06 April 2009

PAS mampu menang dengan pertambahan majoriti .

BUKIT GANTANG, 4 April : - PAS mampu mempertahankan kemenangannya di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 5 April ini walaupun mendapat tentangan yang sengit dari pihak BN.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertuanya Ustaz Nordin Jaafar dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini semalam.

Menurutnya berdasarkan perkembangan terkini, sokongan yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti .
"Kita menjangkakan pertambahan undi dari kalangan kaum Cina dan India, dalam masa yang sama kita cuba meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada calon PAS, dengan ini calon PAS tidak ada masalah besar untuk menang ," ujarnya.

Menurutnya, petugas-petugas parti akan meningkatkan gerak kerja terutama di tiga hari terakhir menjelang hari pengundian, dengan dibantu kelab penyokong PAs dan beliau yakin PAS tidak menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan pada pilihan raya kecil ini.

Tambahnya lagi, tema kempen PAS iaitu 'Mempertahankan Kemenangan Untuk Rakyat' telah menaikkan semangat seluruh petugas Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan pada kali ini.

"Walaupun BN membawa slogan 'Mohon Restu Rakyat', tetapi ternyata pengundi-pengundi di sini tidak mudah terpedaya dengan taktik-taktik BN, bagi mereka BN tidak perlu mohon restu rakyat kerana apa yang dilakukan oleh Umno/BN terutama merampas kuasa di Negeri Perak telah mengguris perasaan rakyat Perak," katanya.

Dalam masa yang saMa beliau mengingatkan pertugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin dengan kemenangan kerana BN boleh melakukan apa sahaja di saat saat akhir menjelang hari pengundian. Harakahdaily.

8 ulasan:

abgBro berkata...

ayuh anak2 bkt gantang bkt selambau dan batang ai yg brd di perantauan...ayuh pulang mngundi pakatan rakyat pada 7 april ini.Yang xleh mngundi harap2 dapat sampaikan mesej kpd ibubapa adik bradik saudara mara jiran tetangga rakan taulan dan semua di kampung dengan seruan undilah PAS dan PKR (pakatan rakyat)...

Tanpa Nama berkata...

nizar for PM...
PAS beruntung kerana mempunyai pemimpin seperti YB nizar...
semoga YB nizar menang dalam PRK bukit gantang ni dgn majoritu yang lebih besar!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini pantun teman:
Kota perak di cempaka sari,
Damainya pulau indera sakti,
DS Nizar berpengalaman memerintah negeri,
Ismail Pian buang sampahpun tak reti.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Hj,
Maaf lar, PAS sebenarnya kaya dgn angan2. DS Nizar sendiri mengaku PAS tidak ada niat untuk tubuhkan negara islam. Selepas nonton YouTube, baru saya sedar yg saya tertipu selama ini.

Saya ingin penjelasan terutama dari Tuan Guru, tp bloknya hanya untuk beliau syok sendiri sahaja. Kita tak boleh masuk. Jika begitu, tak payah lar buat blok kalau untuk sendiri sahaja!!

Saya begitu kecewa. Ramai kawan2 saya yg menyokong PAS sudah mula memikirkan apakah ini haluan yg betul kami lalui.

Harap Tuan Guru memahami situasi kami dibawah ini yg skg dh jadi senda gurau dan sindiran kawan2 dari BN.

Sedeey berkata...

tanpa nama ni agaknya pencacai BN yang mengaku sebagai ahli PAS

tak yah nak menyamar lah kami tau mana yang haq dan mana yg munafik

kata katanya sama seperti ejekan puak munafikin pada Rasulullah waktu awal dakwah dulu

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Berita terbaru dari SB di Bkt Gntg, BN ada hrpn utk mng tp agak tipis. Hrp2 apa yg dikatakan tidak mnjadi knyataan.. I/Allah. Smga Allah menterbalikkan hati pengundi yg ingin memangkah BN utk mengundi PAS w/p kdtgn Madey Kuty ke Bkt Gantang.. Mdh2an I/Allah..

Tanpa Nama berkata...

apa yang yang nizar katakan berkenaan dengan negara islam benar... ada dikalangan ahli PAS tidak pernah membaca undang2 tubuh PAS. didalamnya mmg tidak ditulis negara islam... tapi perlaksanaannya itu...

baca dan faham perlembangaan... jangan jadi ahli PAS yang bodoh dan dungu... bila lawan acah sikit dah kelam kabut...
ni mesti geng tak pernah pergi usrah...

Tanpa Nama berkata...

Tuesday, April 7, 2009
KEPUTUSAN TERKINI
Keputusan terkini
6.53pm

PAS : 7294
BN : 4670
BEBAS : 17
ROSAK : 55
MAJORITI : 2624
JUMLAH SALURAN MENANG : 23
JUMLAH UPU MENANG : 08
Posted by MisbahulMunir at 6:23 PM
0 comments:

Post a Comment