BUKIT GANTANG, 5 April : - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN.
"Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.
Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu.
"Tujuan kita dedahkan ini kepada media agar pihak polis menyelidikinya agar kejadian itu dapat ditegah dan mengenalpasti pihak mana yang melakukannya," katanya.
PAS tidak akan melakukan sesuatu yang ganas dan tidak bertindak mengikut emosi sebaliknya PAS akan mematuhi undang undang dalam berkempen.
Beliau yakin sekiranya kejadian itu berlaku, BN pastinya menuding jari bahawa PAS yang melakukannya, sekaligus BN berharap pengunbdi pengundi di Bukit Gantang tidak akan memberi undi kepada calon PAS.
Mengenainya pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan daripada digantung selama tiga bulan, beliau menyambut baik tetapi pembebasan itu bertujuan politik menjelang hari pembuangan undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
"Ketika membuat penggantungan tiga bulan kepada Harakah dan Suara Keadilan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan berbau politik, tidak sampai dua minggu sekatan itu ditarik balik juga ianya mempunyai motif politik," jelas Mustafa.
Selain itu, beliau mengalu-alukan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka sudah lama tersiksa ditahan di Kem Tahanan Kamunting tetapi ianya juga disifatkan sebagai kepentingan politik
Beliau mengingatkan seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar jangan tertipu dengan membebaskan Harakah dan Suara Keadilan serta pembebasan 13 tahanan ISA kerana kedua-keduanys mrmiliki kepentingan politik BN bagi meraih sokongan rakyat menjelang hari pengundian 7 April ini. Harakahdaily.

10 ulasan:
BN memang haram jadah...HANCUR BN......
Sebab 2 jgn layan provokasi puak2 belah nun.. Depa xde cara len nak menang.. Abis sume, taktik POLITIK LAMA dah kuar.. Xlaku dah.. Cite gf, title IR, dok peghangat orang dengan maki hamun, pasang bendera dan lain-lain.. Nie antara cara terakhir.. Ingat ISA dekat jek ngan Bukit Gantang.. Ada 13 kekosongan di situ.. FOKUS PR..
very desperate acts from the desperate BN. they seriously expect us to believe such lies blindly.. come on... what an insult! Untuk DS Nizar, kami doa kan kemenangan utk DS. Kemenangan DS adalah kemenangan kami rakyat Malaysia yg menentang pemerintah zalim
Kor Ming dituduh persenda Islam
Jimadie Shah Othman | Apr 5, 09 7:43pm
Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Laporan tersebut dibuat oleh presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, di ibupejabat polis Taiping pada jam 5.45 petang ini.
Nga juga merupakan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remas.
Dia juga mendakwa Nga meuat ucapan dalam satu ceramah di Changkat Jering dua hari lepas dan turut disiarkan dalam blog anwaribrahimdotcom.blogspot.com.
Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul.
Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu.
http://www.malaysiakini.com/news/101738
mengucap pnjg sy bile tgk kedangkalan saudara semuslim kite si encik presiden Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar dgn hasrat dan tindakan die ni...ini berjuang kerana agama atau kerana politik? jika anda islam, fahami benar2 islam sblm bertindak.kalau xfhm pun, tnya yang ahli didalam agama....
tidakkah saudara belajar sirah nabi dimana Saidina Umar yang belum islam tika itu membaca potongan surah Toha,lalu terbuka hati menerima islam sebagai agamanya.
bukan kerana saya ni pnykg PR, tp sbagai org islam..jgn malukan agama kita..islam itu amat mudah tetapi kita yang menyulitkannya.selagi dia tidak mencerca kandungan Quran, biarkan.dia menyampaikan mesej y dari quran.
bkn pe,kdg2 tindakkan bodoh kita y mnybabkan org bkn islam tdk mahu mndekati islam....muhasabahlah diri anda saudara...
andai saya salah, tlg betulkan. andai ia betul, jdikan pedoman.syukran..!
Agaknya kalau puak-puak ni berada di USA. Universirti Harvad pun kena saman kerana ramai pensyarah dan penuntut bukan Islam membaca ayat-ayat quran. Aduh lemahnya otak Melayu Umno. Kesian polis, nak kena siasat bukan Islam baca quran. Alangkah malangnya silebai malang umno ini. Patutlah sesama sendiri pun bergasak.
Salam,
Maaflah, kenapa mesti kita takut orang bukan Islam menggunakan ayat al-Quran ? malulah bila orang Islam sendiri menghalang Islam dari berkembang. Islam itu agama sarwajagat. untuk seluruh alam. tapi bila orang bukan Islam guna ayat al-Quran kenapa tak alu-alukan ? kenapa tak diraihkan ? bila orang bukan Islam guna bible dalam apa jua ceramah / program kita pula mula. di mana sikap kita sebagai muslim yang berlapang dada kepada manusia walaupun bukan seagama ? Dah dia bukan Islam, memang ada salah dan silapnya dalam menyebut ayat al-Quran. kita kena maafkanlah selagi dia tidak memperolokkan al-Quran.
masalahnya bila yang Islam sendiri malu nak guna ayat al-Quran sebab takut terkena batang hidung sendiri. tu yang sikit-sikit buat laporan polis. emosi tak bertempat. biarlah tuan-tuan perpaduan kita ini diasaskan atas nama ISLAM, bukan atas bangsa semata-mata. jumud kita tak akan membawa ke mana kalau bangsa itu yang kita junjung melebihi agama kita sendiri.
Bukan Bangsa Melayu
Sabah
berbangga dgn adun DAP tersebut. Perlu diingat, beliau bukan silap tentang ayat...hanya tersilap nama surah wahai umno yg tak faham bahasa...!!!
Orang UMNO memang oatak singkat... Dia hanya ingat Islam & Al-Quran itu hanya untuk orang melayu Islam sahaja.. UMNO takut bila mereka lihat orang bukan islam yang bersama dengan PAS dapat membaca ayat Al-Quran dan mengetahui terjemahannya. MIC & MCA yang sudah lebih 50 tahun bersama UMNO masih tidak dapat faedah seperti ini.. Ini lah yang menakutkan UMNO.
UMNO lebih suka rakyat terus berada dalam kejahilan, kerana rakyat yang jahil sahaja akan menyokong UMNO.
Ini adalah satu konsep dakwah. Soal apa yang ada dalam hati Nga Kor Ming, hanya Allah jua yang tahu. Tetapi pada realitinya beliau cuba untuk memahami Islam.
Kepada orang UMNO yang fanatik ini, tolong cermin kan diri sendiri. Dalam sehari berapa kali anda Baca Al-Quran????
Tuan-tuan sila lihat sejarah kemasukam Islam para tokoh-tokoh ternama bukan Islam.Mereka terpengaruh dengan ayat-ayat Quran.Dari Sayidina Omar sampailah kepada Ilmuan mutakhirin.Setelah membaca dan mengkaji ayat-ayat Quran mereka akhirnya masuk Islam.Jadi kalau orang bukan Islam tak dibenarkan baca Quran macam mana mereka nak tahu keindahan Islam secara pasti?
Kalu mereka dengar dari mulut-mulut penceramah mereka akan keliru,macam-macam tafsiran,ikut kepentingan masing-masing.
Ingatlah Islam dan Quran bukan hak orang Melayu saja.Ia hak semua umat yang ingin kebenaran.Kalau ada yang tak betul sebut atau terjemahan maka orang yang pandai/ilmuan kena tunjukan yang betul...inilah dakwah .
Tumpang tanya....abang-abang semua xnak ker ajar orang cina tu blajar jawi dulu sblum baca al-quran?...ikut sejarah saidina umar mendengar adik dia baca,bukan dia yg baca.lgpun, al-quran tu dalam bahasa arab.jadi kalau sahabat rasullullah ini baca,dia faham...(Pelajar SMK Agama............jauhi kejahilan,berjuanglah untuk islam yg sebenar-benarnya)
Catat Ulasan