Oleh Adam Yew Abdullah
http://damsithoh.blogspot.com/
Kesanggupan meninggalkan kepercayaan nenek moyang dan memilih agama Islam sebagai cara hidup yang baru bukan suatu langkah yang begitu mudah untuk dilaksanakan. Sudah tentu akan menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan menantinya. Saat mengucap dua kalimah syahadah, membenarkan apa yang diyakini dan menolak apa yang dianggap batil melalui lidah, anggota badan dan hati. Saat itulah kita diistiharkan sebagai saudara baru.
Dugaan dan halangan bakal dihadapi seterusnya. Bermula dari ahli keluarga, saudara mara hingga sahabat handal. Cemuhan dan kutukan dilontarkan. Malah ada yang menyumpah, menghentam dan mengugut semata-mata kerana tidak sebulu dalam agama.
Cemuhan dan kutukan tidak akan berhenti begitu saja. Pandangan tertumpu pada kejahilan dan pemikiran sempit pada anggapan mereka. Ia menjadi bahan bualan di atas meja makan. Tiba-tiba menjadi suatu isu besar dalam negara mencuit tumpuan orang ramai. Seolah-olah, telah melakukan suatu kesalahan besar. Lalu, menjatuhkan hukuman berat lebih berat dari seorang penjenayah.
Secara senyap, mereka tidak akan berputus asa. Tidak senang duduk dan sentiasa memerhatikan. Mereka akan memihak kepada kita jika kita setuju dengan mereka. Apabila kita cuba lawan, kita bukan sekadar digelar sebagai tidak waras malah, dipandang serong dan dipulaukan. Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan.
Tidak cukup dengan itu, ahli keluarga memaksa meninggalkan agama Islam. Mengugut dengan kata-kata ugutan membunuh diri, memaksa memakan daging khinzir, melarang dari mendirikan sembahyang dan ada juga yang dikurung. Desakkan dan paksaan untuk menuruti kemahuan mereka supaya kita berputus asa dan kembali ke pangkuan asal mereka.
Kekhuatiran mereka adalah kepupusan generasi kepercayaan nenek moyang. Kesanjungan nenek moyang begitu menebal sekali yang sukar untuk ditanggalkan. Kepercayaan tahyul dan penyembahan berhala menjadi tunjang kepada penganut ini dan mempertahankan agama nenek moyong menjadi asas yang paling utama.
Sebab itu, mereka menganggap orang yang meninggalkan agama nenek moyang sebagai melakukan kesalahan paling besar terhadap nenek moyang. Tidak cukup daripada itu, dengan mengelar orang itu murtad. Murtad pada pandangan mereka kerana keluar dari agama nenek moyong. Ada yang mengelar kita sesat kerana termakan buatan orang.
Kalau orang kampung, yang berpemikiran sempit, bagi mengubati orang yang sesat ini ada ubatnya. Mereka akan mencari tokong untuk menanyakan cara untuk mengubati. Ada yang membakar kertas azimat dan curi-curi diberi minum kepada orang yang mereka istiharkan sesat. Ada yang mengambil pakaian untuk dijampi dan diberikan pakai. Berbagai teknik mereka perlakukan. Itulah namanya sifat orang kafir...
Keikhlasan dalam meninggalkan kepercayaan nenek moyang disebabkan kebatilan kepercayaan tersebut menguatkan semangat untuk terus kekal dalam agama Islam. Ia menjadi baro pengukur setakat mana kita dapat bertahan dengan pelbagai cubaan. Keikhlasan yang lahir di dalam hati, menterjermahkan kita membenarkan apa yang kita percaya itu benar dalam Islam. Walaupun sekali kita mempercayai melalui ikatan perkahwinan, harus menonjolkan keikhlasan kita.
Siapakah diri kita dan apakah prinsip kita atas nama agama? Dari manakah asal usul diri kita sekiranya kita tidak mempunyai agama? Apakah persoalan ini tidak penting bagi kita? Atau kita tidak berani menerima hakikat sebenar kerana malu dan takut dipersendakan seperti yang ditulis di atas.
Masuklah dengan sebenar-benarnya dalam Islam. Kalau sudah bergelar sebagai seorang muslim jalankanlah kewajipan sebagai seorang muslim. Jangan masuk hanya kerana memenuhkan syarat untuk mendirikan perkahwinan atau tujuan tertentu. Tidak sempurna jika hanya Islam di nama saja, solat, puasa dan tuntutan-tuntutan lain tidak ditunaikan mengikut acuan Islam.
Wallahu a’lam

2 ulasan:
Syukur.saya dh lama Islam, malu pulak dgn sdra
Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.1999. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain Namun di bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih.
sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).
Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya Doktor.
Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.
Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.
Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa Mr Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.
Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.
Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu. Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.
YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
Mengapa hal begini berlaku?
Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham Lim dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem berbau Islam.
Catat Ulasan