16 Mei 2009

Sivakumar failkan saman terhadap Ganesan

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Datuk R.Ganesan untuk menuntut ganti rugi serangan dan serang sentuh, ganti rugi salah penahanan dan ganti rugi teruk.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Chan & Associates pada 11.45 pagi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh di sini.

Dalam writ saman itu, Sivakumar juga memohon injunksi bagi menghalang defendan atau pekerja atau ejen Ganesan daripada menafikannya daripada memasuki persidangan DUN atau melarang atau menyekatnya dalam apa jua cara daripada memegang jawatan atau menjalankan tugas beliau sebagai Speaker DUN yang sah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3




Beliau juga memohon satu lagi injunksi bagi menghalang sebarang penderitaan, serangan atau pemukulan yang seterusnya oleh Ganesan atau pekerja atau ejen defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa beliau masih merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dan Speaker DUN.

Beliau juga mendakwa defendan bukan seorang anggota yang diundi sebagai Adun maka kehadiran defendan di sebarang persidangan DUN merupakan satu penghinaan DUN.

Sivakumar turut mendakwa pada 7 Mei lepas, kirakira 2 petang ketika beliau sedang mempengerusikan suatu mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan sahnya menduduki kerusi beliau di persidangan itu, pekerja atau ejen defendan telah menyerangnya dengan menangkap beliau dengan ganas, mengheret dan secara keras mengusirnya dari dewan itu atas arahan defendan.

Beliau mendakwa semasa ketidakhadirannya secara paksaan, defendan telah secara salah menjawat dirinya sebagai Speaker yang menduduki kerusi Speaker dan memakai pakaian rasmi Speaker.

Sivakumar juga mendakwa beliau dikurung oleh pekerja atau ejen defendan secara tidak sah di sisi undangundang di dalam sebuah bilik dalam bangunan tersebut selama lebih dari sejam sebelum beliau dibebaskan.

Disebabkan kesemua dakwaan tersebut, Sivakumar telah dihindar daripada menjalankan tugas dan kewajipannya sebagai Speaker DUN yang sah dan telah mengalami kejutan, kesakitan dan kecederaan, kerugian dan kerosakan serta telah dilucutkan kebebasannya seperti dinyatakan. Beliau juga mendakwa mengalami tekanan mental, menanggung penghinaan dan rasa malu di kalangan awam.

Di dalam writ saman itu, Sivakumar juga mendakwa mengalami kecederaan iaitu lebam di berbagai-bagai bahagian badan, kesakitan dan ketidakselesaan di seluruh badan, kekejutan, gelisah dan kesengsaraan mental serta kerosakan kepada sut dan jubah rasmi yang dipakainya sebagai Speaker pada ketika itu.

Beliau turut menuntut kos dan relief yang difikirkan adil dan saksama oleh mahkamah.

4 ulasan:

mantra-indeeptots berkata...

First, Siva the Speaker says that the court has no jurisdiction over the dewan negeri, now he wants the court to issue an injuction over the new speaker... WHAT DOES COMMON SENSE SAYS HERE?

Tanpa Nama berkata...

speaker yg sah adalah sivakumar..budak tadika dan belum akil baligh pun tahu hakikat ini..kuasa ape yang mb haram dapat utk mengusulkan undi tak percaya sedangkan speaker sivakumar masih sah dan menolak usul itu pada belum lagi sidang dewan perak bersidang..secara ilmiah sesiapa boleh terangakn..saya hanya lulus srp aje tapi saya masih tahu bahawa selepas PR menang di Perak,sivakumar telah dilantik dan diangkat sumpah didalam dewan undangan..itu sah namanya,,tetapi disini atas arahan siapa sivakumar dibenar diheret seperti penjenayah dari kerusi beliau..ada sesiapa berani jawab

Tanpa Nama berkata...

sabar semua...!
biar mereka lengkapkan kezaliman mereka di muka
bumi malaysia ini.....
nanti akan ramai yang semakin sedar...!!
dan akan beralih menyokong kita....
insyaallah......

Tanpa Nama berkata...

Syabas Y.B. Sivakumar dalam tajuk sebleum ini saya syur juga saman terhadap SUK, KPN dan CPO dengan kos sekurang-kurangnya Gaji dan termasuk elaun bagi jumlah setahun masing-masing sebagai teladan. Y.B. Pepatan Melayu ada meneyebut "Lebih Garpu dari Sudu". UMNO dan kuncunya dalam 'Be End' berselindung di sebalik Kuasa dalam Akta Polis dan mereka tidak yakin lagi dengan demokrasi dan perlembagaan. Bagi yang membantunya tolong menyondol bagi mendapat habuan yang boleh diterjemah dalam bahasa kelantan 'Demo kasi' bersamaan mereka yang beri.

Eloklah YB saman bukan saja speaker palsu bahkan mereka yang tersebut di atas juga.