Sekolah agama rakyat atau Pondok Ad-diniah Al- Latiffiah atau pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Grik memang terkenal. Pondok ini telah melahirkan beribu-ribu pelajar pondok yang sangat berkualiti.
Pondok ini dipimpin oleh seorang tok guru yang dikenali dengan Pak Teh sahaja. Sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Teh memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini berdikari. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar, milik bapa mertua Pak Teh.
Tanah yang dipohon ini mahu ditanam dengan kelapa sawit. Hasilnya diharapkan Pak Teh untuk membiayai pondoknya.
Namun, setelah sepuluh tahun, kerajaan negeri pimpinan Umno tidak pernah meluluskan permohonannya itu.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya ini dipertimbangkan.
Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan mesyarat exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Pak Teh ini.
Selepas berbincang lima minit sahaja, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Pak Teh itu.
Haji Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Pak Teh. Namun, beliau tidak dapat dihubungi ketika itu.
Haji Nizar kemudian menghubungi timbalan Pak Teh, iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kerajaan negeri tersebut. Haji Roslan menangis kegembiraan di atas berita kelulusan itu.
Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Namun, apabila BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika.
“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.
“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan 45 hektar tanah tersebut.
“Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak. Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.”
Demikian kata Haji Nizar ketika berucap di Kampung Kurnia Jaya ketika bertemu penduduk di situ.
Baru-baru ini, kami krew kami ke Pengkalan Hulu untuk berjumpa Pak Teh dan pelajarnya bagi melihat sendiri pondok yang bertuah itu. Memang hebat.
Sekolah pondok ini wajar mendapat 45 hektar tanah itu kerana ia hak mereka dan kerajaan negeri Pakatan pimpinan Haji Nizar telah menjalankan amanah yang diberikan rakyat.
Amanah yang tidak pernah dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri sebelum ini walaupun ia telah dipohon selama 10 tahun oleh Pak Teh.
Posted by Siasah at 2:08 AM

4 ulasan:
mohd.noor firdaus,seorg majistret d sg.petani,bekas pelajar uia 2008 juga salah seorg penuntut d pondok pakteh
Pak Teh tu nama ada pertalian darah dengan saya. Mertuanya Awang Besar isterinya kami panggil Mak Teh Saadiah. Allahyarham emak dan emak saudara saya pernah tinggal di perkampungan pondok itu. Dahulu sering juga saya ke situ, sementelah di Kuak Ulu dekat perkampungan pondok itu ramai juga saudara mara saya. Pak Teh pernah belajar di Kelantan bersama-sama Ustaz Taib Azamudin (ADR) Baling yang pernah jadi Imam Masjid Negara itu. Khabarnya dulu ada juga SB pergi nak survey kalau-kalau ada ajaran sesat diamalkan di situ di samping elemen politik. Tapi beberapa orang SB kemudian pakat jadi pelajar kuliah Pak Teh yang disampaikan setiap minggu.
saya ada kesana 10 tahun lepas dan tidor semalam di pondok abg mat..
memang insaf sungguh dengan keadaan disana cukup sederhana..
pak teh hebat anak murid pun hebat
saya berasa kagum dengan usaha pakteh, juga berasa sungguh insaf bila berada dimasjid kuak melihat anak2 muda dan kaum tua bersama2 menjadi murid kpd beliau. Saya mengucapkan ribuan terimakasih kpd pakteh dan murid2 beliau kerana sudi mengimamkan dan bersolat jenazah utk Megat Husin bapa saudara saya pada 14 nov 09 lepas. Walaupun mereka terpaksa menunggu agak lama ketibaan jenazah tetapi terpancar keikhlasan dr riak wajah mereka.Saya mendoakan kesejahteraan Tuan Guru Pak Teh dan kaum kerabat beliau serta anak2 murid beliau. Amin
Catat Ulasan