Baru-baru ini, timbul satu isu ketika Kor Ming tersalah sebut nama surah di dalam al Quran. Beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut. Namun, apa yang terjadi, beberapa pimpinan UMNO membuat laporan polis mendakwa bahawa Kor Ming mempersenda al Quran.
Hakikat penulisan saya kali ini ialah lebih kepada mempersoalkan tindakan UMNO sendiri. Selama ini UMNO mengatakan bahawa mereka Islam, tetapi dengan senang lenang mereka menolak hukum Allah. Adakah ini bukan satu persendaan? Ada sesiapa ingin buat laporan? Antara yang pernah mereka persendakan ialah tentang Hukum Hudud.
Apakah Hukum Hudud ini? Ia adalah Hukum yang telah Allah aturkan untuk manusia. Tetapi mereka mengatakan “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”. Saya ingin bertanya kepada pembaca, siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Anda sendiri sudah tahu.
Mereka juga pernah mengatakan “Kalau zina dihukum dengan rejam, bagaimanakah kita boleh mendapatkan batu untuk membuat jalaraya?…”. Siapakah yang mempersendakan Hukum Allah ini? Anda juga sudah mengenali siapakah yang mengatakannya. Mereka juga pernah mempersendakan sunnah Nabi SAW, dengan mengatakan “Nabi simpan janggut kerana ketika itu tiada pencukur janggut…”
Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Saya lebih suka suami saya mempunyai wanita simpanan daripada saya bermadu..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? Mereka berkata lagi… “Dengan memberi kondom secara percuma, dapat mengurangkan masalah zina…”. Siapakah yang menuturkan kata-kata ini? “Ibu tunggal boleh melacur..” Siapakah yang menuturkan kata-kata ini?
Saya ingin bertanya kepada UMNO sendiri, kenapakah selama ini UMNO sendiri telah banyak kali mempersenda al Quran yang juga Hukum Allah, tetapi tidak pula dibuat laporan polis. Kamu mengatakan kamu seorang Islam. Inikah Islam kamu? Seorang Islam yang menghina Hukum Allah jauh lebih jahat dan hina daripada seorang kafir yang “tersilap” membaca al Quran.
Adakah Kor Ming mendapat dosa kerana perbuatannya yang tidak disengajakan itu? Adakah UMNO juga tidak sengaja menghina Hukum Allah? Perhatikan ayat terakhir Surah al Baqarah, kita memohon kepada Allah SWT supaya tidak dihukum terhadap perbuatan kita yang tidak disengajakan. Tetapi UMNO sengaja mendabik dada seolah-olah undang-undang mereka lebih bagus daripada undang-undang Allah!
Saya yakin, masih ramai lagi ahli UMNO, walaupun sudah dikatakan Islam sejak lahir, tetapi sampai sekarang , masih tidak reti membaca al Quran! Kamu mengaku Islam, tetapi al Quran pun tak tahu baca. Anda sendiri boleh lihat, berapa kerat pimpinan UMNO yang membaca al Quran ketika berucap..? Saya sendiri tidak pernah lihat, melainkan Masyitah seorang itu.
Masyitah yang seorang itu pun telah mempersenda hukum Allah dengan mengeluarkan fatwanya pada tahun 2004! Ibu tunggal boleh melacur… Selain itu, wanita-wanita UMNO sendiri sudah lama mempersendakan al Quran dan Hukum Allah. Di dalam Surah an Nur, wanita Islam wajib menutup aurat, tetapi, berapa keratkah wanita UMNO yang begitu?
Kebanyakan mereka “sengaja” membuka aurat sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu salah. Bukankah ini juga menunjukkan mereka telah mempersenda al Quran dan Hukum Allah? Kenapa tidak dibuat laporan sahaja? Ini belum lagi diceritakan tentang kes Disko Zouk yang terang-terangan mempersenda Islam!
Filem Gubra? Di manakah pimpinan UMNO yang bersungguh sangat membuat laporan ini? Diam sahaja apabila menonton filem tersebut? Siapa pula yang meluluskan filem tersebut kalau bukan kerajaan sendiri! Sure Heboh telah difatwakan HARAM oleh Mufti Perak, apakah tindakan pimpinan UMNO yang hari ini, tiba-tiba semangat?
Ya, tidak lain dan tidak bukan, pimpinan-pimpinan UMNO ini hanya bertindak apabila ia berkaitan dengan politik dan kepentingan mereka sahaja. Mereka mencari kesalahan-kesalahan orang lain walaupun ia tidak disengajakan. Sedangkan mereka selama ini sengaja mencaci al Quran dan Hukum Allah. Tunggulah balasan dari Empunya kalam tersebut!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

18 ulasan:
Muslim yang beriman akan menolak UMNO yang terang dan nyata menghalalkan RASUAH.
Adalah berdosa jika bersubahat dengan UMNO yang menghalalkan RASUAH.
saya cukup tertarik dgn penjelasan Yang Berhormat...mmg sejak isu ini bangkit,sy ternanti penjelasan YB kerana sudah tentu YB lebih mengerti tentang perkara yang ini..
Menurut Risikan Polis, Pas sah Menang di Bukit Gantang...
Rujuk:
http://al-qedahi.blogspot.com/
Ya Allah menangkanlah Siasah Islam..AMIN
Drs,Nona tertunggu tunggu Zahid muncul di Debat Perdana.Sekurang kurang bila jumpa Kor Ming boleh perbetul bahasa Arab nya.Menteri Agama ni terlupa surah Abasa kot.Ataupun dia pi dakwah dgn kumpulan 'black kongsie" Elok di mlm "raya" ni kita berhusnul zan..! Nona Ratana Chulaborn.
Terlalu banyak sebab yang mewajibkan kita menumbangkan UMNO/BN dari muka bumi Malaysia yang kita cintai buat selama-lama. Samada kita sedar atau tidak kita semua terdiri daripada golongan yang dinafikan hak dan golongan yang dibelenggu dengan pelbagai Akta-Akta zalim yang dilakukan oleh UMNO/BN bagi meneruskan survival politik kotor mereka.Berikut adalah sebab musabab mengapa saya mengatakan UMNO/BN perlu ditumbangkan.
1.Anda dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.Pembebasan 13 tahanan I.S.A yang dilakukan baru-baru ini adalah semata-mata untuk meraih undi berikutan Pilihanraya Kecil yang berlaku ditiga Negeri serentak.
2.Anda tidak dapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat Akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) memang anda kena tipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dan mcm-mcm lagi yang seangkatan dengannya.Antara media yang dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadialan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta zalim lagi mengzalimi.Namun seperti I.S.A tiba2 sahaja tindakan untuk memberhentikan penerbitan kedua-dua akhbar ini ditarik balik,ini juga dilihat dilakukan semata-mata untuk memancing undi kerana kedua-duanya dilakukan disaat-saat akhir dan sangat hampir dengan tarikh pengundian pilihanraya kecil diketiga-tiga negeri.
3.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.
4.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar dan interlek jika suara mereka disekat.
5.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.
6.Amalan Rasuah,kronisme,Moral dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.Tiada siapa yang mahukan pemimpin yang kotor sebegini.
7.Memanupulasi agama demi kepentingan politik.Selama 50 tahun lebih berkuasa UMNO menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam, namun UMNO tidak pernah ingin melaksanakan hukum2 dan syariat Islam buktinya Riba telah dihalalkan oleh mereka dalam sistem-sistem kewangan. Arak&Judi dijadikan hasil pendapatan kerajaan melalui cukai lesen penjualan arak dan aktiviti perjudian.Inikah modul Negara Islam yang ingin dibawa UMNO? Hudud pula telah diperlekehkan seolah-olah bersifat kejam dan tidak bertamadun seperti yang dinyatakan oleh Ulama mereka.Antara ungkapan pemimpin UMNO yang menghina Hudud dan Islam ialah “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”.Perbuatan ini adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan Ngah kor Ming(DAP) yang hanya tersalah sebut nama surah di dalam al Quran dan beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut.Namun tafsir ayat tersebut amat jelas disebut beliau.Namun UMNO terus menerus menjaja isu ini hingga membuat satu laporan polis,sepatutnya mereka yang dipertanggung jawapkan dengan isu menghina Islam dan Syariat Islam kerana terang-terang menghina Hudud yang termasuk dalam Hak-hak ALLAH.
Tidak cukupkah alasan-alasan ini untuk kita rakyat yang dizalimi menumbangkan UMNO/BN hidup-hidup dari kancah politik tanahair kita.Politik kotor mereka harus dihentikan dengan kuasa yang ada pada tangan kita ini.Ayuh marilah bersatu menentang kezaliman.Umat Islam terutamanya cukuplah apa yang telah UMNO/BN lakukan terhadap Agama Islam yang suci ini.Selama 50 tahun memerintah, UMNO tidak pernah bercadang menegakkan Undang-undang Islam bahkan diperkekehkan undang-undang Islam dan mereka membuat acuan agama islam dengan menggunakan akal mereka maka lahirlah Islam Hadari. Lihatlah bagaimana mereka memanupulasi undang-undang Hudud,mereka menampakkan hudud kejam dimata bangsa asing.mewujudkan ketakutan pada bangsa asing,kotor sungguh politik mereka.oleh yang demikian wajib bagi kita umat Islam memastikan UMNO/BN berkubur supaya tanahair tercinta kita bebas dari anasir-anasir parasit ini..Takbir!!!Reformasi!!!Makkal sakhti!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!
Menurut Risikan Polis, Pas sah Menang di Bukit Gantang...
Rujuk:
http://al-qedahi.blogspot.com/
Ya Allah menangkanlah Siasah Islam..AMIN..
Harap lebih ramai orang cina atau india yang buat seperti itu selepas pilihanraya ni.... kita tengok adakah puak2 tu akan berlumba2 untuk buat laporan polis seperti sekarang ni....
di pulau pinang hangat diperkatakan yang DSAI akan letak jawatan selepas prk ni. Depa kata ada kaitan dengan kes yang sedang dibicarakan. Betul ka nie
Sekurangnya mahu juga Kor Ming merujuk kepada kitab Islam dalam mencari kebenaran. Agaknya Melayu UMNO terlupa ahlinya pun banyak yang Kristian dan Budha, sampai hari ini tak berupaya nak dakwah jadi Melayu Islam macam Melayu UMNO dan terlupa juga yang ahlinya sekerat Melayu sekerat India akhirnya jadi Islam cacamerba.
salam. kes bukan islam baca potongan ayat al-quran bukan kes besar. salah kita yang islam perbetulkan. kita pelajari sejarah nabi. mungkin kita lupa. saidinar umar membaca Al-quran sebelum beriman. seharusnya kita bimbing mereka yang berminat tentang islam.. mudahan Allah beri hidayah untuk mereka memeluk agama islam. islam bukan hanya untuk melayu. islam untuk seluruh umat islam. untuk pengetahuaan sainstis bukan islam rujuk al-quran tetapi mengapa kita yang islam tidak menjadikan al-quran jadi panduan hidup, politik. fikirlah selagi kita tidak beramal apa yang terkandung dalam al-quran selagi itulah kita sukar maju. sejarah silam mengajar kita...
Lahir Islam tidak bermakna Mati Islam. Engkar dengan ilmu tidak sama dengan engkar tanpa ilmu. Engkar orang Islam tidak sama dengan Engkar orang kafir. Mungkin engkar orang UMNO lebih besar dosa dari engkar orang kafir kot. Orang kafir menentang Islam kerana mereka tidak faham. Orang UMNO menentang Islam sebab mereka tak yakin. Mana yang lebih teruk.
yop rasa bangga kerana nga kor ming boleh faham terjemahan ayat quran.kita kena galakan ramai orang bukan islam belajar.tapi orang pandai agama marah pulak ,tapi tak tegur orang islam yang tak pandai ngaji dan paham quran.orang yahudi ada hafal quran dan buatkajian, kan ilmu itu banyak dalam al quran.tah lah tok peti!
Orang munafik tempatnya paling bawah dalam neraka berbanding orang kafir...
salam...puak2 umno melayu islam...sila baca ni....
http://saifulislam.com/?p=5175
umno menanti rebah.. umur pun dah tak panjang dah.. hehehe
sepatutnya org Islam mendidik org bkn Islam membaca dgn betul, bukan menegahnya dari membaca.
Dia ambik dan guna sumber utama kita, Al-Qur'an kerana org Islam dah ramai tak nak guna lagi...
nikmat manakah yang engkau dustakan wahai manusia dan jin...
begitulah umno yang mendustakan ayat2 Allah...
salam.....ada lagi sekor kera yang pernah berkata @ bertanya "itu quran boleh buat jalanka?"...ingatkah anda siapa dia....kata kata @ soalan si kera ini disambut dgn hilaian dan gelak besar manusia munafik sambil bertepuk tangan...bukankah soalan @ kata kata itu jelas dan terang menghina al quran....apa tindakan umno...apa tindakan puak Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia...atau lebih tepat lagi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Umnowiyah Malaysia(PEKIDU)
salam
Catat Ulasan