16 Mei 2009

Tiada politik wang dalam pemilihan PAS

KUALA LUMPUR, 15 Mei :- Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.

Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.

Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3




"Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.

Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.

Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno.Harakahdaily.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pas pun guna istilah politik wang ker?

Tanpa Nama berkata...

PAS pun guna istilah politik wang ker?