat yang teraniaya akan menuntut keadilan di hadapan Allah Azzaja Wajalla kelak.
Maaf silap ejaan di atas!
salam,polis kat perak tue kenapa lembab bangat kenapa tak di tangkap jer hari tue ,sekarang batu nak siasat,kat siput tue ,,
Salam.. zul... budak2 pukida yg dok berhimpun tu ko xnak plak buat siasatan? ayahanda lajin (sarip dol samseng kampung dusun)tu terang2 buat perhimpunan haram, siap maki hamun dan baling botol serta batu tu, ko xnak dakwa plak? kenapa , ko takut dgn budak2 pukida tu ke? yg YB pakatan rakyat tu berhimpun tu sbb x dpt masuk kat bangunan tu la. korang yg tahan x bagi masuk, pastu korang kata dia buat perhimpunan haram plak. apa la punya polis ko ni. ko berhenti la buat perkara2 terkutuk tu zul. aku ni pun bekas polis juga, tp bukan polis yg xder otak mcm ko. jenayah ko xnak bendung. kes ragut,rompak,culik,bunuh dan seribu satu kes ko x selesaikan, kes yg mcm ni plak yg ko buat2 ambil berat tanpa org suruh pun. malu la sikit zul. mana maruah polis ni zul? ko pernah tgk cerita tamil atau cerita hindustan dulu2 x? itulah perwatakan polis malaysia sekarang ni. hanya menjaga org yg berkuasa. igt zul.. kita org rakyat semua ni la yg bayar cukai utk bayar gaji korang tu. gaji menteri2 be end korang pun kita yg bayar, kita bukan minta ditimang, bkn minta kelebihan. tp cukuplah klau ko nak berlaku adil. ni tidak. klau PR buat sesuatu tanpa disuruh sampai merangkak2 pun ko sanggup siasat. xder kes pun cuba jugak cari kes agar boleh dikenakan tindakan. tp klau org sebelah be end buat ko relax jer ek? ko boleh senyum simpul lagi.apa la ko ni zul. maruah tu jaga zul. jgn dok nak jaga kantung duit jer. islam tu ko tegakan. bkn yg ada kuasa ko julangkan. bawa2 la bertaubat zul.. mati nanti semua tu kita x bawa.
(harapan63)
apa yang terjadi sekarang di malaysia adalah kesalahan seorang pemimpin yang bernama abdullah badawieee... kerana tidak amanah dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat kepadanya.! apa hanya dengan peralihan kuasa dia kepada naajibeee...boleh selesaikan masaalah negara.hampir 52 tahun umno/bn perintah malaysia.negara aman dan ekonomi berkembang baik...tetepi takkala peristiwa hitam menimpa ds anwar ibrahim suasana negara berubah pada 1998 bilamana ds anwar di penjarakan hasil konspirasi jahat umno.dan kini malaysia tidak aman,ekonomi negara merosot,harga barang mahal,petrol mahal,gejala sosial dan jenayah kian hari meningkat,timbul pelbagai penyakit, tak kurang dengan bencana dan malapetaka yang menimpa negara,merebaknya gejala rasuah,salah guna kuasa,polis,bpr dan makamah tidak telus/tidak adil/tiada amanah/double-standard dalam menjalan tugasnya.apa akan jadi kepada rakyat !!!! jika najjebb jadi pm.. yang cemerlang..gemilang.. terbilang.. renungkan/fikirkan bersama.. apa tindakan anda.umno tak ubah seperti zionis yahudi menindas rakyat palestin.!!!
nak komen sikit pasal tindakan polis untuk memanggil wakil2 rakyat PR untuk siasatan. Datuk Zul kena ingat...jangan berat sebelah dalam tindakan. Yang menghalang masuk kekawasan bangunan suk ialah ketua polis IPD katanya arahan SS yang bangang tu. Tapi tak tahu le pulak kut pegawai tu cakap je. Yang kita nampak lori FRU tu ada didepan pintu pagar. Tak kan le kerja speaker yang sepatutnya berada di bangunan tersebut disekat. Cuba fikir2 baik dan rasional. Wakil rakyat kerjanya dalam dewan bukan kat luar dewan...kenapa tak bagi dia orang masuk. kan melempah sampai ke luar. Yang pasti KP ketua polis zul ni takut kena tukar dan kena berhenti dari PDRM. Apa salahnya kawal bukan halang. Itulah yang dinamakan keselamatan. Kalau halang itulah jadinya. Kami dari PR tak mahu langsung terlibat kepada perkara yang tak baik seperti UMNO yang menghantar kumpulan gangster
Dunia pastinya memerhatikan kita,
Pengundi/rakyat akan semakin celik & faham tentang politik...
Syukur Alhamdulillah! Inilah Qada & Qadar ALLAH
UMNO/BN pastinya akan terkubur jua dalam PRU13 dan seterusnya nanti.
Ameen...
Salam...
Agak agak sedara sedara sekalian....mana si Zul nih nak letak muka sekiranya Allah swt memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah selepas PRU 13 nanti?
Orang lain aku tak tau tapi kalau aku lah...lepas PRU 13 tu hari hari aku nak lalu depan balai tu....aku nak senyum jer bila tengok mamat yang nama zul nih...pastu..tiap tiap petang...aku nak antar paku payung ke balai tu...biar banyak paku si zul nih.
Salam.. alah apa nak diherankan dr ahmad. klau muka2 mcm si zul ni la, klau PR memerintah, confirm dia ushar baik punya MB Nizar. kununnya (ayat Dr M) dialah yg akan tegakkan keadilan.. pooodahhhh... aku tau sangat dah dialog film tamil ni. org mcm ni bkn tau malu, bkn ada pendirian.
(harapan63)
siasat la zul whoi...
mati sok malaikat siasat hang pulak...
Perhimpunan haram?? haku fikirkan pertunjukan sarkis, baru aku tau.. Sidang tergempar bawah pokok hari tu perhimpunan haram kee?? tu la kalau kita kata bodoh marah! dah terang2 PR hari tu berhimpun nak masuk dewan untuk buat Sidang Dewan Tergembar tapi dihalang! saper kata perhimpunan?? ader tak sapa2 yang cakap PR hari tu buat perhimpunan??..
Zulkifli Abdullah, Kamu siasat 28 ADUN PR dan kamu rekodlah apa yang kamu suka, tapi jangan lupa malaikat dikiri dan kanan kamu juga akan mencatat setiap apa yang kamu lakukan, dan kita akan bertemu di mahkamah ALLAH nanti, bawalah catatan kamu itu.
Kenapa lah PDRM sekarang ini selalu bertindak sebagai polis, sebagai hakim, sebagai peguam kepada pihak tertentu.
Hendaklah kamu ingat, gaji kamu dibayar dari hasil cukai rakyat bukan nya dari tabung UMNO. Kalau kamu bertindak adil, kami sokong dan kalau kamu bertindak zalim, kami akan tuntut hak kami nanti. Hidup kita bukanlah lama sangat,
saat dan ketikanya akan sampai. Waspada lah kamu semua wahai polis-polis.
Catat Ulasan