16 Mei 2009

HARI INI...



15 MEI 2009
HARI INI DIKIR BARAT DATANG LAGI DI BUKIT GANTANG,
HARI INI CERAMAH MB NIZAR DI KAMPUNG JELAPANG,
HARI INI SPEAKER SIVAKUMAR CABAR YG HARAM DIGELANGGANG,
HARI INI NAJIB KATA 16 SEPTEMBER MENYALAH PEMBANGKANG,
HARI INI WABAK SELESAMA MELANDA MALAYSIA PERTAMA KALI DI SERANG.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


WALAU MACAMANAPUN BERLAKU HARI INI,
SEJARAH MALAYSIA TERUNGKAP BERSENI,
SEORANG BUDAK YG LAHIR DARI PERUT IBUNYA,
MENYAMAN KERAJAAN, PERJUANG BAHASA MELAYU IBUNDA,
BUDAK YANG LAHIR DARI SEORANG IBU BERNAMA FATIMAH,
ISTERI MB NIZAR YG BERJUANG PENUH BERHEMAH,
DALAM SETIAP TANGIS ADA KEGEMBIRAAN,
DALAM SETIAP TRAGIS ADA KENANGAN.

WALAU BURUK MANA BERLAKU PADA HARI INI,
MUNCUL 16 MEI TINTA BERBUDI MENGANGKAT DIRI,
TANPANYA TIDAK AKAN ADA PERDANA MENTERI,
TANPANYA TIDAK AKAN ADA MB NIZAR DISEGANI,
TANPANYA TIDAK AKAN ADA CENDEKIAWAN MELAYU SEJATI,
SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU-GURU BESTARI,
JASAMU CIKGU DUNIA TAKKAN LUPAI...
ISTERI MB NIZAR TERSENYUM SUPAYA PERAK TIDAK DITANGISI...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1


7 ulasan:

zizi3131 berkata...

HARI INI " SELAMAT HARI GURU"
http://tumpatdaily.blogspot.com
http://asalperak.blogspot.com

jawa klang berkata...

dari 1970-1980 saya meyambut hari guru...
walaupun pernah ditampar,dirotan dan dimalukan oleh guru,saya tetap menyanjung mereka
tapi itu 30 tahun dulu...

sekarang...
zaman dah berubah
dunia dah maju
kalau murid kena tampar,penjaga akan datang kesekolah dgn segera dan berlakulah konfrantasi antara guru dan penjaga murid
penjaga tuduh guru mendera murid,buat lapuran polis dan kes tersebar keseluruh negara
kes yg lebih memalukan murid dan geng akan menunggu guru terbabit disimpang jalan dan guru dipukul atau dirosakkan keretanya...

guru sudah hilang kredibiliti atau
murid dan penjaga sudah hilang rasa hormat pada guru yg sebelum ini sangat disanjung tinggi dan dihormati oleh masyarakat

dimana silapnya
budaya samseng disekolah
guru yg tidak berwibawa
atau menteri yg ada kurang berkelayakan...

ateh berkata...

tanpa guru...manusia adalah seorang dungu
tp di zaman ini, walaupun berguru hingga lulus PhD, masih ada yang tetap menjadi dungu

BAPA HARINI berkata...

HARI INI KITA TERTUNGGU2 BILA DUN NAK DIBUBARKAN...MUNGKIN HARI INI,ESOK,LUSA,KITA SERAH PD KEBIJAKSANAAN TUANKU.AMPUN TUANKU

Tanpa Nama berkata...

Sama sepertimana bekas ketua singapura dulu di mana beliau telah belajar bahasa melayu, belajar tulisan jawi, bergaul dgn org melayu, mengambil hati org melayu hingga munculnya golongan melayu yg berpegang kepada prinsip semua bangsa samarata dan tiada hak yg istimewa untuk mana-mana kaum. Org melayu diberikan jawatan tinggi dan memegang jawatan no. satu dlm parti bukan melayu. Ye, utk 1 penggal org melayu beratas di atas. Tetapi lama kelamaan keadaan berubah dan janji –janji pun berubah hingga melayu tidak lagi di atas . bahkan kaum ketiga yg minoriti mempunyai kedudukan lebih tinggi dan diberi jawatan tinggi berbanding org melayu sendiri. Akhirnya melayu singapura melukut di tepi gantang. Apakah itu keadaannya akan berlaku di Tanah Melayu...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih guru2ku. masih kuingat rotan dendaan semuanya telah kurasai dan ia telah mengajarku hinggaku berjaya dihari ini. namun,pelajar2sekarang terlalu manja dan ibu bapa selalu menyalahkan guru walau anak kena ketuk sikitje. Kerajaan Malaysia kembalikan hak merotan kepada semua guru kerana itu ubat sejati

Tanpa Nama berkata...

Salam Anon 1.10 a.m,

Minta Allah jauhkan dari berlaku begitu.

Tetapi saya yakin di Malaysia tidak akan berlaku begitu selagi pemimpin dan rakyatnya berpegang teguh kepada ajaran Islam. Hanya Allah yang berkuasa ke atas segala benda di dunia ini. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Allah akan bersama kita.

Jikapun semua pemimpin kita berugama Islam/Melayu tetapi bersikap beraja di mata, bersultan d hati, percayalah kita akan lebih cepat jatuh dari kerajaan Saddam.

Wallahua'lam.

Orang Selatan.