06 Mac 2009

Istana setuju terima memo anti-PPSMI

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.

Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.

GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.

Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said dan pemimpin pembangkang termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual hadir.

Menjelang perhimpunan besar itu, GMP akan menghabiskan empat programnya di seluruh negara sebelum ceramah akhir di Markaz Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini.

Malam ini, satu forum isu PPSMI akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Selain Dr Hassan, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen BN Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut membahaskan isu ini.

Ditanya tindakan lanjut GMP jika kerajaan tetap enggan melayan tuntutan mereka, Dr Hassan berkata gabungan itu akan terus memperjuangkan pemansuhan dasar kontroversi itu sehingga berjaya.

"Tidak ada tempoh tamat. Kita akan terus berjuang sehingga kembali kepada dasar asal (sebelum diperkenalkan PPSMI pada 2003)," katanya.

Sementara itu, Setiausaha GMP Hasni Abas berkata 1,000 anggota Unit Amal PAS dikerahkan bagi mengawal keadaan dan lalulintas supaya perhimpunan itu terkawal dan aman.

Pada mulanya, kata Hasni, GMP telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit berhimpun ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan itu kepada di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pada 17 Februari lalu, seramai 20 aktivis bahasa dan sastera GMP berarak ke Parlimen dari Tugu Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada ahli-ahli parlimen, termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala pada 31 Januari pula, tokoh-tokoh utama GMP buat pertama kali turun ke jalanraya sempena pelancaran kempennya di pusat membeli-belah Sogo.

Mereka juga menabur 50,000 risalah mengenai kempen menentang dasar itu ketika pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lepas.mstar.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

marilah kita perjuangkan bahasa melayu/jawi hingga ke titisan peluh yang terakhir...

Tanpa Nama berkata...

cadangan saya pulak cuba rakyat perak turun buat perhimpunan aman beramai-ramai 100 ribu orang turun hantar memorandum kat sultan perak agar mintak bubarkan dun perak

Tanpa Nama berkata...

saya cuma tak seles satu ja.bila istana dah setuju,polis pulak buat hal nanti.ingat tak masa BERSIH dulu? habis jem jalan satu K.L.orang nak pi pejabat pun payah.banyak sekatan.tengok lah nanti polis dan FRU akan mengatasi istana untuk tunjuk kuasa dan keegoan depa.saya yakin kalau polis tak campur tangan 7 MARCH nanti, INSYAALLAH semuanya akan berjalan lancar.kecuali akan jadi huru-hara disebabkan polis dan FRU yang gila.

Wak Labu Farm berkata...

Yang wak hairan, mengapa semasa ianya hendak dilaksanakan semua tikus2 ini diam membisu seribu bahasa?wak-labu

Tanpa Nama berkata...

mana ada diam wak.
cuma diperdiamkan je...

http://www.tagged.com/zamridesa

Tanpa Nama berkata...

Wak-Labu...mana ada PPSMI diam wak....cuma PPSMI dulu tu mulut mereka di loytape jer....hanya org giler mcm wak jer yg menyokong membabi buta...konon nak Melayu maju la...serupa la dengan TOK KI di IKIM.FM...bebulu jer aku dengar...IKIM.FM pun dah jd jurucakap UMNO/BN...ingat transperent....sama jer dengan RTM

Tanpa Nama berkata...

TOK KI di IKIM. FM tu asyik membebel dan melalak jer aku dengar...meluat betul aku dengar...TOK KI ni cakap tanpa Data dan analisis, kajian...merapu-rapu jer...samalah dengan Dee Jay sekali....dia jer nak cakap...aku cadang IKIM.FM buka forum tu kat pendengar supaya boleh CALL atau bincang...baru ok...ni suara dia jer nak membebel dan meracau-racau..ni lah pengkhianat Melayu sama dengan UMNO...ikim.fm macam RTM ke...se macam jer semenjak-semenjak ni....

Tanpa Nama berkata...

baru hang pa nak kenal sapa dia selama nie.dia adalah antara org2 yg selalu mengkhianati melayu.dan banyak hujah2 dia di IKIM tanpa berlandaskan fakta dan data yang dikaji sebelum berhujah.

Tanpa Nama berkata...

tu tok ki giler glemer..geng2 dr maamor pewaris