16 Mei 2009

Prof Aziz Bari, Sidang 7 Mei Tidak Sah

Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti.

Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.


Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3




Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

"Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.

15 ulasan:

zizi3131 berkata...

kerajaan haram buat kerja haram .makan pun gaji haram

Tanpa Nama berkata...

dulu kerajaan tiga beranak, sekarang ni kerajaan samseng

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

YA ALLAH KAU LIMPAHKAN RAHMAT KEATAS NEGERI ASALKU...

Kekacang berkata...

Ini Menteri Pasola, dia peduli apa.

Tanpa Nama berkata...

pilihan PR - Bubar DUN.

pilihan BN - Majoriti utk terus tubuh kerajaan.
Bubar DUN.

pada saya jgn kita terus bercakap, mulut kita lah punca keadaan menjadi parah..lebih baik diam dari berkata2..mungkin kata2 kita boleh mendatangkan dosa dan pertelingkahan sesama umat. Sultan tau apa yang terbaik untuk rakyatnya, jgn kita mempertikai serta menderhaka kepada sultan..politik adalah sgt kotor, penuh dengan tipu muslihat..

Tanpa Nama berkata...

sedih ma..apa juga yg prof ni cakap, apa yg berlaku sebaliknye

lolo berkata...

Inilah sikap BN-UMNO yg angkuh serta tamakkan kuasa. Tak sabar nak jadi MB Perak tanpa melalui prosedur dan peraturan yg betul. Ini menyebabkan pelbagai kekecohan dan kecelaruan yg rakyat semakin membenci UMNO. Mereka tidak fikirkah rasional perkara ini? Mereka juga rugi di mata rakyat. Saya lihat rakyat semakin membenci BN-UMNO, itulah realitinya. Buktinya, BN-UMNO tak merani nak bubar DUN, sbb mereka tahu natijahnya.
Sekian, selamat berjuang untuk kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

BN dah kena sawan..

http://politikkini.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

ala prof ni pro PAS tak sedar diri , sama ngan lim ni kominis lagi

Abdullah Ngah berkata...

Umno bukan tidak tahu salah, tetapi mereka buat kerja salah, kerana kerja salah itu sudah jadi amalan mereka sejak dahulu hingga sekarang.

Najib yang bercakap mrakyat didahulukan sudah dinilai oleh rakyat bahawa apa yang dicakapkan itu tidak lebih ianya hanya cakap tak serupa bikin.

Rakyat juga sudah buat penilaian, bahawa Najib suka cakap kosong, walaupun berapi api dalam majlis di Putrajaya baru baru ini.

Rakyat kenal siapa sebenarnya Najib.

Rakyat didahulukan, tetapi kroni kroni diutamakan, anak beranak diutamakan, kaum keluarga utamakan.

Inilah yang menyebabkan dia perkenaan krisis politik yang berlaku di Perak yang menganggu gugat prestai yang diutamakan.

Pada hal jalan mudah sedia ada dan amat selari dengan kehendak rakyat. Tapi anggan ambil jalan mudah.

Bukan setakat suka pada jalan payah, malah buat tidak ikut undang undang sehingga jadi haru biru.

dimana lojiknya sebuah negeri ada dua menteri besar. Mana lojik sebuah dewan undangan ada dua speaker.

Rakyat dapat nilai bahawa kerja ini adalah kerja jahat dan reputasi Najib tercalar manakala timbalannya naik nama kerana setuju dewan dibubarkan.

Kalau rakyat dahulukan sudah barang tentu kena ikut rakyat, kerana untuk menubuhkan sesebuah kerajaan adalah hak rakyat.

Rakyat yang menentukan. Yang palingnya perdana menteri yang tentukan untuk menubuhkan kerajaan perak, sedangkan itu adalah hak rakyat.

Biarlah rakyat yang menentukan. Mana boleh perdana menteri yang menentukan.Ini adalah hak rakyat. mana dia rakyat didahulukan?

Tanpa Nama berkata...

'ala prof ni pro pas tak sedar diri,sama ngan lim ni komunis lagi'...
CANTIK BETUL KOMEN NI..BG ANONYMOUS YG CAKAP NI,SYA NAK GAK BG KOMEN..
'ALA ANONYMOUS YG CAKAP NI PRO BN TAK SEDAR DIRI,SAMA NGAN NAJIB NI CAM YAHUDI LAGI"..

abuafaf berkata...

Yang catat politik adalah kotor,kena perbetul kenyataan.Yang kotor politik BN.Tak bertunjang pada prinsip.Prinsip Demokrasi tun tak memandang,Prinsip Islam jauh sekali.JAdilah dia politik kotor.Tapi Politik yang berprinsip adalah kewajipan,mengatakan sesuatu yang jadi asas dalam hidup sebagai kotor,apatahlagi yang berlandaskan prinsip wahyu adalah fikiran mereka yang belajar sekerat jalan.Manakan tida, belajar sekerat jalan sebab kita benci islam lebih dari kafir bencikan islam.Benci Kafir pada islam mahu juga mereka belek Quran.Kita kata islam orang rujuk Quran ,melenting dan buat kenyatan mengarut.JAngan rosakkan akidah dengan menyatakan asas yang tak berasas.Memang diam lebih baik dari berkata,tapi mendiamkan dan buat tak tahu pada kebatilan mendedahlan diri ke[ada murka dan namanya mengharap neraka.

Tanpa Nama berkata...

Manakan tida, belajar sekerat jalan sebab kita benci islam lebih dari kafir bencikan islam

kepada abuafaf

mengasihani org kafir itu haram. kita boleh berbaik dgn org kafir tp kita kita x bleh berkasih syg dgn org kafir. knp kita lebih menyayangi org kafir daripada syg org islam. org islam kita sanggup maki hamun, org kafir kita berpeluk2 pula. mcm kes elizabeth wong mmg dia jelas buat maksiat kenapa ketua muslimat PAS peluk sampai menangis dan mcm nik aziz boleh menyokong isu ini. sedangkan kita tahu mereka x akan sokong islam. tgk saja ketua DAP kata :- Langkah mayat saya dulu.

ubatkuat berkata...

langkah mayat kau dulu tak perlu aku ludah kencing berakk taruk lalu najis khinzir,digantung atas bendera negeri perak kat depan dun perak dan dibogelkan ,,tak perlu nak langkah mayat kau,,dari kata ustaz ape kau pakai nak langkah mayat dari ajaran ape boleh langkah mayat orangni,,dari kitab dan hadis mana suka2 nak langkah mayat,,engkau dengan puak engkau eloknya diludah disula di jilat oleh khinzir dan seterusnya......

Tanpa Nama berkata...

kan ubatkuat punya ustaz yang ckp,ustaz karpal.hahahaha!! dia yg beria2 suruh langkah mayat dia kalau nak tubuh negara islam.. ai tak kan lupa tok guru sendiri...hehehehe!!