Mahkamah adalah bukan penyelesai masalah, dia boleh menafsirkan undang-undang tapi rakyatlah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di Perak.
Saya mengalakkan orang Islam berpuasa kerana hari ini 1 Jamadil Akhir yang disunatkan dalam Islam, diiringkan dengan solat Hajat dan berdoa.Mudah-mudahan dibuka hati kepada mereka yang berkenaan dan diberikan kepada mereka.
Pada masa ini banyak perkara tidak boleh dibuat. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, namun pagi ini saya dilarang untuk bersalam.
Hari ini macam-macam tidak boleh termasuk main belon.
Di Penanti aman kerana BN tidak bertanding, pagi ini kami dihalang untuk berkumpul dan berucap.
Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada rakan media, NGO dan semua pihak dalam membantu program kerajaan Pakatan Rakyat.
Saya mengalu-alukan sesiapa ikut serta berdasarkan kemampuan masing-masing dan budaya serta agama sendiri.
Generasi akan datang akan menyaksikan apa yang dilakukan oleh tuan-tuan.
Saya mohon rakan media melaporkan berita secara baik dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Kita ada sikap terbuka dengan rakan media.
dengan Kalimah nasrunminallah wafathun qarrib, saya merasmikan Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar.
10 ulasan:
tahniah MB RAKYAT YB NIZAR. teruskan perjuangan anda dan kami sedia menyokong dlm menentang kezaliman ini. SELAMAT BERPUASA UTK YG ISLAM DAN SELAMAT MOGOK LAPAR KEPADA YG BUKAN ISLAM. Hidup hidup hidup RAKYAT!
belajar lah terima hakikat. rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi. sudah2 lah, jgn mengikut rentak DAP tu. diaorg nak pecah belah kan orang melayu. lepas satu, satu isu yang di bangkitkan. bersatulah demi agama,bangsa dan negara. tiada apa yang lebih menyeronokkan bangsa lain dari melihat melayu berpecah. belajarlah melalui tauladan. cara paling utama kaum lain untuk merampas malaysia adalah dengan memecah belah kaum majoriti. bermuhasabah lah pemimpin2 islam .
LEBIH SUKA IKUT RENTAK MCA DAN MIC... WAKAKAHH...
apa ada pada melayu? cuma hasad dengki sahaja. kembali lah kepada islam yang syumur
kepada pencacai UBN bermuhasabah lah...bersihkan sikir karat kat kepala tu.....
ingatlah akan peringatan sebenar dari Allah....
salam,
takde maknenye menjulang ketuanan melayu tu. takde jaminan masuk syurga pun. Berubah lah kamu, sama-samalah kita memperjuangkan islam ad-din. semoga kita kekal di dalam syurga selamanya. aamiiin...
woi umno yahudi....hakikat apa?jangan bercakap macam org tak de otak.kau tau apa? binatang....jangan masuk ke blok ni.pergi masuk ke blok ubn.anjing betulah...mamat ni
Allahhuakbar, YaAllah ibadat untukmu lilahitaala telah diprogramkan dan disamakan dengan Mogok Lapar. Sesungguhnya semakin kita nenafsir sendiri kerja-kerja ibadat untuk mendekatiNya, semakin jauh kita dari jalanNya.
Walahhualam.
kepada budak bugis.
bahasa yang baik datang dari hati yang suci dan beriman.jangan kerana emosi kita sesama islam bertelagah serta bertindak melampaui batasan agama.
Tak payah marah-marah. Tolak UMNO-MCA-MIC-XXX, ganti dengan PAS-PKR-DAP.
Dah abih cerita. Orang UMNO pun bekerjasama dengan cina kapir, PR pun bekerjasama dengan cina kapir. Apa ada beza?
Bezanya yang pertama ada kat rasuah. UMNO sama dengan Rasuah, Rasuah sama dengan UMNO. Pemimpin UMNO sibuk memburu kuasa, mencari harta, menggunakan perempuan. Disebalik semua itu boleh ditemui rasuah. UMNO juga merosakkan bangsa Melayu, kerana dia lalai daripada memperkuatkan orang Melayu, sibuk mementingkan diri sendiri dan penyokong-penyokongnya sahaja. Hello...DBP, PPSMI tu apahal?
Bezanya yang kedua, penentangan kepada Islam. UMNO jelas tidak menjaga agama ini. Tah payah lah nak harap kat UMNO lagi. Aqidah ummat Islam dah rosak (dah berapa ribu murtad), who cares? umno cares?
Kekuatan sebenar orang-orang Melayu terletak pada keimanan dan keislamannya. Sehingga Islam itu mendarah daging dalam diri mereka dan mempengaruhi adab sopan, dan peradaban mereka. Tanpa Islam, melayu mati dan selalu dikalahkan.
UMNO memang tak boleh diharapkan untuk menjaga Melayu, apalagi Islam dan ummah. Tak boleh harap lagi. Bagitahu semua orang kampung. Masa telah tiba untuk memilih PAS sebagai orang kepercayaan, yang juga bersifat antarabangsa, melayu ada cina ada, india ada, orang asli ada, dsbnya. Dan PAS juga tidak membuli orang-orang yang tidak mempunyai pegangan aqidah dan politik yang sama dengannya (DAP, MCA, MIC, PKR, UMNO, semuanya).
Catat Ulasan