10 April 2009

3 wakil bebas sudah jadi wakil mahkamah ?

PUTRAJAYA: Pertikaian terhadap tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya selesai apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas di negeri itu masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel lima anggota, membenarkan permohonan tiga wakil rakyat berkenaan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang memohon perisytiharaan bahawa mereka adalah wakil rakyat yang sah.

Hakim Alauddin dalam keputusan yang mencipta sejarah itu turut memerintahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar.

Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.

Anggota lain dalam panel tersebut ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk S. Augustine Paul dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong.

Semalam, mahkamah tersebut buat pertama kali, memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mentafsir isu perlembagaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bagi menjelaskan pertikaian sama ada Speaker DUN atau SPR berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN di negeri itu.

Sivakumar, yang hadir di mahkamah, bagaimanapun, enggan memberi sebarang ulasan apabila ditanya pihak media mengenai keputusan itu.

Ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu memohon supaya saman terhadap Sivakumar itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Perak 1957 bahawa SPR merupakan entiti yang sah untuk menentukan kekosongan kerusi DUN Perak.

Berikutan keputusan mahkamah itu, saman ketiga-tiga wakil rakyat itu terhadap Sivakumar dibatal.

Pada Februari lepas, Jamaluddin dan Mohd Osman dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Hee dari DAP keluar parti masing-masing dan tindakan itu mendorong Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN tersebut kosong.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf kemudian mengisytiharkan mereka masih menjadi wakil rakyat yang sah dan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan tidak akan diadakan.

Pada permulaan perbicaraan, peguam tiga wakil rakyat tersebut Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berhujah bahawa adalah jelas di bawah Perkara 36 (5) bahawa SPR perlu menentukan kekosongan kerusi tersebut dan tidak ada peruntukan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Speaker untuk mengumumkan kekosongan kerusi DUN.

Katanya peranan Speaker adalah untuk mengemukakan surat peletakan jawatan ketiga-tiga wakil rakyat itu kepada SPR dan bukan mengisytiharkan kerusi itu kosong.

Manakala Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menjadi pencelah dalam prosiding, juga berkata Perkara 36 (5) memberi kuasa kepada SPR untuk menentukan kekosongan kerusi tersebut.

Peguam Sivakumar, Tommy Thomas, berhujah bahawa Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan bermaksud Sivakumar menikmati imuniti dan keputusannya mengisytiharkan kekosongan kerusi itu tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

Katanya di bawah perkara itu Speaker juga diberikan keistimewaan dan kuasa menentukan isu membabitkan persidangan DUN dan keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Tommy juga berkata tindakan Sivakumar memaklumkan peletakan jawatan wakil rakyat berkenaan kepada SPR dan mengumumkan kekosongan kerusi itu adalah sebahagian daripada peranannya dalam persidangan DUN.

Beliau berhujah bahawa fungsi SPR seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah lebih kepada fungsi pentadbiran yang berkaitan dengan pilihan raya seperti menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.

Seorang lagi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata di bawah Perkara 31 (1) Perlembagaan Perak, sebarang pertikaian yang timbul dalam persidangan DUN harus diselesaikan secara dalaman dan bukan untuk SPR atau mahkamah memutuskan.

"Dalam kes ini terdapat dua fungsi berasingan pengasingan kuasa dan pengasingan fungsi. Kuasa Speaker dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepadanya manakala fungsi SPR lebih kepada urusan mengendalikan pilihan raya," katanya. BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selepas ini, kalau ada kekosongan kerusi..SPR tidak perlu tunggu surat dari speaker memaklumkan bahawa kerusi itu kosong.Kami rakyat diajar dengan ayat "SPR akan menunggu surat daripada speaker memaklumkan kekosongan kerusi"
Satu lagi,lepas ni,mana-mana wakil rakyat yang dirasakan tak jalankan tugas, kita mintak SPR umum kerusi itu kosong.

Hasiah berkata...

mahkamah di malaysia kini berstatus Mahkamah Rimba. Bagus, inilah yg dikatakan Malaysia Boleh!! Boleh apa?? Boleh BLAH!!!

Tanpa Nama berkata...

hidup,hidup....
hidup HASIAHSALLEH,

hancur, hancur....
hancur MAHKAMAHRIMBA.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata SPR istiharkan kerusi Parlimen Kepala Batas pun kosong dan x payah tunggu surat letak jawatan!!

Tanpa Nama berkata...

ya allah....tunjukkan lah hakim-2 ni cara membuat melaksana tugas dgn adil...Kenapa mareka jadi begini...sedangkan semasa mareka ditiup roh sewaktu dlm perut ibu mareka..dan mareka berjanji Allah tuhan mareka..Tapi bila dah jadi hakim mareka lupa penciptaNya.....dan tidak takut akan pembalasanya....Mohon Keampuan...istifar...jika direnungi dlm diri kita semua ada sifat adil dan mahu berlaku adil..takutlah allah bukan PM...atau manusia selainNya.

Tanpa Nama berkata...

Ya allah...kau hancurkan lah hati mareka para hakim yang telah keras seperti batu..seperti mana kau hancurkan Bukit Tursina...supaya mareka ingat akan keadilan yang perlu diberikan kepada manusia...tanpa mengira bangsa & agama. Berilah kesedaran kepada mareka sebelum terlambat...bahawa allah itu esa dan nanti hakim pun akan kesana membawa amalan dan tugas mareka diperhitung satu-persatu...istifar....mohon ampun

Tanpa Nama berkata...

Drs,Musykil mcm mana mereka dpt berkhidmat utk rakyat.Bagaimana nak menentukan KPI nya?Terima elaun Wakil Rakyat mcm ni dibimbangi menjadi sumber haram yg akan mendarahdaging Masih ada kah usaha utk membawa mereka ke pangkal nawaitu..Memandangkan usia mereka melewati separuh abad beruntung lah kita seandai nya berjaya membawa mereka "mengenal" jln pulang. Nona Ratana Chulaborn.