06 April 2009

Provokasi BN menjelang hari undi ?

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya ada menerima maklumat bahawa satu usaha sedang dilakukan untuk "mengadakan kejadian membakar kereta polis" bagi memburukkan imej parti menjelang hari pengundian.

"Maklumat yang kami terima menunjukkan ada pihak yang sudah mula mengumpulkan kereta polis yang lama dan membakar dekat kawasan sebuah balai di sini (Bukit Gantang)," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan menyebut balai polis dimaksudkan dan sumber maklumat itu.

Maklumat adalah kuat, kata beliau sambil mengakui belum membuat laporan polis lagi.

"Laporan polis belum dibuat tetapi kami mendedahkan lebih awal, minta media melaporkan (dulu) supaya kejadian ini tidak berlaku," katanya.

1 ulasan:

puteraminang berkata...

Terima kasih kepada pemberi maklumat, mungkin mereka juga anggota polis yang simpati kepada Islam.. TAHNIAH!