TAIPING: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mahu sebarang jawatan Kabinet termasuk kedudukan sebagai menteri kanan dalam kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sebaliknya Dr. Mahathir hanya bersedia untuk diberi tanggungjawab sebagai penasihat tidak rasmi.
"Kalau penasihat tidak rasmi, ya," kata beliau yang kini merupakan penasihat bagi Proton dan Petronas.
Ketika ditanya mengapa tidak mahu memegang jawatan sebagai penasihat rasmi, negarawan berusia 84 tahun itu menjelaskan: "Saya seorang yang sudah bersara dan mahu kekal bersara."
Dalam perkembangan yang berkaitan kita masih tertanya-tanya apakah jawatan itu tidak ditawarkan kepada Pak Lah . Adakah jasa Dr. Mahadhir yang kembali kepangkuan UMNO lebih besar berbanding dengan peralihan kuasa yang lancar oleh Pak Lah kepada Najib.
Beliau telah dilantik sebagai penasihat beberapa agensi awam dan syarikat milik kerajaan sejak bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003.
Malah juga telah menolak syor banyak pihak supaya dilantik ke jawatan menteri kanan sebaik bersara tahun 2003.
Ketika ditanya mengenai ciri-ciri yang diharapkan dalam Kabinet bakal diumumkan Najib kemungkinan minggu ini, Dr. Mahathir berkata, "saya mahukan anggota Kabinet yang bersih dan dipercayai rakyat."
Mengenai pandangan jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilantik menganggotai Kabinet, Dr. Mahathir berkata, "ia bukan untuk saya yang menentukannya."
"Ia terserah kepada Datuk Najib... saya bukan lagi Perdana Menteri, bernasib baik dan tidak bernasib," katanya lagi.
Wajarkah anaknya, Datuk Mukhriz diberikan kedudukan dalam Kabinet Najib, beliau pula menjawab: "Saya selalu bias kepada anak saya. Jadi tidak adil bertanya saya."
Mukhriz telah tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy, menantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan lalu.
3 ulasan:
Dia ada kata dalam ceramah kita amat liberal. DIa faham betulke falsafah di sebalik liberal acuan barat tu? Ya Allah lenyapkanlah terus perlaksana dan penyokong tegar acuan barat di negara ini. Sesungguhnya kami anak bangsa sudah teraniaya sejak sekian lama dan makin menjauhi acuan agamaMu ya Allah. Kurniakan kami pemimpin yang beriman dan berani memacu acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ini.
Ya Allah, lanjutkan usia Tun Dr Mahathir. Semoga dia berpeluang melihat kekalahan BN pada PRU 13 dan terkuburnya UMNO. Amin.
saya nak tanya sikit pada pada pucuk pimpinan Pas satu persoalan yang sering bermain di fikiran sya?kenapa Pas bersetuju untuk meletakkan seorang calon bukan islam di kawaasan yang majoritinya penduduk islam(bukit selambau).tidakkah lebih baik jika kita mempunyai calon dari kalangan umat islam itu sendiri?adakah ini mengambilkira sentimen rakyat atau strategi pilihanraya semata2..apakah kita ketandusan calon muslim yang berintegriti dan berkebolehan sehingga kita perlu amabil calon bukan islam??
Catat Ulasan