Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.
Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.
Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.
Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok.
"Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas Sivarasa
Kata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah.
"Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya. Suara Perak.

5 ulasan:
Bermula dgn saman zambry. Diikuti Gobind ke atas Dewan Rakyat. Akan datang saman ke atas Speaker Melaka. Keputusan Hakim atas DUN Perak ini membuatkan Perlembagaan Malaysia kucar-kacir. Dan ironinya, ia ia dimulakan oleh tindakan kurang bijak Bekas Ketua Hakim Negara yang dahulunya amat dihormati dan disanjung tinggi. Doa rakyat agar Tuanku membetulkan semula keadaan ini...
Kerajaan BN telah lama mengamalkan pencabulan prinsip negara berperlembagaan dan demokrasi.
Tiada kebebasan bersuara,
Tiada saperation of power,
Tiada menghormati hak asasi,
Tiada ketelusan dalan proses pentadbiran negara,
..................
salam...
rentak Be End memperkuda badan kehakiman ini adalah petanda saat kematiannya yang semakin hampir..janganlah kita risaukan hal itu..bagi pejuang islam tulen itu adalah mainan dunia semata-mata..kita kan tengok nanti kalau diizinkan Allah , kejatuhan Be End akan menyusul beberapa tahun lagi...cuma ketika ini pejuang islam bertahanlah dahulu..bersabarlah...
Ampun Tuanku, beribu ribu ampun, sembah patik harap diampun..patik hamba yang hina melihat telah banyak berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat akibat tindakan 3 ADUN melompat itu.Kerajaan Zamry tetap kata dia MB sah. Namun kerajaan PR juga masih memegang watikah Tuanku dahulu.Tidak ada patik dengar tuanku membatalkan watikah dulu. maka..patik rakyat yang hina ini jadi keliru...
Ampun Tuanku..
Maka apalah sudi kiranya tuanku memanggil kedua-dua MB ini iaitu DS Nizar dan DS Zamry dan berbincang untuk menyelesaikan masalah ini. Yang dikirakan paling utama kini, serahkan kepada kami rakyat Perak untuk menentukan apakah Nizar atau Zamry pilihan kami. kerana pada pandangan kami mereka itu wakil rakyat, jadi biarlah rakyat menentukannya. Kalau rakyat pilih Zamry, maka berketuakan Zamry lah kami. Kalau rakyat pilih Nizar, maka Nizarlah MB kami yang menjalankan kerajaan Tuanku.
Ampun Tuanku, patik mohon ampun.
Gantung lagi ZAmbry dan 7org tu
http://peguampas.blogspot.com/2009/04/zambry-perolehi-perintah-yang-tidak.html
Catat Ulasan