06 Mac 2009

Kompromi hanya dengan Pilihanraya semula.

Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.

apakah maksud sebenar pandangan mukhriz tidaklah saya dapat agak. Namun yang difahami ramai kompromi hanya boleh diselesaikan dengan cara diadakan pilihanraya semula. Itulah jalan yang terbaik seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan rakyat di Perak.

Biarlah rakyat menjadi hakim kepada kemelut dan krisis perlembagaan ini. kami Pakatan Rakyat sedia dihukum sekiranya kami tidak benar.Namun sangat malang parti cap kati takut untuk berdepan dengan rakyat.

Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.

"Buat masa ini seolah-olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat," katanya ketika ditemubual dalam program "Kerusi Panas" di Radio 24 petang ini.

Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat "sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan" untuk mentadbir negara dengan berkesan.

"Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak," katanya.

Namun Mukhriz berkatam memandangkan kedua-dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang-undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.

6 ulasan:

Budak Perak berkata...

ckp kat mukriz,PAS kal0 nk k0mpr0mi dgn amen0 hnyer dgn pilihanraya semula,laen2 x nk...
muqabalah ker,muhabalah ker PAS x lyan...
bak kte amir raja lawak..
I'm s0ri....

Tanpa Nama berkata...

apa yang terjadi selepas sidang DUN haritu?
dah dipersembahkan pada Sultan ke belum?

Tanpa Nama berkata...

harap pas ni jgnlh plak fru, polis n pekida berkumpul kt dpn istana halang yb2 n mb utk di persembahkan kepada sultan lak pas ni...
semoga Allah memudahkan perjalanan mereka2 ini.

Tanpa Nama berkata...

salam..
YB jangan dengo cakap mukriz ni..depa tengok rakyat Perak 70 peratus ke pembangkang mulalah muqabalah..lah..macam2 taktik taik kucing..

Tanpa Nama berkata...

orang macam mukhriz ni bagus gak.
perlu ada dalam UMNO.
kalau tak,lagi melampau la depa...

Tanpa Nama berkata...

Ni lah masalahnya UMNO...buat keje tak pikir panjang..main belasah jer...bila tersepit...hah..ada lah belacinya bagi jalan...lepas ni...pemimpin-pemimpin UMNO pu mengiyakan sahaja la...sokng konon...kalau PR tak setuju...dia kutuk pulak PR....kata PR pentingkan diri sendiri...ini lah plot citer UMNO...semua dlm kocek rakyat....hampeh...UMNO