07 April 2009

Kami Mohon Restu

Kamal Abu Bakar


MENGHAPUSKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU MELALUI PINDAAN PERLEMBAGAAN TAHUN 1993 . DENGAN ITU, SEMUA RAJA-RAJA MELAYU BOLEH DIBICARAKAN DI MAHKAMAH ATAS KESALAHAN JENAYAH.

MENAIKKAN HARGA PETROL DAN GAS WALAUPUN PETRONAS TERUS MENCATATKAN KEUNTUNGAN BERBILION RINGGIT. ALAHAI, ANAK AKU ADA KONTRAK DENGAN PETRONAS.

MENGAGIHKAN PROJEK KERAJAAN DAN SAHAM-SAHAM KEPADA DIRI SENDIRI, SANAK-SAUDARA DAN PENYOKONG POLITIK. OPP ! KOMISEN PEMBELIAN PERALATAN NEGARA JUTAAN RINGGIT UNTUK KRONI AKU. DUIT RAKYAT, BUKAN DUIT AKU. APA NAK KISAH !

TERUS MENGHINA MUFTI SEKIRANYA FATWA ATAU PANDANGAN BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL SEPERTI KES ALLAHYARHAM DATO’ ISHAK BAHARUM.

MENGENAKAN FAEDAH KEATAS PINJAMAN PTPN KEATAS SEMUA ANAK-ANAK YANG BELAJAR DI KOLEJ DAN UNIVERSITI. DENGAN INI, TENGKUK MEREKA AKAN DIIKAT DAN MEREKA TETAP MENJADI HAMBA HUTANG SEPANJANG HAYAT.

MENAIKAN KADAR TOL SETIAP TAHUN ATAU MEMBERIKAN WANG RAKYAT SEBAGAI GANJARAN PERSETUJUAN PLUS UNTUK TIDAK MENAIKAN TOL. PLUS UNTUNG, KAMI UNTUNG JUGA.

TERUS MENGAMALKAN RASUAH DALAM PEMILIHAN PARTI BAGI MEMASTIKAN PEMIMPIN KAYA DAN KORUP AKAN TERUS BERKUASA MEMERINTAH NEGARA. WALAUPUN DISAHKAN RASUAH OLEH LEMBAGA DISIPLIN, TAPI TETAP BOLEH PEGANG JAWATAN KERAJAAN.

MENAIKAN TARIF ELEKTRIK DAN MEMBIARKAN SYARIKAT PENJANA KUASA BEBAS (IPP) MENGAUT KEUNTUNGAN BERLIPAS GANDA. APA NAK DIKATA. SEMUA IPP INI SYARIKAT RAKAN-RAKAN KAMI.

MENERUSKAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS. ANAK CUCU KAMI CAKAP BAHASA INGGERIS DI RUMAH. ANAK ORANG KAMPUNG, TAK TAHULAH. LU FIKIRLAH SENDIRI.

MEMBERI PENYAPU KEPADA KAKITANGAN AWAM

MEROBOHKAN RUMAH ORANG MELAYU YANG MENJADI PENEROKA BANDAR UNTUK SEKIAN LAMA


1 ulasan:

apis berkata...

kami mohon restu?!!! haahhahaha umno/bn memang funny