16 Mei 2009

Najib sedia tetapkan tarikh temui Pakatan Rakyat tanpa syarat

MANADO: Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kesediaannya bertemu pemimpin Pakatan Rakyat malah akan menetapkan tarikhnya asalkan mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.

"Kalau setakat nak berbincang, kita boleh bincang, tidak ada masalah. Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetapkan tarikhnya dan masa yang sesuai," katanya ketika kepada wartawan Malaysia hari ini di akhir lawatannya ke sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3




Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam sidang akhbar selepas mesyuaratnya kelmarin mengumumkan hasrat mahu bertemu beliau dan menetapkan tarikh pertemuan itu.

Pendirian Pakatan Rakyat bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Ketika diminta mengulas, Najib berkata: "Saya tak menolak apa-apa. Kalau nak jumpa boleh, tetapi tidak semestinya bubar. Pembubaran itu satu opsyen dan tak bubar pun satu opsyen yang boleh kita lihat juga."

Perdana Menteri berkata beliau juga perlu tahu siapa dan berapa orang pemimpin pembangkang yang ingin menghadiri pertemuan itu.

Menjawab soalan mengenai saranan supaya beliau menasihati Sultan Perak Sultan Azlah Shah agar membubarkan DUN Perak, Najib berkata keputusan itu adalah hak baginda.

Mengenai adanya pemimpin komponen BN sendiri yang setuju jika DUN Perak dibubarkan, Perdana Menteri berkata perbezaan pendapat seperti itu adalah satu perkara biasa.

"Tetapi hakikatnya ialah apa yang kita buat hendaklah tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang negara serta peraturan dewan," katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib kata 'saya sedia bertemu dgn pemimpin pakatan rakyat,tapi jgn ada syarat'..TENGOK!!DIA SURUH ORG JGN LETAK SYARAT,DIA DA LEBIH DULU LETAK SYARAT KAT PR!!MANA ADIL!!APA LA

ISMAIL,BATU PAHAT

anakjatiperak berkata...

Najib!!!!!nak buat tak bertentangan peraturan dewan?Piiiiiirahhhhh!!!!!Mahkamah tinggi telah menempelak kebodohan umno dan BN yang mengaku telah mendapat majoriti tetapi tanpa melalui usul undi tak percaya dilakukan terlebih dahulu. Kamu adalah dari golongan orang yang gopoh. Mengapakah perkara yang begitu mudah seperti ini tidak seorang pun umno yang terfikir?jawapannya adalah "mereka adalah golongan yang kemaruk kuasa dan tamak"

anakjatiperak berkata...

Najib minta kalau nak bertemu mesti "tanpa syarat" Sedarkah najib bahawa dengan dia meminta "tanpa syarat" itu sebenarnya dia telah meletakkan syarat iaitu "tanpa syarat".Apa la fikiran My Prime Minister ni?orang kampung aku pun boleh fikir baik sikit.

john berkata...

najib,ko jgn tunjuk baik la nk jmp ngn pakatan rakyat..
pemimpin PR pun xkesio nk tgok muka hg..
hahaha

amalhaj berkata...

Sepatutnya selepas aje terima peralihan kuasa dari Pak Lah, Najib terus lantik:-
a) seorang menteri dari DAP
b) seorang menteri dari keADILan
c) seorang menteri dari PAS
Pasti Najib tak popular tapi ade kesannya selepas itu.