10 April 2009

Tidak dilantik menteri, benarkah khairy tidak kecewa ?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang disiarkan malaysiakini berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru dan berkata beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata dalam pertemuannya dengan Najib kelmarin, PM memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya sambil berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri ada campurtangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.

Kenyataan Khairy diatas menyusul beberapa jam setelah najib mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Sebenarnya Najib berdepan dengan dua keadaan yang diibaratkan dalam perpatah melayu ditelan mati emak diluah mati bapa. Melantik Khairy dalan barisan kabinet berarti menempelkan masalah dalam kabinet baru kerana kemenangan Khairy adalah dalam keadaan kontraversi rasuah dalam pemilihan yang baru lalu.

Namun bukan berarti kabinet baru ini bersih kerana semua sudah maklum banyak persoalan yang tidak terjawab sehingga sekarang dalam pelbagai isu termasuklah terpalitnya beberapa nama besar dalam senarai utama sebagai terlibat dengan skandal rasuah.

Menolak Khairy adalah menolak amalan biasa kepada jawatan Ketua pemuda dengan taraf menteri penuh. Menerima Khairy adalah membawa padah lebih besar.

Jadi persoalannya sekarang benarkah Khairy tidak kecewa bila dia tidak terlantik, ditambah pula seterunya yang kalah dalam pertandingan boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri. Naibnya juga dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Kalau Khairy lemah disebabkan terbabit dengan rasuah semasa pemilihan, apa sangat kuatnya pimpinan lain yang juga terlibat dengan rasuah. Saya kira Khairy lebih baik kerana rasuah semasa pemilihan diambil dari wang poketnya sendiri.

Rasuahnya orang lain adalah mengambil wang rakyat dalam bentuk komeisyan pembelian kapal selam dan sebagainya. Ini lebih teruk dari Khairy.

Kalau saudara berada di tempat Khairy, rasa kecewa pasti ada kerana tangga untuk dia naik lebih tinggi telah dibuang. Alasan menjaga parti tidak masuk akal dan tidak sekuat dan sepenting menjadi menteri. Dia akan bergerak ke hulu dan ke hilir tanpa ada kawalan keselamatan walau sepenting mana tugasnya.

Lagipun logikkah alasan menguatkan parti sehingga tidak layak menjadi menteri, jelaslah Khairy tidak akan puas hati dan kita tunggu episod seterusnya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno akan bergaduh sesama sendiri

Tanpa Nama berkata...

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin adalah antara muka baru yang dilantik dalam Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri.Mukhriz kalah pun jadi Timbalan Menteri?

Na'im Nikmat berkata...

Tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

sian khairy,jangan putus asa,umum mengetahui

Tanpa Nama berkata...

jangan sedih KJ,ramai bersamamu

Tanpa Nama berkata...

jangan sedih KJ

Tanpa Nama berkata...

kj jangan sedih

Tanpa Nama berkata...

rasa macam ada cmpur tangan seseorang hingga menyebabkan najib tangguh pengumuman semalam... jika dilihat barisan kabinet, ia tidak sekuat mana seperti yang dimomokkan.. banyak kepincangan berlaku. ini tanda awal kelemahan najib...

Bangsa Cina Malaysia berkata...

ini berita yang baik. umno semakin kecoh..

sediaraja berkata...

Sedihlah KJ, melalak la puas-puas. Dulu bapa mertua jadi payung, naik la tocang kau.

Apa-apapun Najib dah suruh kau perkukuhkan UMNO, gunakan peluang keemasan ni untuk kukuhkan kedudukan kau sekali bak kata pepatah 'sambil meyelam minum air'. Itu kerja senang sebab kau banyak duit. Tabur je lah RM kat puak-puak UMNO tu, supaya UMNO cepat-cepat terlungkup.

ZAMRI kecik's berkata...

KJ diberi tugas khas oleh Najis.
dia kena tarik belia masuk UMNO/BN...

zizi3131 berkata...

http://asalperak.blogspot.com

Mungkinkah KJ + Pak Lah + Anwar bawa usul undi Tak Percaya

Mungkin kah KJ dan Pak Lah akan membawa usul undi tak percaya kepada Najib dalam persidangan parliment bulan Jun nanti.Ini disebabkan Najib tak lantik KJ sebagai menteri .Pertembungan sekarang menjadi 3 penjuru Najib+Mahathir . KJ+PAK Lah ,Anwar+PR.

ini semua bakal terjadi kerana najib lah yang menyebakan Pak Lah letak jawatan awal.Walaupun KJ menang Najib terus mengetepi KJ .Didalam barisan kabinet Najib tidak melantik orang orang pak lah sebagai menteri.Mungkin najib lupa didalam ramai ramai ahli parlimet adalah terdiri daripada orang pak lah.Sebagaimana Najib lupa Speaker Dun adalah Adun PR

Jika di buat usul undi tak percaya pasti najib akan tumbang.Apakah sebenarnya pertemuan Pak Lah dengan Anwar semasa maulidur Rasul di Hulu Langat.Apakah motif KJ sendiri menghantar Passport Anwar semasa Anwar di bebaskan.Apakah Anwar bersama Tuan Guru Haji Hadi ,Dato Harun Din sampaikan pada TOk Guru Nik Aziz awal bulan semasa pertemuan di Kota Bharu.

KJ dan Pak Lah ada rancangan bersama Anwar .