KUALA LUMPUR, 14 Mei : - Hanya rakyat yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan krisis politik di Perak, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian mahu Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.
"Hanya rakyat yang boleh menjadi hakim dan membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah.
"Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan.
Hadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian mahu Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.
"Hanya rakyat yang boleh menjadi hakim dan membuat keputusan kerajaan mana yang mereka mahukan bukan mahkamah.
"Kerana itu tiada jalan lain untuk menyelesaikan krisis di Perak kecuali Dun dibubarkan.
"Jika krisis ini dibiarkan berterusan ianya akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," tegas beliau kepada media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dekat sini sebentar tadi.
Mengulas mengenai kenyataan Najib yang sedia untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Hadi menegaskan PAS tidak akan menolak sebarang rundingan tetapi tetap berpendirian mengesa pembubaran Dun.
PAS, tegas Hadi bersedia mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.
Perak dilanda kemelut politik BN merampas pentadbiran Pakatan Rakyat secara haram dengan tidak meneghormati pilihan yang telah dibuat rakyat Perak selain tidak menghormati undang-undang tubuh negeri Perak.
Ekoran rampasan kuasa itu Sultan telah meminta Menteri Besar Pakatan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melepaskan jawatan menteri besar.
Baginda kemudiannya memperkenankan pelantikan Menteri Besar haram Dato' Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar yang baru.
Bagaimanapun pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Esoknya, Zambry mendapat perintah penangguhan penghakiman tersebut sehingga selesai rayuannya.
Semalam, Nizar pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan tersebut, yang akan didengar Isnin ini. Harakahdaily.
8 ulasan:
salam...MINTA YB CATATKAN KESALAHAN UBN DALAM SIDANG DUN PADA 7 MAY.UNTUK MENANKIS TOMAHAN UBN YANG MENGATAKAN ADUN PAKATAN BANYAK MENYALAH GUNA KUASA DALAM DEWAN
Payah2 sgt biar tentera saja mentadbir perak sementara bubar dun / pru-13 nanti..
SALAM...MINTA YB SENARAIKAN SALAH GUNA KUASA UBN DALAM SIDANG DUN PADA 7MAY UNTUK MENANGKIS TOMAHAN UBN DALAM REPORT POLIS MEREKA SERTA DALAM BLOG AGENDA DAILY UNTUK TATAPAN UMUM....TAKBIRRR ALLAHUAKBARR
YB...saya nampak tak ada jalan lain utk BN/UMNO nak kuasai Perak kerana MB dah sah Nizar & Sivakumar Speaker yang sah...apepun rumors kata BN/UMNO nak buat usul tak pecaya kat Nizar pun tetap gagal sebab speaker yang sah adalah Sivakumar dan Ganesan bukan speaker yang sah. Pelantikan speaker Haram pun kita boleh ragukan dan bawak ke mahkamah sebab angkat sumpah depan adun2 BN sahaja.Saya berdoa moga2 mereka yang benar akan beroleh kemenangan asalkan Istiqomah, Jujur dan berikhtiar..Allah juga yang akan menentukan segalaNya..
Kalaupun keputusan tak memihak kepada PR, insyaAllah Allah akan bg yang lebih baik dari apa yang kita ada iaitu PRU yang akan datang...insyaAllah...TAKBIR!TAKBIR!TAKBIR!
A'KUM YB,
SAYA INGIN BERKONGSI DGN TEMAN2 TENTANG KELALAIAN SESETENGAH MASYARAKAT KITA SEKARANG YANG CUKUP TIDAK SENSITIF BERKENAAN DENGAN SEMBAHYANG.
SAYA ADALAH PEMINAT SETIA PASUKAN HOKI MALAYSIA. BARU2 INI KETIKA KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH DI IPOH, SAYA CUKUP MUSYKIL APAKAH RASIONAL DIADAKAN PERLAWANAN PADA PUKUL 7.00 MALAM. SEDANGKAN WAKTU ITU IALAH WAKTU MENJELANG MAGHRIB DAN KITA UMAT ISLAM TIDAK DIGALAKKAN BERADA DI TEMPAT2 TG TIDAK SESUAI.
SAYA TELAH PERGI MENONTON PLAWANAN AKHIR D ANTARA MALAYSIA - INDIA YG TLH DIADAKAN PD PKL 7.00 MLM. KETIKA PLWANAN BERHENTI REHAT >< 7.35 SY TLH KELUAR UTK SOLAT. KHEMAH SEMBAHYANG YG DISEDIAKAN CUKUP DAIF DAN KEMUDAHAN UTK AIR SMBAHYANG AMAT TERHAD BERBANDING DGN JUMLAH PENONTON PD MASA ITU. SAYA MERASA AMAT SEDIH KRN PENONTON YG KELUAR UTK MENUNAIKAN KEWAJIPAN SBG SEORG ISLAM TIDAK SAMPAI 15% KRN JIKA SELEPAS PLAWANAN BERAKHIR WAKTU MAGHRIB TELAHPUN HABIS.
PADA TAHUN LEPAS KETIKA KERAJAAN PAKATAN MEMERINTAH PLWANAN MALAM DIADAKAN PD PKL 8.00 MLM. SEDANGKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK BOLEH DIADAKAN PKL 8.45 MLM.
SEMALAM SEPARUH AKHIR KEJOHANAN HOKI PIALA ASIA YG TLH DIADAKAN DI KUANTAN. SIARAN LANGSUNG D ANTARA MALAYSIA - PAKISTAN TLH DISIARKAN D TV9. PLAWANAN BERMULA PKL 7.30 MLM. AMAT SEDIH KRN CUKUP RAMAI YG TLH MENINGGALKAN SOLAT MAGHRIB D STADIUM TERSEBUT.
SAYA AMAT BERHARAP YB DPT CUBA MENIMBULKAN ISU INI AGAR MASYARAKAT KITA TIDAK TERUS TERLALAI BSAMA PEMIMPIN2 YANG JAHIL....
TAKBIRR!!!!!!
Mahkamah rayuan punya hakim rupanya daripada lantikan linggam ...sah UMNO tak adil.
http://www.malaysiawaves.com/2009/05/hakim-mahkamah-rayuan-kes-mb-perak.html
zambry nie bodo la..da la bodo pastu asyik tersenyum je.ingat orang suke ke
korek-korek-korek,,,,,
Catat Ulasan