Inilah gambar yang telah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang saya anggap sebagai provokasi dan fitnah yang sengaja ditujukan kepada pihak PAS khususnya dalam krisis kemelut perlembagaan di Perak.
Risalah ini telah diedarkan mulai dari hari ini dan setengahnya diletakkan dikebanyakan mesjid sekitar Parlimen Bukit Gantang. Kemuliaan hari jumaat pada hari ini telah tercemar dengan tindakan biadap pihak yang bertindak bacul ini.
Sesampainya saya di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning saya terus ditunjukkan risalah ini dan dengan segera saya menalipon Pengarah Jentera Pilihanraya, Hj. Asmuni Awi untuk tindakan segera melakukan laporan polis menafi dan meminta pihak keselamatan menyiasat siapakah yang berani mencetak dan mengedarkan risalah "jahat" itu.
Pada jam 5.30 petang saya siap memberikan laporan di Balai Pilis Changkat Jering dan pada jam 8.30 malam sekali lagi saya ke IPD Taiping memberi keterangan kepada pihak polis.

Bergambar dihadapan balai polis sebelum membuat laporan.
Pihak Parti PAS tidak bertanggung jawab dengan risalah ini.
5 ulasan:
ini kerja hantu umno untuk melemahkan pakatan rakyat menjelang pilihanraya kecil di perak.Pas tidak tergamak melakukan kerja tidak bermoral seperti itu....Kerja tidak bermoral kerja umno....mereka merampas perak pun dengan cara bacul dan tidak bermoral.....diharap orang perak lebih arif dalam situasi sebegini...!!!
Sedarlah UMNO... sampai nak fitnah-fitnah pula. Bukannya pengundi bodo macam korang buat ni. Tengoklah..mereka akan ajar korang. DRS.. yg penting sekarang penerangan kepada masyarakat. Kemudian, menjelang hari mengundi..hati..tipu daya Iblis bertopengkan manusia ramai semasa hari tu...
ya allah, lindungi umat islam dan rajanya ya allah...
Pihak mana pun yang mengedarkan risalah tersebut, yang pasti, ianya telah berjaya melagakan pihak BN dan PR.
Masing-masing begitu yakin bahawa pihak lawanlah yang mengedarkan risalah tersebut.
Berikanlah masa kepada pihak polis untuk melakukan siasatan bagi membongkar dalang sebenar penyebar risalah tersebut.
...dan Allah itu lebih Maha Mengetahui.
UMNO xtau yg bila diorg buat mcmni lagi rakyat benci pada UMNO..UMNO parti BUTA KAYU!!
Catat Ulasan