Oleh : Ahmad Baei Jaafar
Sebelum sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?
Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.
Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.
Sebelum sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?
Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.
Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.
Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.
Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan. Nafkah inilah yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.
Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.
Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan itu.
Walau bagaimanapun hubungan seks halal ini sering diabaikan oleh pasangan sama ada suami atau isteri kerana tidak memahami peranan dan fungsi di atas. Malah sesetengahnya menganggapnya kotor atau kerja sia-sia yang sekadar melepaskan nafsu syahwat sahaja.
Oleh sebab itu kita lihat, ada suami yang lebih sebuk dengan kerja lalu lupa hendak bermesra dengan isteri. Ada juga isteri yang sebuk dengan urusan kerja baik dalam rumah atau luar hingga tidak berpeluang untuk bermesra dengan suami.
Kemungkinan mereka berdua ada masalah, tetapi tidak cuba diselesaikan dengan cara yang baik sehingga akhirnya menjadi kudis dan barah. Sebenarnya beberapa kes yang pernah dirujuk kepada saya, suami mengadu isteri tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suami setelah empat tahun berkahwin.
Tetapi apabila bertanya punca, jawapan yang diberi oleh suami dan isteri sering bercanggah. Mereka sering tuduh menuduh. Namun apabila persoalan yang sama ditanya pada sesi temu bual tertutup secara empat mata, isteri mengakui tidak mendapat kepuasan seks setiap kali bersama suami.
Jadi, berdasarkan jawapan itu boleh disimpulkan bahawa ramai suami dalam kes seumpama ini tidak mengambil berat soal kepuasan seks isterinya. Padahal keperluan ini perlu diberi perhatian sama dengan keperluan makan dan minum dan sebagai.
Oleh sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak secara jujur. Suami perlu berterus terang dengan isteri jika ada masalah kesihatan. Dan isteri juga perlu berterus terang dengan suami jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan.
Ingatlah jika kedua-dua pihak boleh membaiki kelemahan masing-masing mereka mampu memanjangkan hayat perkahwinan mereka. Selain itu, lelaki yang bergelar suami harus sedar bahawa mereka telah berbelanja besar untuk berkahwin malah sesetengahnya hutang bertahun-tahun. Tentulah tidak wajar suami sanggup membiarkan wang yang dilaburkan itu habis begitu sahaja.
Jadi, binalah perkahwinan dengan sebaiknya melalui kesefahaman yang jitu. Manakala isteri perlu setia dengan hubungan itu dengan saling memahami keperluan di atas kerana suami lazimnya sentiasa mengharap belaian kasih sayang isteri sepanjang hayat sama seperti malam pertama.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 5/15/2009 10:06:00 AM
16 ulasan:
sy berbangga dpt wakil rakyat mcm YB...
dpt berkongsi dan mmberi ilmu kpd kami...
kalo nk harap TV d mlaysia...
suara YB pon kami x pnah dngaq....
harap dpt dlm on9 nie shja..
harap YB dpt brkonsi mklumat bgini
dan mcm2 lg dgn kami...
RAKYAT MALAYSIA!!!!
KAMI NAK KAN PERUBAHAN....
"PEMUDA"
HUBUNGAN KELAMIN YANG SEMPURNA ADALAH NAFKAH YANG SANGAT PENTING PADA ISTERI.
JIKA BERMASALAH BATIN, USAH MALU DAN BUANG EGO ITU, CARI RAWATAN YANG BERSESUAIAN.
RAMAI ORANG POMPUAN KATA " BIAR TAKDA BERAS, JANGAN TAKDE KERAS.."
Drs,Terima Kasih diatas tazkirah Pagi Jumaat.Nyata bermanfaat. Nona Ratana Chulaborn,
bukan senang nak pasti yang si isteri bahagia, tak semestinya beli baju 3 almari dapat membahagiakan isteri..yang pasti saya ringan tulang membantu kerja2 rumah, jaga anak ketika isteri bekerja atau keletihan, setiap hari tanya isteri nak pi jalan2 memana tak, tanya apa yang kurang yg perlu di tambah kalau mampu,beri perhatian lebih dekat keluarga mertua, bantu menyelesaikan tugas2 sekolah isteri jika perlu...insyaallah dan alhamdulillah sampai sekarang bahagia...gaduh kekecik tu biasa la...dan bagi saya dan isteri, nafkah batin tu tak semestinya nak kena guna tongkat ali dan kacip patimah..hakhakhakhakhak
pdapat sya x semestinya nafkah batin di utamakan... krna itu hanyalah sementara shj... tpi nafkah zahir perlu di ambil perhatian yg lebih..cuba fkirkan klau xada rmh, makanan,pkaian,wang dan ilmu dunia,akhirat ..mcmna nak diteruskan khdupan rmahtgga.bgi sya "BIAR ADA BERAS,LPAS TU KERAS...
berhubung dengan perkara nikah kahwin di negara kita, cukup ke kursus pra perkahwinan tu dalan 13 jam saje sedangkan perkahwinan kita nak sejahtera sampai ke anak cucu. dalam dunia yang penuh dengan fitnah ini sering kita dengar banyak perceraian yang berlaku kepada pasangan yang berkahwin 5 tahun ke bawah. sedangkan sebelum kawin dah bercinta bagai nak rak. konon nak kenali hati budi. akhirnya bila dak kenal body maka banyakle termakan hati. akibatnya ramai yang musnah istana impian. Jadi kenapa kita tidak berfikir dan buat cadangan untuk memberikan kesedaran kepada saudara-saudara kita yang beragama islam supaya faham benar-benar tanggungjawab nafkah zahir dan batin ini. saya pernah dengar orang-orang kristian ada yang ikuti ilmu pengurusan rumahtangga sebelum kawin ini selama hampir setahun. supaya rumahtangga kita nanti beras pun cukup keras pun cukup. sekian
minta izin copy article.
http://wan2day.blogspot.com/
Tabik pada saudara al amin ahmad atas keprihatinannya sebagai seorang suami yang sensitif akan perasaan isterinya. Ramai lelaki yang saya kenal, ego tinggi menggunung seolah-olah dia menjadi tuan dan isterinya bekerja sebagai pelayan sepenuh masa baginya. Langsung tak mahu mengangkat jari pun menolong isterinya di rumah. Lebih dahsyat lagi, ada yang gelak-gelak dengan kawan-kawan sambil berkata, 'aku dah sudah dahlah, aku biarkan je dia', merujuk kepada hubungan kelamin suami isteri.
terima kasih YB
Terima kasih YB. Jika ada ramai pemimpin produk PAS yang ditonjolkan melalui media perdana, penyakit sosial dapat dikurangkan. Pemimpin UMNO/BN ni cuma tahu nak tingkatkan ekonomi shj. Ekonomi dah bagus, diorang pulak songlap. Terima kasih sekali lagi kerana dapat menambahkan pengetahuan saya. Wasallam
*malu* nak komen
aaaaaaa...ado tabik plak kat saya?hakhakhakhak..saya pon bukannya manusia yang sempurna..cuma..ALLAH cipta saya bukan untuk menjadi manusia yang zalim dan kejam terhadap hamba ALLAH yang lain...
apa salahnya merendah diri..tak cakap sombong...tak dak perasaan riak...tapi bukan la mudah nak jadi seorang yg humble nih..saya sendiri pon ambik masa bertahun2 nak belajar humble..macam2 saya try buat..nak cari formula humble nih...last2 semuanya datang bila saya Solat..bila saya berdoa...time tu lah perasaa humble tu menjelma...ALLAH lebih sayangkan saya kalau saya melakukan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan penuh perasaan rendah diri..tak kisah orang sekeliling pandang saya hina dina, tak kaya, tak dak sesuatu yang boleh di anggap istimewa...janji dengan ALLAH, dengan family..saya akan berusaha jadi istimewa..
insyaallah....
Terima kasih YB. Artikel ini maybe boleh membantu golongan "KG" ...
Ana ingin memaklumkan dari apa yang ana kaji dan selidik sekarang ini banyak Isteri dan Suami yang ada hubungan gelap " Kekasih Gelap" dengan kata singkat "KG". Gejala "KG" banyak berlaku di bandar2 besar seperti KL & JB. Golongan "KG" kebanyakan berumur diantara 30an ke 60an tahun. Golongan ini mereka sayangkan suami mereka serta anak2 mereka tetapi mereka inginkan di sayangi, bermanja, dimanja, dibelai dan berkasih sayang yang mungkin mereka tidak dapat dari pasangan mereka. Maka hubungan "KG" berlaku. Kebanyakan golongan yang terjebak dengan "KG" adalah di kalangan isteri yang biasa bekerja tetapi berhenti duk kat rumah,rakan sepejabat dan banyak juga "KG" berlaku di kalangan pendidik (cikgu cikgu) termasuk Guru Besar, yang anehnya kes yang diketahui berlaku kepada Guru Besar Wanita.
maka fikir fikir dunia dah nak terbalik..
sukatan pelajaran kursus perkahwinan itu patut dimasukkan sekali modul tentang financial planning.
kebanyakan yang baru kawin, memang hancus bila cakap pasal financial planning.
alhamdulillah suami seorang yang ringan tulang dalam membantu hal rumah tangga..kadang kala saya blk lmbt makanan siap terhidang utk dimkn...kain baju siap dibasuh n dijemur...alhamdulillah
tidak merungut walau kain baju berbakul-bakul tidak dilipat...jarang2 dpt memasak
tolak ansur dan persefahaman yg penting sbb masing2 bekerja tetapi hubungan intim tetap dipelihara krn ia pengikat kasih sayang..
tetapi kadang2 saya yg kurang bersyukur...tiap2 dlm hidup suami isteri ada pasang surut... wallahualam...mylla
Pandai YB menarik perhatian kami...apa pun soal nafkah batin ni...buat masa la..Boleh tahan lagi la..(Bini yang kata)..kalu tanya kita yang si jantan ni semuanya ok..he he..Benar macam saudara kontraktorwibawa kata..BIAR TAK ADA BERAS JGN TAK DE KERASSSS..Kalau dah keras sekejap nak sedap cam ne saudara oii...
Catat Ulasan