Tanggal 18 April 2009 bertempat di kampung Balik Bukit Bukit Gantang tepat jam 9.30 malam telah berlangsung persembahan dikir barat yang didatangkan khas dari Kota Bharu Kelantan. Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat dibawah naungan Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz telah membuat persembahan mereka pertama kali dalam sejarah untuk tatapan umum di sini setelah menjalani latihan intensif selama 2 bulan.
Kumpulan ini telah diilhamkan oleh Tuan Guru sebagai menyediakan halwa telinga yang berlandaskan Islam agar dapat mendorong orang ramai mencintai Islam di samping berdakwah.
Justeru, kalau sebelum ini kumpulan dikir barat didokong oleh tukang karut namun kali ini nama tukang karut ditukarkan kepada tukang pantun. Yang penting mesej ingin ditunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS tidak menghalang kita berhibur.
Sesungguhnya kehadiran orang ramai adalah melebihi seribu orang memenuhi setiap sudut tempat berlakunya persembahan ini. Perkara ini telah menunjukkan bahawa masyarakat di sini telah mulai sedar dan memahami apakah itu PAS sebenarnya. Jadi tidak hairan juga jika pada malam tersebut saya telah ternampak orang UMNO datang. Bila di tanyakan kepada mereka, mereka telah mengatakan bahawa mereka dah berhijrah kepada PAS. Alhamdulillah...
ANAK KOMANDO REJIMEN 1
5 ulasan:
Agaknya bila PR memerintah, negara ini penuh persembahan Dikir Barat pulak ke.
Negeri Perak dah tak ada budaya sendiri untuk dikembangkan ke?
PAS Perak kena buat kajian.
DIKIR BARAT SALAH SATU CABANG. BERDAKWAH BYK CARANYA. BUKA MINDA KE DUNIA GLOBALISASI JGN MENUDUH TANPA SIAP SENJATA YG TIDAK TAJAM BERSENI
SIAPA PERGI MENONTON PERSEMBAHANTU AKAN DGR PENERANGAN DARI KETUA KUMPULAN BAHAWA DIKIR BARAT DIBAWA BUDAYA ISLAM SELEPAS INI MAKYUNG PULA. IKUT SATU PERSATU. ISLAMTU TIDAK MEMBEBANKAN UMATNYA. JADI JGNLAH MUDAH MENUDUH BILA PR MEMERINTAH, NEGARA INI AKAN PENUH PERSEMBAHAN DIKIR BARAT! KALAU MCMTU AMY SEARCAH TAKLAH DTG KELANTAN BARU2NI. JADI INGAT! BERI KOMEN RENUNG DULU NATIJAHNYA
syabas tok guru!
Drs,Walaupun negeri Perak mempunyai budaya nya sendiri contoh nya dabus tapi sukar utk diterjemah secara santai spt dikir barat.So pengiat seni negeri Perak apa alternatif nya?Kita boleh melontar soalan?Punbegitu kena lah ada jawap nya.Pendekatan dikir barat dr Pulau Melaka ini menepati sasaran dakwah.Lagi pun Msykt Bkt Gantang khabar nya mempunyai susurgalur dari budaya Wilayah Pattani,selatan Thai.So Dikir Barat is nothing new to them.What is importance is the substance.The message that matters. Nona ratana Chulaborn.
Catat Ulasan