04 April 2009

Najib umum Harakah dan Suara Keadilan bebas, dan 13 tahanan ISA juga bebas.

Semasa memberi ucapan exclucive sebentar tadi melalui TV, Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik, DS. Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan dari sekatan permit penerbitannya yang digantung sebelum ini selama 3 bulan.

Selain itu beliau juga mengumumkan sama seramai 13 orang tahanan ISA dibebaskan.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hah !
mimpi kah aku?

Unknown berkata...

wow..taktik ampu undi tu..

Tanpa Nama berkata...

Hati2 dgn tindakan drastik PM baru ni...mungkin ada udang d sebalik mee(batu)@ nak memenangi hati pengundi2 agar mereka lihat PM ni perihatin...hati2

Tanpa Nama berkata...

Salam YB!!
Betui tu YB, cara-cara tangkap hati rakyat.
PM Najib belajar daripada PM ke-2.
Saya tersentuh, HINDRAF lagi tersentuh,
Bukit Selambau tunggu 7 haribulan.
Titi Serong,Sungai Kota, Bagan Tiang tunggu.......

Tanpa Nama berkata...

baiknye Piii Mmmmm Baru nieee.... Baik? Baik ada makna 2

putraminang berkata...

AlhamdulILLAH syukur... mungkin berkat doa2 dari penyokong2 gerakan Islam.
.. atau warning dari Tuanku Mizan sebelum majlis angkat sumpah beliau.. wALLAHua'lam

Lebai Mangkuk berkata...

Ini lah berkat kekuatan Parti Pakatan Rakyat.
Mungkin banyak lagi tuntutan2 yang akan dimakbulhan.

Tanpa Nama berkata...

terima kaseh daun keladi najib !
lepas ni bebaskan lagi !

jangan angat angat taik ayam. macamana kalau bekas tahanan itu di bawa ke pentas untuk cerita pengalaman di dalam ISA ..

bagus tak idea ni?

Tanpa Nama berkata...

Beri balik permit : tentunya itu TEKTIK Umno-BN....soalannya tarik permit dulu sebab apa? Benar pula sebab apa? ....bukankah ini TARIK & BERI SEMULA ini adalah strategi untuk pancing undi 3PRK pada 7 April ini. Jaga-jaga tidak mustahil senjata makan tuan !! Bebas tahanan ISA .. ini idea `godfather' dia Tun M. Nampaklah seolah-olah NTR ni memang baik dan nampak baik. Yang sebenarnya dia adalah tak baik tapi nampak seolah-olah baik.Rakyat dan dunia sudah kenal siapa itu Najib Tun Razak.....

Tanpa Nama berkata...

PIJIE PTN : Nampak sgt kuasa mutlak di tangan PM..nape Paklah yg berkuasa sblm ni x bertindak sedemikian???...wahai rakyat yg bijaksana lagi budiman,jgn terpengaruh dgn lakonan si BIJAN ni,sumanye umpan utk pilihan raya kecil huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

Drs,Nona tak terpesona dgn gula gula pilihanraya ni.Ingatkan nak bersumpah "on air" dgn menyebut "WalLAhi...." didepan Quran menafikan laporan wartawan Perancls yg station di Bangkok tu.... Nona Ratana Chulaborn,

Tanpa Nama berkata...

SAYA PERCAYA INI SEMUA ADALAH KEMPEN PRK SHJ DAN SELEPAS PRK NANTI KITA AKAN DAPAT MELIHAT SEGALA MACAM TINDAKAN BELIAU YG SENTIASA MENGANCAM PAKATAN RAKYAT.....
MUNGKIN LEBIH DAHSYAT DARI APA YG KITA PERNAH DENGAR SEBELUM INI....

mangchikla berkata...

Mari kita lihat samada 5 anggota HINDRAF dibebaskan. Apa pasal 13 sahaja kenapa tak semua. Drama minggu ini ...

mira berkata...

YB,

jangan excited sangat..dah tahu perangai najib macammana kan? Ingat drama trojan horse Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim?

Dia bagi seorang tapi dapat senegeri..ini semua cuma nak kaburkan pandangan rakyat ja untuk menang PRK 7hb ini.

alamalikut berkata...

Soalnya mengapa masa pak lah jd pm, mereka ditangkap dan dikurung...bila najib saja jd pm...semua mereka dibebaskan dan permit harakah disambung semula... adakah pak lah mengunakan nafsu menahan mereka sementara najib pula mengnakan nafsu membebaskan mereka??... kalau ini lah kayu pengukur ( nafsu ) maka jelas UMNO parti yg didorong oleh hawa nafsu semata.

Cikgu Sejarah berkata...

Adakah pembebasan Harakah dan Suara Keadilan serta 13 tahanan ISA itu dengan hati ikhlas Najib ? Rasanya tidak. Ramai tahu Najib bayangan Mahathir. Apa strateginya ? Mungkin betul apa yang Wak Albanjari komen dlam blognya. Hati2 kita PR. Tapi mungkin juga Tuanku yang dimuliakan Sultan MIzan letak syarat kalo Najib nak jadi PM. Agaknya. Moga Tuanku memandang serius perkenan Tuanku lantik Najib kerana ia membawa nama kerajaan Malaysia....Najib....kuasa hanya sementara....mungkin sekejap jer....

lim berkata...

tq PM tapi jika anda seorang berjiwa murni dan mendokong kebebasan akhbar sebagaimana yg dinikmati oleh media arus perdana yg terkongkong dan yes man..KAMI sebagai pembayar cukai mengharapkan anda lebih BERTOLERANSI,BERPERIKEMANUSIAAN,TERBUKA,BEBAS MENURUT ISLAM jangan hanya manis diawalnya tapi pahit akhirnya...

Tanpa Nama berkata...

rakan sekelas dgn saya 30 tahun dulu ditahan ISA sejak 2002 tanpa diketahui apa kesalahan yg telah dia lakukan sedangkan dia hanya peniaga pasar malam dikampung....
sejak ditahan sampai skrg anak dan isterinya menanggung penderitaan....
APAKAH INI BUKAN KEZALIMAN?

Tanpa Nama berkata...

Mahathir masa jd PM lepaskan 21 tahanan ISA, tak lama kemudian tahan 106..