27 Mei 2009

Ezam berkokok seorang diri di TV 9.

Awal malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu rancangan Hujah di TV9 yang bakal menampilkan calon Timbalan Presiden PAS iaitu YB Husam Musa dengan Menteri Pertahanan iaitu YB Zahid Hamidi yang juga bekas anak didik DS Anwar.

Saya terlalu yakin bahawa Zahid Hamidi pasti akan muncul dalam rancangan tersebut kerana beliau dikenali di dalam Umno sebagai tokoh politik yang berani, pandai berpidato serta kelihatan `bersih' keperibadiannya. Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.

Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini. Malang sekali, Menteri Pertahanan yang sepatutnya mempunyai jiwa keberanian umpama tentera, disaat-saat akhir menarik diri dari menyertai rancangan tersebut. Saya rasa semacam sudah menjadi `badi' pula buat Zahid dengan penarikan diri Umno untuk bertanding di dalam PRK Dun Penanti hinggakan terpaksa menarik diri dalam rancangan yang sudah diatur ini. Saya tidak ingin mengatakan Zahid pengecut, tetapi kalau ada yang berkata demikian sukar untuk saya menepisnya. Saya juga tidak tergamak menuduh Umno pengecut di Dun Penanti, tetapi jika ada yang beranggapan demikian mungkin saya terpaksa bersetuju. Pada anggapan ahli-ahli Umno, parti mereka adalah parti yang kuat dan gagah serta pantang dicabar, oleh yang demikan wajar Umno tarik diri dari bertanding di PRK Dun Penanti. Kelakar tapi tidak pelik juga.

Memandangkan rancangan Hujah TV9 telah diatur, maka terpaksa dibawa masuk Raja Sesumpah yang terlalu banyak jasanya kepada Umno itu. Atas kapasiti apa Raja Sesumpah itu dipanggil? Ketua Cawangan Umno? Ketua Pemuda Cawangan Umno? AJK Bahagian Umno atau Ahli MKT Umno ? Menteri atau Timbalan Menteri jauh sekali. Topik yang hendak dibincangkan adalah melibatkan dasar parti dan kerajaan, maka pelik juga mengapa sebarangan orang dibawa untuk mengulas isu tersebut? Apakah rancangan tersebut bertujuan untuk memperkecilkan Umno? Pada hemat saya, tindakan Husam Musa yang menangguhkan dahulu penyertaan beliau di dalam rancangan tersebut tepat sekali. Biar buku bertemu ruas, dan Husam akan membuang banyak masa melayani Raja Sesumpah yang mempunyai ` lidah bercabang' itu. Raja Sesumpah yang tiada jawatan di dalam Umno itu hanya sesuai berbicara atau bertegang urat di warung-warung kopi sambil kena teh tarik sahaja.

Saya berharap di lain masa, TV9 akan dapat mempertemukan tokoh-tokoh yang hebat di dalam rancangan tersebut. Penonton tidak mahu melihat pencacai-pencacai yang tidak ketahuan berbicara di dalam rancangan berbentuk ilmiah tersebut. Kita masih menunggu bilakah masanya TV9 akan mempertemukan dua tokoh iaitu Najib dan DS Anwar. Mungkin harapan kita ini seperti mengharapkan `kucing bertanduk'. Tetapi, ianya tidak mustahil berlaku sepertimana kita tidak pernah menjangkakan Speaker Dewan boleh `diragut' dan diheret keluar dari Dewan. Tiada yang mustahil di bawah PMR (Perdana Menteri Rakyat).

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

abdullahngah berkata...

Begitulah orang yang tidak ada pendirian dalam perjuangan. Tak kira siapa jika bertindak demikian begitulah kedudukkannya.

Apabila bercakap mereka merasa mereka yang betul, walaupun menegak benang basah sekalipun.

Orang jenis dilibalkan sebagai "muka tak malu"sebab itu dia boleh bercakap apa sahaja dapat menyedari ianya dangkal.

Apa yang dicakapkan memang tiada "isi" ia hanya kulit sahaja yang perlu dibuang didalam tong sampah.

Saya hendak dengar cakapnya dalam hujah TV 9 tidak dapat naik muak dan mual dibuatnya.

Orang tidak ada pendirian akan berbuat apa sahaja asalkan ada peluang. Inilah feel orang jenis ini.

Mereka sanggaup jadi talibarut. Pendek kata apa sahaja mereka boleh. macam malaysia boleh. Boleh buat apa sahaja.

Bunuh orang pun boleh zalim orang pun boleh khianat bangsa sendiri pun boleh. Sedngkan orang tua tua dah kata buat jahat jangan sekali.

Buat baik pun hendak berpada pada, kerana takut ada udang dibalik batu.

ayie berkata...

knpa husam musa pun xdtg?sy kecewa lah smlm tunggu hujah sbab nk tgk husam musa berhujah..yb,tlg bgtau knapa husam musa xdtg..contact sy ayie_100983@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

tu la...keris x bersarung..mana nak berani

ismail,bp

JASZ berkata...

YANG NI AYAM YG BERKOKOK IKUT MUSIM...TAK PERNAH ADA PENDIRIAN DAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN..KALAU BERANI, DEDAHKAN 6 KOTAK PUNYA CERITA LA..BERTAUBATLAH..SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MEMAAFKAN MEREKA YANG INGIN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR..

Tanpa Nama berkata...

ksian dia smlm..husam musa xdtg pn ckupla kna hentam ngn agus smlm..klu husam ada gk smlm..rasanya lunyai die kna hentam..haha

Tanpa Nama berkata...

dh zahid midi x dtg....kalu dtg kang terpaksa layan raja sesumpah..wat abes modal je..

Tanpa Nama berkata...

cisssss, aku tkam kauuuu ( sebut dgn nada suara bapuk)awww