20 April 2009

Penanti : Bukti BN takut kepada penolakan rakyat terhadapnya.

Buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara ini, Barisan Nasional (BN) sudah mula mengkaji langkah untuk menolak 'tawaran' bertanding pilihan raya kecil. Pandangan berbeza dari Najib dan pimpinan parti komponennya serta pandangan Mahadhir dalam masalah ini menampakkan ketidak sepaduan sikap mereka untuk menghadapi pakatan Rakyat.

Lazimnya, BN akan menang tanpa bertanding kerusi pada hari penamaan calon pilihan raya umum, malah tidak pernah melepaskan peluang mencuba nasib pada pilihan raya kecil yang diadakan dari semasa ke semasa.

Sekali ini nada nya sungguh berlainan, BN semacam kecut perut seperti ayam sudah kalah dalam kandang perlawanan. Kalau bertanding pun saya kira BN akan kecundang lagi sebab itu ketakutannya juga mewarnai sikap SPR yang sudah tidak mendapat membantu memenangkan BN sehingga baru akan mengumumkan keputusan mesyuaratnya mengenai Penanti dua hari sesudah rabu ini.

Penanti salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, beliau pada dasarnya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding memandangkan pertandingan itu nanti akan melibatkan kos yang besar.

Kalau BN tidak mahu bertanding, BN mungkin patut memberikan peluang kepada mana-mana ahlinya bertanding atas tiket Bebas.Katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk T Murugiah berkata, pihaknya juga menyokong jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu kerana ia ternyata mainan politik pembangkang yang langsung tidak memikirkan wang rakyat yang akan dibazirkan begitu sahaja.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Kah Siong menyifatkan tindakan BN tidak meletakkan calon merupakan langkah yang tepat.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Veelu berpendapat BN patut meletakkan calonnya.Katanya, BN perlu bertanding bagi menjaga imej dan integriti gabungan itu.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata, beliau turut bersetuju jika BN tidak bertanding di Penanti memandangkan itu merupakan kubu kuat pembangkang.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah, sebaliknya perlu meletakkan calon bertanding jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang diadakan.

Apapun masa begitu cepat belalu, 60 hari sesudah berlaku kekosongan Penanti mesti diadakan PRK. Mudah-mudahan rakyat boleh nampak dengan jelas betapa BN sudah tidak diterima oleh rakyat lagi sehingga tidak berani masuk gelangang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Meminjam kata-kata "Tukar Tiub"

KECUUUUUUUUUUUUUTTTTTTT

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sejak akhir2 ini,byk sgt wakil rakyat yang letak jawatan dan lompat parti..bermula dgn permatang pauh sehinggalah penanti.semua kat Penang.Yang pelik tu,mula2 bertanding lepas tu menang dan letak jawatan..mcam2.Habis yang kita sebagai pengundi ni macam dipermainkan.Kami sebagai pengundi nakkan wakil rakyat berkhidmat.Bukannya tanding,menang &letak jwtn..Lagi satu ia adalah suatu pembaziran..