21 April 2009

Membazir, BN dicabar jangan letak calon!

Mohd Sabri Said

PENANTI, 20 April : - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti pada hari penamaan calon nanti selaras tindakan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu tumpukan pada menjana ekonomi negara daripada menghabiskan wang rakyat disebabkan pilihan raya kecil

Mengulas kenyataan Najib kononnya tindakan Fairus Khairudin meletakkan jawatan merupakan helah politik pembangkang serta pembaziran wang rakyat dan masa beliau menambah, jika begitu permintaan mereka Pakatan Rakyat cukup gembira kerana tidak payah berhadapan dengan karenah Umno dan BN lagi bila mana diistiharkan menang percuma.

"Saya sebagai Ketua Pembangkang ucap terima kasih pada Perdana Menteri yang mengatakan situasi ini adalah helah politik pembangkang, membazir wang dan masa. Bukan waktu nak berpolitik sebaliknya kena tumpukan pada ekonomi dan baik pulih sistem yang telah tempang. Maka, saya cadangkan BN dan Umno jangan letak calon di Penanti nanti, " tegasnya diiringi tepukan orang ramai.

Menurutnya, Umno dan BN tidak layak bercakap tentang pembaziran wang rakyat kerana selama ini parti itulah yang mempergunakan wang rakyat melawan pembangkang.

Mereka sambung Anwar, gunakan jentera kerajaan untuk turut berkempen, program masyarakat, projek mee segera seperti membaiki jalan, pasang tiang elektrik, paip air serta perbelanjaan pasukan polis yang berkampung terus di setiap lokasi pilihan raya kecil.

Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu di mana sahaja dapat lihat projek dibuat begitu juga di Kuala Terengganu terlalu ramai polis dikerah ke sana dan terbaru di Bukit Gantang dan Bukit Selambau semua peruntukan digerakkan untuk mencapai kemenangan bagi membaiki imej BN dan Umno yang kini berada di tahap merudum.

"Rakyat di Penanti khususnya waktu inilah minta apa yang patut. Nak baiki surau, jalan kampung, ternakan ayam itik, peluang perniagaan dan sebagainya mintalah pada BN. Biar mereka pening tapi jangan lupa undi Pakatan Rakyat masa hari pengundian nanti. Itulah yang boleh buat sebab kita tak dapat bagi duit, " ujarnya lantang.

Menyentuh mengenai pemilihan calon beliau berkata, ia akan dibuat secepat mungkin bersama gabungan dalam Pakatan Rakyat dan akan disambung semula selepas kembali mengerjakan Umrah bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejurus menghadiri program di Timur Tengah.

"Calon mestiah individu yang sering turun padang, orang tempatan, kepimpinan kanan, mempunyai idea yang jitu membantu Kerajaan Negeri dan mempunyai sikap kerjasama yang kuat sejajar dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), " katanya ketika memberi ucapan ringkas di Yayasan Aman sebelum ini.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah keseluruhan pimpinan KeADILan Negeri. Turut kelihatan ialah Pesururhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Fazhil Kemi dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman. Harakahdaily.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib pertimbang tidak bertanding di DUN penanti katanya Elak Pembaziran.

Ayuh mari kita tanya sejak bila M-No @ Be End bercakap tentang pembaziran!...
Sebelum PRK Permatang Pauh?... Ada kaa!... Sebelum PRK Kuala Teranganu?.. ada kaa!..Sebelum PRK Bukit Gantang/selambau?...Ada kkaa!... Walahal masa tu Najib adalah Panglima-nya. Tak membazir ke!...

Nampak bila nampak kecenderungan pengundi beralih kiblat dari BN mula lah reka membazir namun sebelum itu cabar(konon tunjuk jantan) sana-sini letak supaya jawatan bahkan hasut sana sini memeluk M-No @ Be End.

Apa yang sekilas di mata bukan M-No @ Be End
yang membazir tetapi taukeh pelabor politik yang merasa membazir dan tak mahu sponsor lagi banyak bill yang belum jelas; makan, tempat tinggal petugas sagu hati belum dijelaskan dan taukeh empunya sewa mula duk tuntut.

MMacam mana khidmat masyarakatnya!.... Bagi projek sapu..bagi kain buka(Orang BN SAja)...bagi gula kacau..bagi ...bagi duit (bagi betina - Orang BN Saja) kebas...Undi BN? .... Hampeh.

Itulah kesahnya taknak lagi bertanding dalam tempoh terdekat ini....

Tanpa Nama berkata...

Memang mambazir pun!!!!!!!!
tanding,menang lepas tu letak jawatan..dah kalau dah tak nak jadi wakil rakyat tak yalah nak tanding dulu..ni bila ada kes,baru ternganga dan letak jawatn.pahtu kena cari wakil rakyat baru...itu bukan pembaziran ke?????