21 April 2009

Khalil : Saya kesal pemimpin UMNO selama 50 tahun gagal jelaskan Islam kepada orang Cina dan India.

BALING, 18 April :- Saya kesal kerana pemimpin UMNO gagal untuk menjelaskan Islam kepada orang Cina dan India walaupun dia sudah lebih 50 tahun bersama MCA dan MIC dalam BN. Malahan sebaliknya lahir di kalangan pemimpin BN yang jelas menghina Islam seperti yang pernah diucapkan oleh Samy Vellu "dalam Quran mana ada Lebuhraya". Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa berceramah di Kg. Iboi dalan DUN Bayu, Parlimen Baling kelmarin.

Drs. Khalil berceramah bersama dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB. Zulkifli Nordin. Hadir sama ialah YDP PAS Kawasan baling, Tuan Guru Hj. Yahya, ADUN Kupang, YB. Johari dan pimpinan PAS Kawasan yang lain.

Selain itu katanya UMNO sanggup memperolok-olokkan Islam di hadapan orang bukan Islam demi untuk mendapat kemenangan, pelbagai pembohongan dibuat untuk memastikan orang Cina dan India tidak memilih PAS.

Beliau juga mengatakan penyakit takut kepada beberapa amalan Islam akhirnya ditakuti oleh orang Islam sendiri , "dalam masalah bersunat sehingga budak Melayu pun takut dan lari panjat pokok betik" katanya, mengulas kesan dari UMNO yang menakut-nakutkan orang Cina dan India kalau PAS menang "kemaluan kamu akan di potong".

Drs. Khalil juga membantah pandangan yang mengatakan haram orang bukan Islam membaca Al Quran sedangkan ianya boleh mempercepatkan seseorang masuk Islam. Memetik beberapa pandangan ulamak antaranya Pengarang kitab I'ana al-Talibin dari kitab Busyra al-Karim katanya,"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" .

Kehadiran memberangsangkan walaupun ceramah diadakan di kubu kuat UMNO.


"Kalaulah orang cina yang bukan Islam baca Quran tidak betul, adakah orang Melayu yang sudah lama Islam semuanya betul baca Quran" Tanya Khalil.

"Sesudah itu kalau ada yang tidak betul baca Quran, bolehkah selesai masalah dengan buat laporan polis. kalau tidak betul baca kena belajar bukanya buat repot polis" Tegasnya lagi.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga perjuangan saudara YB diberkati ALLAH dan beroleh kejayaan. Lawan tetap lawan. Amin....

Tanpa Nama berkata...

Memang benar YB Lim, masyarakt islam malaysia amat memandang serong terhadap muallaf biarpun mereka terdiri dari golongan yang cerdik islam. Saya amat keciwa dengan layanan orang melayu islam terhadap saudara baru, jauh bezanya berbanding layanan orang kristian terhapad penganut baru mereka. Hai melayu islam terimalah saudara baru kamu dengan sepenuh hati kerana Allah, jangan di double standardkan muallaf kerana mungkin mereka lebih baik dari islam baka.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
orang kapir masuk Islam, sumer dosa hilang. Kita yang lahir Islam ni dok tambah dosa. Siapa lebih baik?